PKPMI Aceh

PKPMI Aceh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PKPMI Aceh, Banda Atjeh.

[MENTORING : MERDEKA FUN RUN 2026]Assalamualaikum w.b.t. Makluman dan perhatian kepada semua pelajar PKPMI Aceh, Exco Su...
18/09/2026

[MENTORING : MERDEKA FUN RUN 2026]

Assalamualaikum w.b.t.

Makluman dan perhatian kepada semua pelajar PKPMI Aceh, Exco Sukan dan Kebajikan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Aceh sesi 2025/2026 akan mengadakan program “Merdeka Fun Run” seperti ketetapan berikut:

📌 Hari: Ahad
📌 Tarikh: 20 September 2026
📌 Masa: 7:45 a.m – 10:00 a.m (WIB)
📌 Tempat: Parking FEBI UIN Ar-Raniry
📌 Etika Pemakaian:
Muslimin: Baju T-shirt / seluar track panjang / kasut sukan
Muslimat: Baju muslimah / seluar track sopan / tudung jahit tengah / tudung sarung labuh / kasut sukan

Sehubungan dengan itu, semua pelajar PKPMI Aceh diwajibkan hadir sebagai tanda komitmen bersama dalam menjayakan program ini sekaligus merapatkan ukhuwah.

Segala kerjasama dan perhatian daripada semua didahului dengan _Jazakumullahu Khairan Katsiraa._ 💐

Ikuti halaman Instagram kami di:
https://www.instagram.com/pkpmiaceh_/

Ikuti halaman Facebook kami di:
https://www.facebook.com/share/186as2D63A/

“Sejahtera, Aktif, Berprestasi”

“Generasi Rabbani, Qiyadah Rahimiyyah”

Exco Kebajikan dan Sukan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) - Aceh, Sesi 2025/2026

[CAKNA MINDA: SELAMAT HARI MALAYSIA]Assalamualaikum w.b.t.Tanggal 16 September menjadi tarikh yang cukup bermakna buat s...
15/09/2026

[CAKNA MINDA: SELAMAT HARI MALAYSIA]

Assalamualaikum w.b.t.

Tanggal 16 September menjadi tarikh yang cukup bermakna buat seluruh rakyat Malaysia. Pada tarikh ini, kita memperingati pembentukan Malaysia pada tahun 1963 yang menyatukan rakyat daripada pelbagai latar belakang, budaya, kaum dan agama di bawah sebuah negara yang kita cintai.

Sempena sambutan Hari Malaysia 2026, pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Aceh sesi 2025/2026 ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak kira dimana anda berada.

Hari Malaysia bukan sekadar mengenang sejarah pembentukan negara. Ia juga menjadi ruang untuk kita menghayati nilai perpaduan, menghargai kepelbagaian serta mengenang jasa generasi terdahulu dalam membentuk sebuah negara yang berdaulat.

Sebagai generasi masa kini, kita mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan usaha membina Malaysia yang aman, harmoni dan sejahtera. Perbezaan bukanlah penghalang untuk kita bersatu, sebaliknya menjadi kekuatan dalam membentuk sebuah masyarakat yang saling menghormati dan memahami.

Marilah kita terus menyemai semangat cintakan negara, memperkukuh perpaduan dan bersama-sama menyumbang kepada masa depan Malaysia yang lebih baik.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI)- Aceh, Sesi 2025/2026

[CAKNA MINDA : SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69]Assalamualaikum w.b.t.Kami dari pihak Persatuan Kebangsaan Pelaja...
31/08/2026

[CAKNA MINDA : SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69]

Assalamualaikum w.b.t.

Kami dari pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Aceh sesi 2025/2026, ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia dengan bertemakan “Kesejahteraan Dinikmati”.

Hari Kebangsaan bukan sekadar memperingati detik kemerdekaan, tetapi menjadi ruang untuk kita mengenang jasa dan pengorbanan para pejuang terdahulu yang telah memperjuangkan kebebasan tanah air.

31 Ogos tarikh keramat,
Bangkit berjuang jiwa bersemangat,
Darah pahlawan mengalir hebat,
Merdeka dijulang, maruah terpahat.

