19/04/2021
Jika anda sedang mengalami simptom seperti sakit kepala, pening, terlalu tidak bermaya, mulut dan kulit yang kering melampau ketika berpuasa ini..
Kemungkinan anda mengalami DEHIDRASI❗️
Pastikan anda ambil air secukupnya 8 gelas sehari / 2 liter semasa di Bulan Ramadan ini..
Bagi mereka yang terdedah lebih kepada cuaca panas dan kerja berat mungkin anda perlukan lebih daripada saranan ini.
17/04/2021
Kasihan. Kulit tersebut bukan sahaja tidak dapat diselamatkan. Ianya menyebabkan komplikasi kepada kulit dan merebak ke tempat lain. Si kecil dapat jangkitan kuman selepas seluruh tangannya melecur terkena air panas. Ini kerana rawatan awal yang diberikan si ibu adalah salah.
Masih terdapat nasihat di media sosial memberikan maklumat yang salah. Berhenti guna gamat, ubat gigi pada luka melecur. Ianya salah. Hanya perlu lalukan air dan balut dengan plastik pembungkus. Bawa terus pesakit ke hospital. Lebih awal pesakit dirawat lebih tinggi peluangnya untuk sembuh.
16/04/2021
Jangan Lupa Jaga Diri Semua :)
15/04/2021
Semasa anda bersahur, elakkan mengambil makanan tinggi garam kerana ia akan menyebabkan anda kehilangan air lebih cepat dan mengakibatkan anda rasa haus dengan cepat
12/04/2021
Anda darah jenis apa ?
Jenis yang paling RARE adalah...
09/04/2021
"Terasa cepat penat betul kebelakangan ini. Tapi bukan buat apa sangat. Dah tidur lama dan cuti lama pun masih terasa penat. Bukan buat apa sangat pun. Kerja pun bukan berat sangat." Kata Kak Radia pada anda.
Pernah dengar atau alami perkara di atas? Jika penat tersebut dapat diselesaikan dengan rehat dan tidur, ianya mungkin tiada masalah. Jika penat tersebut tidak hilang selepas tidur, ianya mungkin masalah kesihatan.
Jom lihat 6 punca masalah kesihatan yang biasa menyebabkan kita penat. Ini hanya beberapa sahaja. Banyak lagi punca. Berbincang dengan doktor anda tau.
05/04/2021
Posisi mencangkung sememangnya lebih baik untuk kesihatan namun ada alternatif yang dapat membantu pengguna tandas duduk. Letakkan kerusi pendek dan letakkan kaki seperti posisi mencangkung.
Jangan p**a duduk mencangkung di atas tandas duduk! Rosak penutup tandas dengan kesan tapak kaki.
01/04/2021
Hidung Berkerak? Awas. Jangan biarkan sampai begini !
Hidung merupakan salah satu pancaindera yang amat penting bagi setiap manusia. Apabila hidung bermasalah, sudah pasti kehidupan seharian kita terganggu. Paling teruk, mood pun boleh jadi swing. Asyik nak marah je.
Antara punca yang biasa membuatkan hidung seseorang itu bermasalah adalah dari pencemaran udara seperti asap kenderaan dan asap rokok. Alahan dengan makanan atau sesuatu benda juga boleh membuatkan hidung seseorang menjadi gatal dan kerap bersin.
Oleh itu, setiap individu dinasihatkan oleh para doktor untuk menjaga kebersihan dan kesihatan hidung SETIAP HARI, bukan hanya ketika hidung bermasalah sahaja. Begini caranya.
1. Cuci Alas Tempat Tidur
Kita perlulah menjaga kebersihan diri dengan cara menukar atau mencuci alas tempat tidur dengan kerap. Cara ini dapat mengurangkan habuk yang berada di alas tersebut dan hidung kita dapat bernafas dengan selesa.
2. Elakkan Asap Rokok
Berhenti merokok. Atau kalau bukan perokok, jauhkan diri dari asap rokok. Asap rokok ini bukan sahaja memberi kesan buruk kepada paru-paru, malahan hidung juga boleh mendapat jangkitan.
3. Elakkan Punca Alahan
Lain orang lain alahannya. Tetapi alahan paling biasa adalah alahan kepada bulu kucing atau alahan kepada makanan laut. Elakkan dari punca alahan-alahan ini.
4. Bersihkan Hidung Menggunakan Air Garam Semulajadi
Di mana nak dapat air garam ni? Terdapat produk di pasaran Sterimar yang berasaskan 100% air laut (isotonik) dalam bentuk semburan hidung (nasal spray). Semburan ni bersifat neutral, bebas steroids dan bebas pengawet. Ia selamat dan mudah digunakan oleh bayi dan orang dewasa.
Kajian telah menunjukkan mengenai pembersihan hidung menggunakan nasal spray ini dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan serta masalah kronik yang lain.
5. Elakkan Tabiat Memasukkan Jari ke Dalam Hidung
Akhir sekali, kurangkan tabiat memasukkan jari ke dalam lubang hidung. Ini kerana anda tidak tahu sama ada jari anda kotor atau bersih ketika memasukkan ia ke dalam hidung. Ia juga boleh menyebabkan kesan negatif kepada hidung seperti pembuluh darah meletup dan proses penyembuhan p**a memerlukan masa yang lama.
Belajar sesuatu? Jangan lupa untuk kongsikan posting ini kepada orang lain. Terima kasih.