Kota Setar Kids Football Club

Kota Setar Kids Football Club

Share

@KSK
@KotaSetarKidsFootballClub
@AkademiKotaSetar (AKS)

Sesi Latihan Harian Kota Setar Kids Football Club (KSK)

ISNIN / RABU / JUMAAT

4.00 petang - 5.30 petang
Kategori Projek KSK Dan Kategori Elit KSK

5.30 Petang - 7.00 Malam
Kategori Sekolah KSK Dan Kategori Pembangunan

24/08/2026

πŸŒ™βœ¨ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H βœ¨πŸŒ™

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H buat seluruh umat Islam.

Semoga kita semua terus meneladani akhlak mulia Rasulullah SAW, menyemai kasih sayang, persaudaraan dan menjadi insan yang lebih baik setiap hari. 🀍

Salam Maulidur Rasul daripada seluruh warga
Kota Setar Kids FC (KSK). βš½πŸ’š

23/08/2026

🎬 Rangkuman Perlawanan ⚽πŸ”₯

Antara aksi, semangat dan perjuangan semua peserta sepanjang kejohanan. πŸ’ͺ⚽
Terima kasih atas semangat dan saingan yang diberikan! πŸ”₯

Photos from Kota Setar Kids Football Club's post 23/08/2026

πŸ† SELESAI SUDAH KEJOHANAN U12 KEDAH LEAGUE 2026! βš½πŸ’š

Alhamdulillah, selesai sudah kejohanan yang berlangsung pada 22 Ogos 2026 (Sabtu) dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pasukan yang menyertai, para jurulatih, guru-guru, ibu bapa, pengadil, urusetia, petugas serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini.

πŸŽ‰ Tahniah dan syabas kepada semua pemenang!
πŸ† Johan - All Star Jr
πŸ₯ˆ Naib Johan - Kenari Kids Jitra (A)
πŸ₯‰ Tempat Ketiga - SKHK
πŸ… Tempat Keempat - Tunas Muda (BMFA)
⭐ Pemain Terbaik - Muhammad Yusuf Iman bin Redzuan Jamal (KKJ)
🧀 Penjaga Gol Terbaik - Muhammad Qayyum Danish bin Khairul Anuar (All star Jr)

Tahniah atas pencapaian dan usaha yang telah diberikan. Kepada semua pemain, menang atau kalah, setiap pengalaman adalah sebahagian daripada perjalanan untuk menjadi pemain yang lebih baik. πŸ’ͺ⚽

Terima kasih atas sokongan, kerjasama dan semangat kesukanan yang diberikan sepanjang kejohanan. ❀️

Kota Setar Kids FC mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan kejohanan ini.

Jumpa lagi di kejohanan akan datang! πŸ†πŸ”₯



21/08/2026

⚽πŸ”₯ DEBARAN KIAN TERASA! πŸ”₯⚽

Nantikan Kedah League 2026 – Bawah 12 Tahun (U12) anjuran KSK FC yang bakal berlangsung esok! πŸ†

Sebanyak 16 pasukan bakal berentap bermula 8.30 pagi.

Jom ramai-ramai mai memeriahkan kejohanan dan beri sokongan kepada adik-adik pemain kita! πŸ’ͺ⚽

πŸ™ SETULUS-TULUS PENGHARGAAN BUAT SEMUA SPONSOR & PENYUMBANG KSK FC πŸ™

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada kami, sama ada dalam bentuk sumbangan kewangan, barangan, makanan, minuman, peralatan mahupun apa jua bentuk bantuan.

Terima kasih buat penaja ksk :
- Ryan Sound Production
- Puan Shazana binti Mahazir (Pengarah Urusan Mak Bee Group Holdings (M) Sdn.Bhd)
- MKA Juara Enterprise
- Encik Muhammad Azrul (Procool Aircondition)
- Encik Haziq Zulkifli (Makan Tang Mana)

Setiap sumbangan dan sokongan anda amat kami hargai dan sangat bermakna dalam membantu menjayakan Kedah League 2026. ❀️

Tanpa sokongan daripada anda semua, kejohanan ini mungkin tidak dapat direalisasikan dengan sebaiknya.

