30/05/2026
Tahniah buat Muhammad Khaleeq Adam B Azli Syam atas kejayaan mewakili Kuala Lumpur Football Association (KLFA) ke Liga Remaja Kebangsaan 2026 di AMD, Gambang Pahang kelak.
Beliau merupakan produk WRA Fc dan telah mula berlatih dan mewakili kelab sejak berusia 8 tahun lagi. Tahniah kepada barisan kejurulatihan yang berjaya mencungkil bakat beliau.
Semoga peluang ini menjadi langkah besar untuk terus maju dalam dunia bola sepak. Teruskan berusaha, berdisiplin dan berikan yang terbaik dalam setiap latihan dan perlawanan. Semoga berjaya mencipta lebih banyak kejayaan dan mengharumkan nama keluarga serta pasukan.
Terus melangkah tinggi!!!
Kami dari barisan Pengurusan dan Jurulatih berbangga dengan pencapaian Adam. Moga menjadi contoh untuk pemain-pemain lain untuk pergi ke peringkat yang lebih tinggi.
05/04/2026
Time.. its coming.. tik tok tik tok tik tok.
20/02/2026
Ramadan bukan penghalang, tetapi penguat jiwa.
Siang berpuasa menahan lapar dan dahaga,
Malam kita turun ke padang membina semangat dan ukhuwah.
Pagi berpuasa, malam tetap berbisa!
Siang kita puasa penuh sabar,
Malam kita berlari kejar bola.
Ramadan mendidik disiplin,
Bola mengajar semangat berpasukan.
01/02/2026
Terus berkembang.
Terus melangkah.
Ke hadapan bersama satu matlamat.
27/01/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) atas kepercayaan serta mandat yang telah diberikan kepada Kelab WRAFC untuk mengurus dan menjayakan Pertandingan Sepak Penalti “Sharp Shooter” Sempena Hari Tanpa Kenderaan MPAJ 2026.
Kepercayaan ini amat kami hargai dan menjadi satu suntikan semangat buat pihak kelab untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komitmen, profesionalisme dan dedikasi. Semoga penganjuran program ini berjalan lancar serta memberi manfaat kepada semua pihak, khususnya dalam memupuk semangat kesukanan dan penglibatan komuniti.
Sekali lagi, terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.
WRAFC komited untuk memberikan yang terbaik.