Unit Sukan UiTM Perlis
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Sukan UiTM Perlis, Sports, UiTM Cawangan, Arau.
Menyediakan perkhidmatan kemudahan dan aktiviti sukan kepada seluruh warga UiTM Cawangan Perlis serta menyediakan perkhidmatan penyewaan kemudahan sukan kepada masyarakat luar.
03/07/2026
MAJLIS APRESIASI ATLET OLAHRAGA UiTM CAWANGAN PERLIS 2026
Jumaat | 3 Julai 2026
Majlis Apresiasi Atlet Olahraga UiTM Cawangan Perlis 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada malam ini sebagai tanda penghargaan kepada atlet-atlet yang telah mengharumkan nama universiti menerusi pencapaian cemerlang di Temasya Olahraga Tahunan UiTM 2026.
Majlis ini diadakan bagi mengiktiraf komitmen, disiplin serta semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh para atlet, di samping menghargai pengorbanan jurulatih, pegawai, pengurusan pasukan dan semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dalam pembangunan sukan olahraga UiTM Cawangan Perlis.
UiTM Cawangan Perlis sentiasa komited dalam melahirkan atlet yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang sukan, malah turut seimbang dari aspek akademik, kepimpinan dan sahsiah. Kejayaan yang dikecapi hari ini diharapkan menjadi pemangkin kepada atlet-atlet untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi.
Semoga Majlis Apresiasi Atlet Olahraga UiTM Cawangan Perlis 2026 menjadi inspirasi kepada seluruh warga kampus untuk terus menyokong pembangunan sukan dan melahirkan lebih ramai atlet yang mampu mengharumkan nama UiTM Cawangan Perlis dan Malaysia di persada kebangsaan serta antarabangsa.
03/07/2026
Tahniah & Syabas
29/06/2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
๐ข HEBAHAN LADIES SPORT NIGHT 2026 ๐ข
Dimaklumkan bahawa Ladies Sport Night 2026 akan diadakan bagi memberi peluang kepada para pelajar wanita untuk beriadah, mengeratkan silaturahim serta menggalakkan penglibatan dalam aktiviti sukan dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.
๐
Tarikh: 30 Jun 2026 (Selasa)
๐ฃ Masa: 8.45 Malam
๐ Tempat: Dewan Dahlia 2
โจMarilah bersama-sama memeriahkan program ini dengan semangat kesukanan, kerjasama dan kebersamaan.
๐ Semua pelajar wanita dijemput hadir. Kehadiran anda amat dialu-alukan bagi menjayakan program ini.
Ayuh luangkan masa bersama rakan-rakan sambil menikmati malam yang penuh dengan aktiviti, keseronokan dan kenangan indah!
Sekian, terima kasih.
_*โBANGKIT SEHINGGA NGAUMAN TERAKHIRโ*_
Yang Menjalankan Amanah,
Jawatankuasa Sukan Pelajar
UiTM Cawangan Perlis
Sesi 2025/2026
29/06/2026
UiTM Cawangan Perlis berbesar hati menjadi Rakan Strategik Kementerian Belia Dan Sukan Negeri Perlis dalam menjayakan Program Biggest Loser Peringkat Negeri Perlis, sebuah inisiatif yang bertujuan membudayakan gaya hidup sihat, meningkatkan tahap kecergasan serta membantu peserta mencapai berat badan yang ideal melalui pendekatan yang sistematik dan menyeronokkan.
Antara aktiviti yang dirancang untuk peserta sesi di UiTM Cawangan Perlis adalah:
๐ Small Step, Big Win
โก๏ธ Ceramah motivasi kesihatan dan pembentukan gaya hidup sihat.
๐ Latihan Fizikal Pintar
โก๏ธ Pendedahan mengenai latihan kardio, kekuatan otot dan pemakanan seimbang.
๐ Tabata X Zumba
โก๏ธ Senaman berintensiti tinggi yang menyeronokkan untuk membakar kalori dan meningkatkan kecergasan.
๐ฅ Kick Boxing X Zumba
โก๏ธ Aktiviti kecergasan yang menggabungkan elemen seni mempertahankan diri dan tarian bagi meningkatkan stamina serta keyakinan diri.
