Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah - Official

Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah - Official

Share

Page Rasmi - (PESAKA KEDAH)

31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡Ύ

Seluruh warga Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah (PESAKA Kedah) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan, menghargai jasa para pejuang terdahulu serta terus memperkukuh semangat perpaduan, patriotisme dan kecintaan kepada tanah air.

Photos from Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah - Official's post 23/08/2026

TERIMA KASIH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN

PESAKA Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa PESAKA Kedah yang telah bersama-sama memberikan komitmen, sokongan dan tenaga dalam mengiringi serta memberikan semangat kepada para atlet Pencak Silat Kedah sepanjang perjuangan di pentas SUKMA XXI Selangor 2026.

Penghargaan turut ditujukan kepada Majlis Sukan Negeri Kedah atas segala sokongan, kepercayaan dan bantuan yang diberikan kepada kontinjen Pencak Silat Kedah.

Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan EXCO Kerajaan Negeri Kedah yang turut hadir memberikan sokongan moral dan semangat secara langsung kepada para atlet. Kehadiran serta sokongan yang diberikan menjadi pembakar semangat buat seluruh kontinjen untuk terus berjuang membawa nama Kedah.

Terima kasih juga kepada para jurulatih, pengurus pasukan, pegawai, penyokong dan seluruh keluarga Pencak Silat Kedah yang sentiasa berdiri teguh di belakang para atlet.

Sesungguhnya kejayaan yang dicapai bukanlah hasil usaha atlet semata-mata, tetapi hasil daripada kekuatan sebuah pasukan yang saling menyokong dan percaya antara satu sama lain.

Dari Kedah, untuk Kedah.

Teruskan berjuang. Teruskan mengharumkan nama negeri.

KEDAH BOLEH!

Photos from Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah - Official's post 23/08/2026

TAHNIAH & SYABAS ATLET PENCAK SILAT KEDAH – KATEGORI SENI

PESAKA Kedah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para atlet Pencak Silat Kedah atas kejayaan mengharumkan nama negeri di pentas SUKMA XXI Selangor 2026 bagi kategori Seni.

PINGAT EMAS
Nur Afrina Nasrin binti Mohamad Nazri
Pencak Silat – Jurus Tunggal Puteri

PINGAT GANGSA
Nor Alya Najwa binti Azizan & Puteri Ainul Mardhiah binti Mohd Irwan
Pencak Silat – Ganda Puteri

Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen, disiplin, latihan berterusan serta semangat juang tinggi para atlet bersama barisan jurulatih dan seluruh pasukan Pencak Silat Kedah.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan kepada para atlet dalam usaha mengangkat martabat Pencak Silat Kedah di pentas SUKMA.

Tahniah Wira dan Wirawati Kedah!

Teruskan berjuang, teruskan mengharumkan nama Kedah.

KEDAH BOLEH!

Photos from Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah - Official's post 23/08/2026

TAHNIAH DAN SYABAS 10 ATLET PENCak SILAT TANDING KEDAH DI SUKMA XXI SELANGOR 2026

PESAKA Kedah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada 10 orang atlet Pencak Silat Kedah yang telah berjuang dengan penuh semangat, disiplin dan keberanian dalam acara Pencak Silat Tanding di pentas SUKMA XXI Selangor 2026.

Hasil perjuangan para pesilat Kedah, sebanyak 10 pingat berjaya diraih di kategori Tanding.

3 PINGAT EMAS

1. Muhammad Fayyadh Zaid Ali bin Zaker Ali – Kelas J Putera
2. Nur Ramadhani Atulia binti Mohd Koharullah – Puteri Bawah 45KG
3. Intan Zara Sofia binti Mohamad Nizan – Kelas D Puteri

1 PINGAT PERAK
4. Ahmad Nasrul bin Ahmad Nasri – Kelas E Putera

6 PINGAT GANGSA
5. Muhammad Nair bin Abdullah – Kelas C Putera
6. Nurul Sakinah binti Amin – Kelas C Puteri
7. Shahrul Nizzarriefzman Shah bin Mohd Zaher – Kelas D Putera
8. Mohamad Danish Hezri bin Mohd Khairul Nizam – Kelas B Putera
9. Muhammad Aidil bin Mohd Aziwan – Kelas H Putera
10. Harith Safwan bin Anuar Kifli – Kelas A Putera

Jumlah keseluruhan: 3 Emas, 1 Perak dan 6 Gangsa.

Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada para jurulatih, pegawai pasukan, keluarga serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kepercayaan kepada barisan pesilat Kedah sepanjang persiapan dan kejohanan ini.

Setiap pingat adalah hasil daripada latihan yang panjang, pengorbanan, disiplin dan semangat juang yang tinggi.

Tahniah Wira dan Wirawati Pencak Silat Kedah!

Teruskan mengharumkan nama Kedah dan menjulang martabat Pencak Silat di persada sukan negara.

KEDAH BOLEH!







28/07/2026

Dengan penuh rasa dukacita, Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah Darul Aman (PESAKA Kedah) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarham Abdul Ghapar bin Dato' Dr. Raja Abdul Majid @ Tokbat Gurun, seorang Tokoh Persilatan Negara serta Dewan Pendekar PESAKA Kedah.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada dunia persilatan tanah air. Segala jasa, pengorbanan dan sumbangan beliau dalam memartabatkan seni silat Melayu akan sentiasa terpahat dalam ingatan serta menjadi inspirasi kepada generasi pewaris.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada
Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah Darul Aman (PESAKA Kedah)

26/07/2026

ANALISA PUNGUTAN PINGAT PEMILIHAN ATLET PENCAK SILAT REMAJA NEGERI KEDAH 2026

Alhamdulillah, tirai Pemilihan Atlet Pencak Silat Remaja Negeri Kedah 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh semangat kesukanan dan persaingan yang sihat.

Tahniah kepada semua pasukan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan. Berdasarkan analisa pungutan pingat, PSSPGM Pusat muncul sebagai Johan Keseluruhan dengan kutipan 12 Emas, 4 Perak dan 8 Gangsa (24 pingat), diikuti TMT Fighter di tempat kedua dan PSSGMK Kedah A di tempat ketiga.

Secara keseluruhan, sebanyak 107 pingat telah dipertandingkan melibatkan: β€’ 35 Pingat Emas β€’ 30 Pingat Perak β€’ 42 Pingat Gangsa

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua atlet, jurulatih, pengurus pasukan, pengadil, sukarelawan, ibu bapa serta rakan strategik yang telah menjayakan pemilihan ini.
Semoga kejohanan ini menjadi medan terbaik dalam melahirkan barisan atlet yang bakal mengharumkan nama Negeri Kedah di pentas kebangsaan dan antarabangsa.

Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada seluruh peserta!

Photos from Pejabat Daerah dan Tanah Yan's post 20/07/2026

Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami

Photos from Polis Daerah Yan's post 19/07/2026
Photos from Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah - Official's post 19/07/2026

KUNJUNG HORMAT PESAKA KEDAH KE IBU PEJABAT POLIS DAERAH YAN

Alhamdulillah, Ahli Majlis Tertinggi Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah (PESAKA Kedah) telah mengadakan kunjung hormat ke atas Ketua Polis Daerah Yan, YDH Supt. Mohamad Hamizi bin Abdullah, di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan.

Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan strategik antara Polis Diraja Malaysia dan PESAKA Kedah, di samping membincangkan kerjasama sempena pelaksanaan Program Pemilihan Atlet Remaja Negeri Kedah 2026.

Dalam kunjungan tersebut, PESAKA Kedah turut menyampaikan plak penghargaan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada pihak IPD Yan atas komitmen serta kesediaan menjalinkan kerjasama dalam memperkasakan pembangunan sukan silat dan belia di Negeri Kedah.

PESAKA Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YDH Ketua Polis Daerah Yan serta seluruh warga IPD Yan atas layanan mesra dan kesudian menerima kunjungan hormat ini.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan demi memastikan warisan silat serta pembangunan generasi muda terus dipelihara dan diperkasakan.

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada."
"Silat Warisan Bangsa dan Negara."

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Alor Setar