Nikmat Kesihatan

Nikmat Kesihatan

Share

Jom kongsikan Tips kesihatan

06/05/2021

Jika anda selalu rasa perut tidak selesa selepas berbuka seperti kembung, pedih ulu hati dan lain-lain, cuba elakkan makanan ini.

Mulakan dengan buah-buahan dan air kosong dan makan perlahan-lahan.
Makan secara berlebihan juga boleh menyebabkan ketidakselesaan pada perut..jadi BERSEDERHANALAH!

Pusat Maklumat Pemakanan Terengganu








05/05/2021

PASTIKAN KITA MASIH MENGAMALKAN SOP YANG TELAH DITETAPKAN YA..

23/04/2021

10 Panduan Ramadan yang SIHAT

Teruskan berjuang makan secara sihat terutamanya ketika BERBUKA puasa..

Perut tengah LAPAR semua makanan nampak SEDAP🤤

Kawal Nafsu Kawal Kaloriā—šŸ§

Pemakanan, Jabatan Kesihatan W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya









19/04/2021

Jika anda sedang mengalami simptom seperti sakit kepala, pening, terlalu tidak bermaya, mulut dan kulit yang kering melampau ketika berpuasa ini..

Kemungkinan anda mengalami DEHIDRASIā—ļø

Pastikan anda ambil air secukupnya 8 gelas sehari / 2 liter semasa di Bulan Ramadan ini..

Bagi mereka yang terdedah lebih kepada cuaca panas dan kerja berat mungkin anda perlukan lebih daripada saranan ini.












17/04/2021

Kasihan. Kulit tersebut bukan sahaja tidak dapat diselamatkan. Ianya menyebabkan komplikasi kepada kulit dan merebak ke tempat lain. Si kecil dapat jangkitan kuman selepas seluruh tangannya melecur terkena air panas. Ini kerana rawatan awal yang diberikan si ibu adalah salah.

Masih terdapat nasihat di media sosial memberikan maklumat yang salah. Berhenti guna gamat, ubat gigi pada luka melecur. Ianya salah. Hanya perlu lalukan air dan balut dengan plastik pembungkus. Bawa terus pesakit ke hospital. Lebih awal pesakit dirawat lebih tinggi peluangnya untuk sembuh.

16/04/2021

Kepada pembawa makanan, penunggang motosikal. Jangan pernah terfikir walaupun sekali untuk menyelit dalam situasi ini. Semakin hari, semakin banyak kemalangan melibatkan motosikal yang kita lihat di media sosial adalah disebabkan tindakan menyelit di antara kenderaan terutamanya kenderaan berat.

"Ala. Saya dah banyak kali menyelit. Ok je. Siap kenderaan bagi laluan pada saya."

Nasib anda baik.

Tapi mengapa meletakkan risiko pada diri sendiri?

Bukan sahaja menyelit di tengah, malah menyelit di lorong tepi juga mengundang maut.

Pagi tadi sahaja kita dikejutkan dengan kemalangan motorsikal akibat daripada sebuah lori menghimpit ke tengah dan melanggar motosikal yang lalu secara laju di antara jalan. Penunggang jatuh ke atas jalan, digilis p**a oleh kenderaan lain.

Perkara ini boleh dicegah dengan tidak memandu secara laju dan menyelit dengan kenderaan berat/ringan. Semoga kita sentiasa beringat agar tidak melakukan perkara yang sama.

14/04/2021

Pesanan ini penting, untuk peniaga peniaga sepanjang bulan ramadhan, jaga kebersihan semasa mengendalikan makanan.

Juadah yang anda sediakan adalah untuk orang yang berpuasa. Jangan aniaya pembeli dengan menjual makanan yang telah rosak šŸ™šŸ»

14/04/2021

Hai salam ramadan kedua :) Jangan lupa jaga kesihatan

12/04/2021

selamat pagi warga N. K. :)

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ayer Keroh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan Knmp Kompleks Niaga Melaka Perdana, Melaka
Ayer Keroh
75450