21/08/2026
Sejarah Baharu Silat Pulut Utara
Alhamdulillah, hari ini satu sejarah telah tercipta apabila cadangan Gabungan Silat Pulut Zon Utara berjaya dibentuk melalui Mesyuarat Muafakat Silat Pulut.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para guru, penggiat, jurulatih, pesilat serta pewaris Silat Pulut yang hadir dan bersama-sama menjayakan usaha ini.
Semoga gabungan ini menjadi platform penyelarasan dan ekosistem pembangunan Silat Pulut yang lebih tersusun menyatukan komuniti, berkongsi kepakaran, menghormati kepelbagaian aliran, memelihara adab serta mengangkat martabat warisan bangsa.
Antara usaha yang akan diberi perhatian ialah pembentukan format, piawaian dan sistem penghakiman pertandingan Silat Pulut yang lebih teratur dan efisien, di samping memperkukuh dokumentasi, sokongan serta pelestarian warisan ini.
Semoga langkah kecil ini menjadi permulaan kepada penyatuan yang lebih besar, daripada peringkat negeri hingga ke peringkat kebangsaan.
Doakan usaha ini dipermudahkan dan berjaya. Demi Silat Pulut, demi warisan bangsa.
21/07/2026
Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan & Hadiah
Alhamdulillah, selesai sudah majlis penyampaian sijil penghargaan dan hadiah kepada para pesilat Pertubuhan Silat Pulut Warisan Padang Petani yang telah mengharumkan nama pertubuhan dengan meraih kejayaan dalam Pertandingan Silat Seni Melayu Asli sempena Pentas Warisan Kedah 2.0 di Ukir Arena, Alor Setar.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas usaha, disiplin dan semangat juang yang dipamerkan. Kepada yang masih belum berjaya, teruskan berlatih dan jangan berputus asa. Setiap pengalaman adalah langkah menuju kejayaan yang lebih besar.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus memartabatkan warisan persilatan Melayu serta melahirkan lebih ramai pesilat yang berilmu, beradab dan cemerlang.
Tahniah buat semua warga Pertubuhan Silat Pulut Warisan Padang Petani.
18/07/2026
Alhamdulillah, Pentas Warisan Kedah 2.0 telah melabuhkan tirainya dengan penuh jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) selaku penganjur yang telah meneruskan penganjuran Pentas Warisan Kedah buat kali kedua. Inisiatif ini membuktikan komitmen PKNK dalam memelihara, mengangkat serta memartabatkan seni, budaya dan warisan negeri Kedah agar terus kekal relevan dan dihargai oleh generasi masa kini serta akan datang.
Tahniah diucapkan kepada semua para pemenang yang telah mempamerkan persembahan terbaik sepanjang pertandingan. Kemenangan ini merupakan hasil daripada usaha, latihan dan dedikasi yang tinggi.
Ucapan syabas dan terima kasih juga kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian. Keberanian, semangat kesukanan dan kecintaan anda terhadap warisan budaya Melayu, khususnya Seni Persilatan Melayu Asli, merupakan nadi kepada kelangsungan warisan yang tidak ternilai ini.
Tidak dilupakan sekalung penghargaan kepada para hakim, urus setia, sukarelawan, penaja, penggiat seni budaya, media serta seluruh pengunjung yang hadir memberikan sokongan dan bersama-sama memeriahkan program ini.
Semoga Pentas Warisan Kedah akan terus menjadi platform berprestij dalam memperkasakan seni warisan negeri, melahirkan lebih ramai pewaris budaya, serta mengangkat Seni Persilatan Melayu sebagai khazanah bangsa yang terus dihormati dan dibanggakan.
Jumpa lagi di Pentas Warisan Kedah yang akan datang. Insya-Allah.
"Warisan Dipelihara, Budaya Dimartabatkan."
12/07/2026
π₯ **Penyertaan masih dibuka!** Slot masih ada.
π **Link borang penyertaan di bawah.**
*Bagi kategori **Tari Solo Lelaki/Perempuan**, jika anda menyertai **Kategori Berpasangan (Pulut)**, sila pilih **"Tiada"** pada kategori solo untuk meneruskan ke **Halaman 2** bagi mengisi penyertaan kategori berpasangan.
PERTANDINGAN SILAT SENI MELAYU
UKIR MALL, ALOR SETAR 18 JULAI 2026
24/06/2026
π₯ PENTAS WARISAN KEDAH 2.0 π₯
π₯ PERTANDINGAN SILAT SENI MELAYU ASLI
π Ukir Arena Alor Setar
π
18 Julai 2026
β° 9.00 pagi β 6.00 petang
β¨ Ayuh sertai pertandingan silat seni Melayu asli dan pamerkan warisan seni perguruan anda!
π° Yuran Penyertaan
π€ Kategori Berpasangan β RM70
π Setiap penyertaan akan memperolehi sijil penyertaan
π€ Kategori Solo β RM50
π Setiap penyertaan akan memperolehi sijil penyertaan
π Hadiah Pemenang (Berpasangan Lelaki/Wanita)
π₯ Johan β RM750 + Sijil
π₯ Tempat Kedua β RM500 + Sijil
π₯ Tempat Ketiga β RM250 + Sijil
β Persembahan Terbaik β Hadiah Misteri
π Hamper khas kategori kanak-kanak bawah 12 tahun
π Hadiah Pemenang (Solo)
π₯ Johan β RM500 + Sijil
π₯ Tempat Kedua β RM400 + Sijil
π₯ Tempat Ketiga β RM300 + Sijil
β Persembahan Terbaik β Hadiah Misteri
π Syarat Penyertaan
1οΈβ£ Tari Solo
β’ Masa: 3 minit
β’ Pakaian berbusana lengkap
β’ Tari asli perguruan
2οΈβ£ Berpasangan (Lelaki/Wanita)
β’ Masa: 5 minit
β’ Pakaian berbusana lengkap
β’ Tari sembah perguruan
β’ Tapak empat
β’ Jual beli kiri kanan
β’ Buah belah
β’ Paras keluar
β± Peraturan Wisel
π’ 4 kali tiupan wisel:
β’ Mula persembahan
β’ 10 saat sebelum tamat
β’ Tamat masa
β’ 10 saat selepas tamat
β Penalti
β’ Tolak 5 markah jika tamat sebelum wisel pertama atau selepas wisel ke-4
β’ Penyertaan terbatal jika hadir selepas panggilan ke-4
π Bantahan
β’ Mestilah bertulis dalam masa 15 minit selepas keputusan diumumkan
β’ Deposit RM500 diperlukan (dipulangkan jika bantahan diterima)
β’ Bantahan selepas acara tamat tidak akan dilayan
π Daftar & Pertanyaan:
019-473 3411 (Cikgu Nizam)
cikgu Nizam+ www wasap.my/60194733411/warisanpadangpetani
β³ Tarikh tutup penyertaan: 10 Julai 2026
β Warisan dipelihara, seni dipertahan.
Jom ramai-ramai meriahkan Pentas Warisan Kedah 2.0! π₯