Terima kasih kerana terus percaya dan bersama KSK FC dalam membangunkan bakat-bakat muda bola sepak. πŸ™Œβš½

πŸ”₯ Kita jumpa esok!
πŸ† Bersatu Demi Kemenangan!

15/08/2026

⚽ SOROTAN PERLAWANAN PERSAHABATAN⚽️

Kota Setar Kids FC (KSK) U9 & U12 beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Sekolah Kebangsaan Seri Perdana.

Terima kasih atas semangat, usaha dan persahabatan yang ditunjukkan. πŸ’šπŸ’›

Terus berjuang, terus belajar! πŸ’ͺ⚽




14/08/2026

πŸ”₯⚽ PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK! ⚽πŸ”₯

Jom ramai-ramai hadir memeriahkan Perlawanan Persahabatan antara SK Seri Perdana πŸ†š Kota Setar Kids FC (KSKFC)! πŸ’ͺ⚽

πŸ“… Sabtu | 15 Ogos 2026
⏰ 5.00 Petang
πŸ“ Padang SK Seri Perdana

Perlawanan melibatkan kategori U9 & U12.
Ayuh kita berikan sokongan dan semangat kepada anak-anak KSK yang akan turun beraksi! πŸ’šπŸ’›

Bukan sekadar mencari kemenangan, tetapi membina pengalaman, semangat kesukanan dan persahabatan. 🀝⚽

πŸ”₯ JOM TURUN PADANG!
πŸ“£ Sokong KSK! Meriahkan suasana!

BERSAMA KITA JUARA! πŸ†πŸ’šπŸ’›

Photos from Kota Setar Kids Football Club's post 07/08/2026

πŸ“Έ Sorotan Perlawanan Persahabatan (Friendly Match) ⚽

Petang tadi telah berlangsung perlawanan persahabatan di Padang Kota Setar Kids melibatkan kategori Bawah 9 Tahun (U9) dan Bawah 12 Tahun (U12).

Tahniah kepada semua pemain yang telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan kerjasama yang baik sepanjang perlawanan. Terima kasih juga kepada jurulatih, ibu bapa dan semua yang hadir memberi sokongan.

Jom layan sorotan gambar sepanjang perlawanan petang tadi! πŸ“ΈπŸ’™

⚽ Kota Star Kids FC – Terus melahirkan pemain yang bersemangat dan berdisiplin.

Photos from Kota Setar Kids Football Club's post 07/08/2026

Sedang berlangsung di Padang KSK..
friendly 3 penjuru πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻⚽️⚽️

Photos from Kota Setar Kids Football Club's post 07/08/2026

⚽ PERLAWANAN PERSAHABATAN U9 & U12 - HARI INI,, JEMPUT DATANG BERAMAI-RAMAI⚽

Hari ini akan berlangsung Perlawanan Persahabatan (Friendly Match) melibatkan kategori Bawah 9 Tahun (U9) dan Bawah 12 Tahun (U12).

Sebanyak 3 pasukan akan berentap iaitu Kota Star Kids (KSK), Kickers FC dan SKHK FC, dengan setiap pasukan akan bermain sebanyak 3 perlawanan. Program ini bertujuan memberi pendedahan perlawanan sebenar, meningkatkan keyakinan pemain serta mengasah kemahiran dan semangat berpasukan.

Kami menjemput ibu bapa, penyokong dan orang ramai untuk hadir memeriahkan suasana serta memberikan sokongan kepada semua pemain muda yang bakal beraksi.

Insya-Allah, aktiviti seperti ini akan diteruskan pada setiap minggu sebagai usaha Kota Star Kids menyediakan lebih banyak peluang kepada para pelatih untuk menimba pengalaman dan terus berkembang dalam dunia bola sepak.

Ayuh hadir dan sama-sama beri semangat kepada pemain-pemain cilik kita! πŸ’™πŸ’›βš½

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


KSK Training Centre, Padang Komuniti Jalan Pipit 3, Taman Mutiara, Lebuhraya Sultanah Bahiyah
Alor Setar
05350

Opening Hours

Monday 08:00 - 23:00
Tuesday 08:00 - 23:00
Wednesday 08:00 - 23:00
Thursday 08:00 - 23:00
Friday 08:00 - 23:00
Saturday 08:00 - 23:00
Sunday 08:00 - 23:00