02/04/2021
Perhatian pada anak anak yang berada di perantauan... dah lama tak balik kampungkan?
Tolonglah daftarkan ibu bapa anda yang berada di kampung halaman, terutamanya kepada 2 negeri dengan peratusan pendaftaran TERCOROT iaitu
Sabah - 11%
Kelantan - 17%
Pejabat pejabat YB, NGO dan persatuan belia tempatan perlu bergerak aktif untuk membantu komuniti untuk pendaftaran vaksin..
https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/
31/03/2021
Pecahan kes baharu (1,133)
29/03/2021
Pecahan kes baharu (1,302)
27/03/2021
Ini rupanya sebab mengapa jururawat sering melakukan ujian air kencing semasa temujanji buku merah.
Pra-eklampsia adalah keadaan yang disebabkan oleh kehamilan dan berkaitan dengan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku mendadak dan dan paling mudah untuk mengesan pre eklempsia adalah dengan kehadiran protein dalam air kencing.
Untuk bayi dalam kandungan, pra-eklampsia menyebabkan pengurangan aliran darah ke uri lalu menyebabkan tumbesaran bayi menjadi terbantut
Gejala-gejala awal pre eklempsia merupakan tanda-tanda amaran bahaya, dan ibu perlu di rujuk ke hospital segera.
Pra-eklampsia jika tidak dirawat boleh menjadi lebih teruk ke tahap eklampsia dimana sawan boleh terjadi dan ia menyebabkan komplikasi dan impak yang serius kepada ibu dan bayi, dan boleh membawa maut
Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan diminta masuk ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau dengan rapi.
Sekiranya tekanan darah anda sukar dikawal dengan ubat-ubatan, akan dicadangkan supaya anda supaya menjalani proses induksi (induction of labour) atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.
25/03/2021
Adakah anda mengamalkan produk “detox” yang menyebabkan anda kerap ke tandas untuk “membuang” segala kalori makanan?
Fikirkan semula 😳
Ini mungkin merupakan keadaan usus anda sekiranya amalan pengambilan produk yang mempunyai kesan pelawas secara berpanjangan.
Usus yang pada asalnya berwarna kuning kemerahan bertukar menjadi HITAM akibat sel sel yang telah mati.
Keadaan yang di namakan sebagai Melanosis Coli ini akan menyebabkan risiko kanser usus meningkat berkali ganda.
Kredit gambar D-ra Law
24/03/2021
Pecahan kes baharu (1,384)
20/03/2021
Pecahan kes baharu untuk 20 Mac 2021. (1,671)