22/08/2026
Majlis baru bermula, suasana semakin hangat.
Kaih-kaih!
Page Rasmi Kedah Italian Scooterist. Untuk makluman info-info berkaitan kepada semua.
22/08/2026
Majlis baru bermula, suasana semakin hangat.
Kaih-kaih!
21/08/2026
HADIAH CABUTAN BERTUAH
Untuk Kompleks Bukit Jambul Vespa Day 2026, kami bawakan satu hadiah istimewa untuk 2orang peserta bertuah โ Helmet Special Edition KBJ Vespa Day.
Edisi khas dengan rekaan eksklusif KBJ Vespa Day.
Daftar penyertaan cabutan bertuah di lokasi event dan berpeluang membawa pulang helmet edisi khas ini.
22 Ogos 2026 | Sabtu
11.30 pagi โ 11.00 malam
Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang
Mana tahu rezeki hangpa kali ni.
21/08/2026
Makluman Penting untuk Pendaftaran Cabutan Bertuah
Dimaklumkan bahawa pendaftaran bagi cabutan bertuah sempena Kompleks Bukit Jambul Vespa Day 2026 akan ditutup pada jam 6.00 petang, 22 Ogos 2026. Mohon semua peserta yang ingin menyertai cabutan bertuah membuat pendaftaran sebelum waktu yang ditetapkan. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda.
16/08/2026
HADIAH CABUTAN BERTUAH GRAND PRIZE!
Kali ni kita bagi hadiah yang memang padu โ Block Alloy VMC 177 2.0 Stelvio untuk cabutan bertuah di Kompleks Bukit Jambul Vespa Day 2026!
Jangan lupa hadir pada 22 Ogos 2026 (Sabtu) dan rebut peluang untuk bawa pulang hadiah grand prize ini.
๐ Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang
11.30 pagi โ 11.00 malam
Jumpa anda di sana!
TERMA & SYARAT CABUTAN BERTUAH
1. Pendaftaran adalah PERCUMA dan terbuka kepada Semua WARGANEGARA MALAYSIA serta pemilik Vespa dan Lambretta sahaja.
2. Setiap peserta hanya dibenarkan mendaftarkan SATU (1) motosikal bagi setiap nama peserta.
3. Pendaftaran akan direkodkan berdasarkan nombor pendaftaran (plat) motosikal. Satu nombor pendaftaran hanya layak didaftarkan sekali sahaja.
4. Setiap nombor pendaftaran yang berjaya didaftarkan akan menerima SATU (1) nombor cabutan bertuah.
5. Peserta hendaklah hadir bersama motosikal yang didaftarkan semasa proses pendaftaran jika diminta oleh pihak penganjur untuk tujuan pengesahan.
6. Peserta mesti hadir semasa sesi cabutan bertuah dijalankan. Pemenang yang tidak hadir selepas nombor dipanggil akan dianggap terbatal dan cabutan semula akan dibuat.
7. Hadiah tidak boleh dipindah milik, ditukar dengan wang tunai atau barangan lain.
8. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
9. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan yang didapati memberikan maklumat palsu atau melanggar mana-mana syarat yang ditetapkan.
Cadangan tambahan (sangat digalakkan untuk elak orang ambil hadiah bagi pihak orang lain):
Peserta hendaklah mengemukakan Kad Pengenalan atau Lesen Memandu yang sah semasa menuntut hadiah bagi tujuan pengesahan identiti.
15/08/2026
BAND PERFORMANCE DAN DJ PERFORMANCE
Kompleks Bukit Jambul Vespa Day 2026 akan menampilkan persembahan daripada
The Rudean
Carry on Oi!
Azmyl Yunor
The Penang Ska Club
sebagai antara pengisian utama program.
22 Ogos 2026, Sabtu
11.30 pagi hingga 11.00 malam
Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang
Satu hari yang menghimpunkan komuniti Vespa dan Lambretta bersama persembahan muzik dan aktiviti sepanjang acara. Kehadiran semua pemilik dan peminat skuter klasik serta moden amat dialu-alukan.
06/08/2026
KOMPLEKS BUKIT JAMBUL VESPA DAY 2026
Dengan penuh hormat, kami menjemput seluruh pemilik Vespa dan Lambretta, sama ada model klasik mahupun moden, dari seluruh Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan Kompleks Bukit Jambul Vespa Day 2026.
Acara ini dianjurkan sebagai platform untuk menghimpunkan komuniti skuter Itali dalam suasana yang harmoni, mengeratkan silaturahim antara kelab dan individu, serta meraikan minat yang sama terhadap budaya dan warisan Vespa serta Lambretta.