Sebagai generasi masa kini, marilah kita bersama-sama menghargai nikmat kemerdekaan dengan memelihara perpaduan, menghormati kepelbagaian serta mengamalkan nilai-nilai yang dapat membina masyarakat dan negara yang lebih baik.

Semoga semangat kemerdekaan terus subur dalam diri setiap rakyat Malaysia, walau di mana sahaja kita berada.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾
Malaysia Madani, Rakyat Disantuni.

Ikuti halaman Instagram kami di :
https://www.instagram.com/pkpmiaceh_?igsh=MXE0YXJ3ZWpteXh4OA==

Ikuti halaman Facebook kami di :
https://www.facebook.com/share/186as2D63A/?mibextid=LQQJ4d

”Generasi Rabbani, Qiyadah Rahimiyyah”

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) - Aceh, Sesi 2025/2026

[UPDATE : TAHNIAH WISUDAWAN & WISUDAWATI GELOMBANG 2 SEMESTER GENAP BAGI TAHUN AJARAN 2025/2026]Assalamualaikum w.b.tAlh...
25/08/2026

[UPDATE : TAHNIAH WISUDAWAN & WISUDAWATI GELOMBANG 2 SEMESTER GENAP BAGI TAHUN AJARAN 2025/2026]

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah telah berlangsungnya hari wisuda gelombang 2 semester genap tahun ajaran 2025/2026, Universitas Islam Negeri Ar-Raniry.

Justeru itu, pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Aceh, sesi 2025/2026 ingin merakamkan sekalung aspresiasi dan syabas kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang telah berjaya wisuda pasa semester ini.

FAKULTAS SYARIAH DAN HUKUM
1. Muhammad Khalil bin Saat
2. Arman bin Azmi
3. Siti Mash*tah binti Mursidan
4. Najwa binti Norizan
5. Siti Nurul Auni binti Abdul Latif
6. ⁠Nurul Farhananie binti Mohamad Salleh

FAKULTAS USHULUDDIN DAN FILSAFAT
1. Muhammad Imran bin Mohd Fauzan
2. Mohd Zul Aiman bin Darman
3. Muhammad Firdauz bin Sanif

FAKULTAS DAKWAH DAN KOMUNIKASI
1. Muhammad Danish bin Abdul Karim

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua. Semoga segala ilmu yang diperoleh mendapat keberkatan dan redha Allah masyarakat kelak, In Shaa Allah.

Ikuti halaman Instagram kami di :
https://www.instagram.com/pkpmiaceh_?igsh=MXE0YXJ3ZWpteXh4OA==

Ikuti halaman Facebook kami di :
https://www.facebook.com/share/186as2D63A/?mibextid=LQQJ4d

“Generasi Rabbani, Qiyadah Rahimiyyah”

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) - Aceh, Sesi 2025/2026

[CAKNA MINDA: SELAMAT MEMPERINGATI MAULID NABI MUHAMMAD SAW]Assalamualaikum w.b.t.Kami dari pihak Persatuan Kebangsaan P...
24/08/2026

[CAKNA MINDA: SELAMAT MEMPERINGATI MAULID NABI MUHAMMAD SAW]

Assalamualaikum w.b.t.

Kami dari pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Aceh sesi 2025/2026, ingin mengucapkan Selamat Memperingati Maulid Nabi Muhammad SAW kepada seluruh umat Islam.

Maulid Nabi merupakan hari yang penuh makna bagi umat Islam untuk mengenang kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan ini menjadi ruang untuk kita menghayati perjuangan, pengorbanan dan akhlak mulia baginda dalam menyampaikan risalah Islam kepada seluruh umat manusia.

Maulid Nabi menjadi satu kesempatan untuk kita mengenang perjuangan dan keteladanan Rasulullah SAW. Semoga selawat yang kita titipkan menjadi tanda kasih dan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia p**a menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”
(QS Al-Ahzab : 21)

Oleh itu, marilah kita bersama-sama meningkatkan kualiti ibadah dan amal soleh serta menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai teladan dalam kehidupan agar kita memperoleh syafaat baginda di hari akhirat kelak.

