27/07/2026
πββοΈπ₯ Tahniah Coach Zack! π₯πββοΈ
Seluruh warga Aqua Space Swimming Club mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Coach Zack atas kejayaan meraih Tempat Kedua di Aquaman Open Water Swimming Langkawi! ππ
Kejayaan ini adalah bukti bahawa disiplin, latihan yang konsisten dan semangat yang tidak pernah mengalah mampu membawa kepada pencapaian yang membanggakan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua atlet dan pelajar Aqua Space untuk terus berusaha, mencabar diri, dan tidak pernah berhenti mengejar impian.
Teruskan melakar kejayaan yang lebih besar. Kami bangga dengan anda, Coach! π
Congratulations Coach Zack! ππ₯
24/06/2026
Alhamdulillah.. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah serta Sungai Petani Aquatic Club atas kepercayaan yang diberikan kepada Aqua Space Swimming Club untuk bersama-sama menjayakan Program KLAS Renang Siri 1 Tahun 2026.
Kepercayaan dan sokongan yang diberikan amat kami hargai dalam usaha membangunkan bakat, meningkatkan kemahiran renang serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan demi melahirkan lebih ramai perenang yang berdaya saing dan berpotensi mengharumkan nama negeri serta negara.
Terima kasih kepada semua peserta, ibu bapa, jurulatih dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
βBersama Melahirkan Generasi Yang Aktif, Sihat dan Cemerlang.β
πββοΈπ