Pendaftaran adalah PERCUMA dan setiap peserta yang mendaftarkan sebuah Vespa atau Lambretta menggunakan nombor pendaftaran kenderaan layak menyertai cabutan bertuah, tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Sepanjang acara, para pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk Ride-In Vespa & Lambretta, Scooter Parts Market, Live Band & DJ Set, Food & Coffee Corner, vendor-vendor berkaitan skuter, serta pelbagai lagi pengisian yang sesuai untuk seisi keluarga.
Kami mengalu-alukan kehadiran semua pemilik, kelab, komuniti, pengumpul, peminat dan pencinta Vespa serta Lambretta untuk bersama-sama menjayakan acara ini.
๐
Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
๐ฆ Masa: 11.30 pagi โ 11.00 malam
๐ Lokasi: Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang
Dengan kerjasama dan sokongan daripada:
* MIU Scootershop
* RSLV+
* Lambretta TKC
* Sanussi Meccanica
* Pitagorasta
* Vespa Changloon Club
* GeneYoung Vespa Lambretta Gang
* Penang Vespa Vintage Club
* Vespa Kannakia Penang
* Group Vespa Santai
* Resolve Record Store
* Joe Garage Inc
* Vespa Penang SamSam
* Cap Ayam Vespa Part
* Fluke Sneakers Spa
* Geng Che Hussin
* Taiping Scooterist
* Belida Machine
* Vesparado ipoh
โMenyatukan Komuniti, Menghargai Warisan, Meraikan Budaya Skuter Itali.โ
23/07/2026
Assalamualaikum kawan2,
Minggu ni Penang ada event untuk Vespa dan Lambretta. Amat rugilah kalau hangpa yang ada Vespa dan Lambretta x turun mai.
Ni dia details event
SLP Nature Escape
Date: 25-26 July 2026
Time: 10am - 12 midnight
Venue: A Teluk A Space, Bayan Lepas, Penang
Event ni shempoi punya. Kami dah susun segala macam punya aktiviti untuk hangpa. Pagi sampai malam setiap masa ada function. Ada games, ada podcast, ada live band, ada DJ spin.
Entry fee cuma RM10 geng. Apa hangpa dapat? Tapak camping percuma, minum petang percuma, sekali BBQ kami payung untuk hangpa. Paling best semua orang layak untuk lucky draw. Hadiah macam2 punya dok ada. Terima kasih yang sponsor!
Sooo, p kemas hangpa punya barang camping siap2. Minggu depan 25 July kita nak camping ramai2 dengan geng moto.
Jangan lupa. 25 July 2026. Vespa Lambretta ada event dekat Penang. KALCERRRR!
Sebelum mai pakat register dulu. Kami nak bajet makan. Terima kasih paham noh. Link ada kat bawah:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf7b4OTPGzOQxnt-KQ_77O10l6j1-yA-mUTN5mPIcXY_zKg0Q/viewform
**pakat share ramai2 gais. Terima Kasih
02/04/2026
๐ Salam Aidilfitri semua!
Kedah Italian Scooterist menjemput semua sahabat handai ke Sambutan Hari Raya yang akan berlangsung di Store Mie Pendang pada 3 April 2026 (Jumaat), lepas Maghrib.
Untuk memeriahkan lagi suasana, semua jemputan diminta hadir dengan busana Hari Raya seperti Baju Melayu atau Baju Kurung supaya kita dapat kekalkan vibe tradisional yang padu ๐ฅ
Jom mai ramai-ramai, kita beraya sambil santai dengan komuniti scooter! ๐ตโจ
26/03/2026
๐ Sambutan Hari Raya Kedah Italian Scooterist 1447/2026 ๐
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan ini kami menjemput semua rakan-rakan scooterist, Vespa, Lambretta serta sahabat handai untuk hadir ke Sambutan Hari Raya Kedah Italian Scooterist seperti berikut:
๐
Tarikh : 3 April 2026 (Jumaat) โ Raya ke 14
๐ Venue : Store Mie Pendang
๐ Masa : Lepas Magrib sehingga habis acara
Datang beraya, makan-makan, sembang-sembang dan eratkan silaturahim sesama kita.
Semua dijemput hadir.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
10/03/2026
Semua dijemput hadir ke Himpunan Retro Terbesar Utara โDARE - Darul Aman Retroโ yang bertemakan โNostalgia Kedah Tuaโ pada 2 & 3 Mei di Dataran Jam Besar, Sungai Petani.