Ikuti halaman Instagram kami di:
https://www.instagram.com/pkpmiaceh_

Ikuti halaman Facebook kami di:
https://www.facebook.com/share/186as2D63A/?mibextid=LQQJ4d

"Generasi Rabbani, Qiyadah Rahimiyyah"

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) - Aceh, Sesi 2025/2026

[CAKNA MINDA : DIRGAHAYU REPUBLIK INDONESIA KE-81]Assalamualaikum w.b.t. Dengan penuh rasa hormat dan sukacita, kami dar...
16/08/2026

[CAKNA MINDA : DIRGAHAYU REPUBLIK INDONESIA KE-81]

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan penuh rasa hormat dan sukacita, kami dari Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Aceh sesi 2025/2026, ingin merakamkan setinggi-setinggi ucapan Selamat Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Republik Indonesia ke-81 kepada seluruh rakyat Indonesia.

Tanggal 17 Ogos 1945 merupakan detik bersejarah yang menjadi tonggak perjuangan rakyat Indonesia. Pengisytiharan kemerdekaan yang lahir daripada semangat keberanian dan pengorbanan para pejuang terus menjadi inspirasi kepada generasi hari ini untuk menghargai erti kebebasan, mempertahankan perpaduan dan membina masa depan yang lebih baik.

Sempena sambutan kemerdekaan ini, semoga Republik Indonesia terus berkembang sebagai sebuah negara yang berdaulat, maju dan sejahtera. Semoga semangat perpaduan dan cinta akan tanah air terus subur dalam diri setiap rakyat serta menjadi kekuatan dalam menghadapi cabaran masa hadapan.

Merah dan putih bukan sekadar warna, tetapi menjadi lambang semangat, keberanian dan jati diri bangsa Indonesia. Semoga Sang Merah Putih terus berkibar megah, membawa harapan serta menjadi simbol kebanggaan seluruh rakyat Indonesia.

Ikuti halaman Instagram kami di:
https://www.instagram.com/pkpmiaceh_?igsh=MXE0YXJ3ZWpteXh4OA==

Ikuti halaman Facebook kami di:
https://www.facebook.com/share/186as2D63A/?mibextid=LQQJ4d

“Generasi Rabbani, Qiyadah Rahimiyyah”

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) – Aceh, Sesi 2025/2026

[UPDATE : TAHNIAH WISUDAWAN & WISUDAWATI GELOMBANG 2 SEMESTER GENAP BAGI TAHUN AJARAN 2025/2026]Assalamualaikum w.b.tAlh...
16/08/2026

[UPDATE : TAHNIAH WISUDAWAN & WISUDAWATI GELOMBANG 2 SEMESTER GENAP BAGI TAHUN AJARAN 2025/2026]

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah telah berlangsungnya hari wisuda gelombang 2 semester genap tahun ajaran 2025/2026, Universitas Islam Negeri Ar-Raniry.

Justeru itu, pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Aceh, sesi 2025/2026 ingin merakamkan sekalung aspresiasi dan syabas kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang telah berjaya wisuda pasa semester ini.

FAKULTAS SYARIAH DAN HUKUM
1. Muhammad Khalil bin Saat
2. Arman bin Azmi
2. Siti Mash*tah binti Mursidan
3. Najwa binti Norizan
4. Siti Nurul Auni binti Abdul Latif

FAKULTAS USHULUDDIN DAN FILSAFAT
1. Muhammad Imran bin Mohd Fauzan
2. Mohd Zul Aiman bin Darman
3. Muhammad Firdauz bin Sanif

FAKULTAS DAKWAH DAN KOMUNIKASI
1. Muhammad Danish bin Abdul Karim

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua. Semoga segala ilmu yang diperoleh mendapat keberkatan dan redha Allah masyarakat kelak, In Shaa Allah.