Program ini bukan sekadar mengenai penurunan berat badan, malah memberi penekanan kepada pembentukan amalan hidup sihat yang mampu dikekalkan dalam jangka masa panjang.
โจ Jom bersama-sama melangkah ke arah kehidupan yang lebih sihat, cergas dan berkualiti.
Semoga kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada masyarakat Negeri Perlis untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sejahtera.
26/06/2026
Selamat besara En. Hamunir Hamzah, Kerani Tertinggi Unit Sukan UiTM Cawangan Perlis. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan serta dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan. Semoga persaraan ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Selamat menikmati fasa baharu kehidupan bersama insan tersayang.
25/06/2026
Khamis | 24 Jun 2026
Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal Unit Sukan UiTM Cawangan Perlis sebagai tanda penghargaan atas komitmen, kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang menjalani latihan industri bersama di Unit Sukan UiTM Cawangan Perlis.
Pihak Unit Sukan UiTM Cawangan Perlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pelajar praktikal atas segala bantuan, dedikasi dan semangat yang dipamerkan sepanjang tempoh berada di sini. Semoga segala ilmu, pengalaman dan kenangan yang diperoleh sepanjang menjalani latihan praktikal ini akan menjadi bekalan berharga untuk melangkah lebih jauh pada masa hadapan.
Warga Unit Sukan turut mendoakan agar semua pelajar praktikal terus berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan kehidupan.
Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan. Semoga terus maju jaya di mana jua berada.
09/06/2026
๐ข JEMPUTAN KE PROGRAM UNFITNESS HAPPINESS
Warga UiTM Cawangan Perlis dijemput hadir memeriahkan program UNFITNESS HAPPINESS yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:
๐
Tarikh: 10 Jun 2026 (Rabu)
โฐ Masa: 5.30 Petang
๐ Tempat: Kompleks Sukan UiTM Cawangan Perlis
๐ Jom luangkan masa bersama rakan-rakan dalam suasana santai, ceria dan penuh kegembiraan. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
โ
E-Merit disediakan
โ
Terbuka kepada semua pelajar dan staf UiTM Cawangan Perlis
Kehadiran anda amat dialu-alukan bagi sama-sama memeriahkan program ini.
โMencipta Kemenangan, Menyatukan Kepelbagaianโ
09/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Nur Hasya Nabilah Hairee dan Mohamad Akmal Haziq Mohd Zahari, pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Cawangan Perlis atas pengiktirafan sebagai Olahragawati dan Olahragawan Temasya Olahraga Tahunan (TOT) UiTM 2026.
Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen, disiplin, semangat juang yang tinggi serta kecemerlangan yang dipamerkan sepanjang temasya berlangsung. Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan diri dan keluarga, malah turut mengharumkan nama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi serta UiTM Cawangan Perlis.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga mahasiswa untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan dan akademik. Seluruh warga UiTM Cawangan Perlis mendoakan agar kedua-dua atlet terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
๐๐ง๐ข๐ฏ๐๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐ซ๐จ๐๐๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐๐ฅ
ุงูุณูุง ุชููู ู
ูููุง
09/06/2026
Tahniah Kontinjen UiTM Perlis๐
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh atlet, jurulatih, pengurus pasukan serta warga kontinjen UiTM Cawangan Perlis atas kejayaan cemerlang dinobatkan sebagai Juara Temasya Olahraga Tahunan (TOT) UiTM 2026.
Kejayaan gemilang ini merupakan hasil dedikasi, disiplin, semangat kesukanan yang tinggi serta komitmen berterusan daripada seluruh warga kontinjen dalam mengharumkan nama universiti. Pencapaian ini membuktikan bahawa usaha yang dilaksanakan secara berpasukan mampu menghasilkan kejayaan yang membanggakan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan dan mengukuhkan lagi reputasi UiTM Cawangan Perlis sebagai antara kontinjen terbaik dalam arena sukan universiti.
โBerjuang dengan semangat, bersatu mencapai kejayaan.โ
๐๐ง๐ข๐ฏ๐๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ ๐๐๐ฆ๐๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐๐ซ๐ ๐๐ซ๐จ๐๐๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐๐ฅ
ุงูุณูุง ุชููู ู
ูููุง
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
UiTM Cawangan
Arau
02600
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 12:15 |
| 14:45 - 17:00 |