Ikuti halaman Instagram kami di :
https://www.instagram.com/pkpmiaceh_?igsh=MXE0YXJ3ZWpteXh4OA==

Ikuti halaman Facebook kami di :
https://www.facebook.com/share/186as2D63A/?mibextid=LQQJ4d

“Generasi Rabbani, Qiyadah Rahimiyyah”

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) - Aceh, Sesi 2025/2026

[INFO CAKNA : TAKWIM AKADEMIK SEMESTER GANJIL TAHUN AKADEMIK 2026/2027]Assalamualaikum w.b.t,Makluman dan perhatian kepa...
16/08/2026

[INFO CAKNA : TAKWIM AKADEMIK SEMESTER GANJIL TAHUN AKADEMIK 2026/2027]

Assalamualaikum w.b.t,

Makluman dan perhatian kepada semua pelajar Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Aceh sesi 2025/2026, berikut merupakan Takwim Akademik Semester Ganjil Tahun Akademik 2026/2027.

Diharapkan agar semua pelajar PKPMI Aceh cakna terhadap senarai tarikh-tarikh tersebut :

➡️ Pembayaran SPP dan UKT:
04 Ogos - 20 Ogos 2026
➡️ Pengisian KRS :
11 Ogos - 21 Ogos 2026
➡️ Pengesahan KRS :
11 Ogos - 22 Ogos 2026
➡️ Kuliah Efektif Semester Ganjil :
31 Ogos - 19 Disember 2026
➡️ Perbaikan KRS (KPRS) :
07 September - 09 September 2026
▶️Pengesahan KPRS :
07 September - 10 September 2026
➡️ Batas Akhir Pencacatan AKM :
10 Oktober 2026
➡️ Pelaporan PDDIKTI KRS Semester Ganjil :
26 Oktober 2026
➡️ Hari Pengganti Kuliah :
21 Disember - 31 Disember 2026
➡️ Pengisian Nilai Mahasiswa dan Perbaikan Nilai :
28 September 2026 - 06 Januari 2027

📌 Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh berhubung dengan Exco dan Timbalan Exco Dakwah dan Akademik PKPMI Aceh sesi 2025/2026 seperti yang tertera di bawah :

👮🏻‍♂️ Ustaz Daniel Iskandar
(Exco Dakwah dan Akademik PKPMI Aceh)
📲http://www.wasap.my/601135609857

🧕🏻 Ustazah Izzatul Husna
(Timbalan Exco Dakwah dan Akademik PKPMI Aceh)
📲 http://www.wasap.my/60195581709

Segala kerjasama dan perhatian daripada kalian didahului dengan _Jazakumullahu Khairan Katsiraa_.💐

Ikuti Halaman Instagram kami di:
https://www.instagram.com/pkpmiaceh_?igsh=MXE0YXJ3ZWpteXh4OA==

Ikuti Halaman Facebook kami di:
https://www.facebook.com/share/186as2D63A/?mibextid=LQQJ4d

"Ilmu Diperkasa, Dakwah Diperkukuh"

"Generasi Rabbani, Qiyadah Rahimiyyah”

Exco Dakwah dan Akademik
Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Di Indonesia (PKPMI) - Aceh, Sesi 2025/2026

[CAKNA MINDA: SALAM MEMPERINGATI HARI ASYURA 1448H]Assalamualaikum w.b.t.Kami daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Mala...
26/06/2026

[CAKNA MINDA: SALAM MEMPERINGATI HARI ASYURA 1448H]

Assalamualaikum w.b.t.

Kami daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Aceh sesi 2025/2026, ingin mengucapkan Salam Memperingati Hari Asyura 1448H kepada seluruh umat Islam.

Hari Asyura disambut pada 10 Muharam, iaitu hari ke-10 dalam kalendar Hijrah. Hari yang penuh kemuliaan ini mempunyai keistimewaan yang besar dalam Islam serta menjadi peluang buat umat Islam untuk memperbanyakkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW menganjurkan umat Islam agar berpuasa pada hari Asyura kerana ia merupakan amalan yang penuh keberkatan dan mempunyai ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.

Semoga Hari Asyura pada tahun ini menjadi peringatan buat kita semua untuk terus meningkatkan keimanan, ketakwaan dan amal soleh dalam kehidupan seharian.

Ikuti halaman Instagram kami di:
https://www.instagram.com/pkpmiaceh_

Ikuti halaman Facebook kami di:
https://www.facebook.com/share/186as2D63A/?mibextid=LQQJ4d

"Generasi Rabbani, Qiyadah Rahimiyyah"

Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) - Aceh, Sesi 2025/2026

Address

Banda Atjeh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PKPMI Aceh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share