Thsl Fc Ipd Dang Wangi

Thsl Fc Ipd Dang Wangi

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Thsl Fc Ipd Dang Wangi, Sports Team, London.

THSL FC telah ditubuhkan pada 1.4.2018 dibawah kendalian YDH KPB BALAI THSL INSP TUAN KHAIRUL dengan tujuan untuk merapatkan silaturrahim antara anggota balai thsl selepas waktu bekerja...

Photos from Thsl Fc Ipd Dang Wangi's post 27/06/2026

⚽FRIENDLY MATCH | THSL FC vs BP SENTUL FC ⚽

Dalam usaha menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim melalui sukan bola sepak, satu perlawanan persahabatan telah berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2026 (Jumaat).

🔵 THSL FC (Jersi Biru)
🆚
⚪ BP SENTUL FC (Jersi Putih)

🏟️ Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
📅 26 Jun 2026 (Jumaat)
⏰ 2030 – 2230 Hrs

Keputusan Penuh
THSL FC 5 - 3 BP SENTUL FC

Penjaring Gol THSL FC
⚽⚽ Shahrul
⚽ Fendi
⚽ SZ
⚽ Long

🏆 Man of the Match
Shahrul (jersi 17) dinobatkan sebagai Man off the Match bulan JUN atas persembahan cemerlang dan berjaya menjaringkan dua gol untuk membantu THSL FC mencatat kemenangan.

Tahniah kepada kedua-dua pasukan yang telah mempamerkan semangat kesukanan, komitmen dan kerjasama berpasukan yang tinggi sepanjang perlawanan berlangsung. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan dalam memperkukuhkan ukhuwah serta membudayakan gaya hidup sihat.

25/06/2026

⚽🔥 PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK 🔥⚽

Jom bersama-sama memeriahkan perlawanan persahabatan yang penuh semangat kesukanan dan persaudaraan antara:

🐯 THSL FC 🆚 🐯 Balai Polis Sentul (B.P.S)

📅 Tarikh: 26 Jun 2026 (Jumaat)
⏰ Kick Off: 8.30 Malam
📍 Tempat: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

Perlawanan ini bukan sekadar memburu kemenangan, malah menjadi platform mengeratkan silaturahim serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui sukan bola sepak.

💪 Satu Pasukan, Satu Hati, Satu Matlamat
⚽ Demi Gaya Hidup Sihat Bola Sepak!

Jom hadir memberikan sokongan dan memeriahkan suasana di Stadium Merdeka!

🏆⚽🔥

Photos from Thsl Fc Ipd Dang Wangi's post 20/06/2026

LAPORAN PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK

THSL FC 6-5 SERDANG PS
📅 Tarikh: 18 Jun 2026
📍 Tempat: Stadium Merdeka

Dalam usaha memupuk amalan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan silaturahim melalui sukan, satu perlawanan persahabatan bola sepak telah berlangsung di antara THSL FC (jersi biru) dan SERDANG PS (jersi putih) pada 18 Jun 2026 di Stadium Merdeka.

Perlawanan yang berlangsung dalam suasana penuh semangat kesukanan itu menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan aksi menarik dan permainan yang kompetitif. THSL FC berjaya mencatat kemenangan tipis dengan keputusan 6-5 ke atas SERDANG PS selepas beraksi selama 90 minit yang penuh mendebarkan.

Bagi pasukan THSL FC, jaringan gol telah disumbangkan oleh:
⚽Daus – 2 gol
⚽Fendy – 2 gol
⚽Long – 1 gol
⚽SZ – 1 gol

SERDANG PS turut memberikan tentangan sengit dan berjaya menjaringkan lima gol, menjadikan perlawanan ini antara aksi persahabatan yang cukup menghiburkan para pemain dan penyokong yang hadir.

Program seperti ini bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah menjadi platform terbaik untuk mengukuhkan semangat berpasukan, disiplin serta hubungan persahabatan antara komuniti bola sepak.

“Satu Pasukan, Satu Hati, Satu Matlamat”

📸 Disertakan gambar-gambar sekitar perlawanan persahabatan bola sepak THSL FC menentang SERDANG PS.

18/06/2026

⚽️🤝 PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK 🤝⚽️

Ayuh bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan THSL FC yang bakal menentang SERDANG PS dalam satu perlawanan persahabatan yang penuh semangat kesukanan dan ukhwah.

📅 Tarikh: 18 Jun 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 4.30 Petang
📍 Tempat: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

Perlawanan ini bukan sahaja menjadi medan persiapan dan meningkatkan kecergasan fizikal, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pasukan melalui semangat kesukanan yang tinggi.

Satu Pasukan, Satu Hati, Satu Matlamat
Demi Gaya Hidup Sihat Bola Sepak!

Semoga perlawanan berlangsung dengan lancar, penuh semangat, dan bebas daripada sebarang kecederaan.

⚽️🔥🏆

Photos from Thsl Fc Ipd Dang Wangi's post 15/05/2026

PERLAWANAN PERSAHABATAN MERIAHKAN GAYA HIDUP SIHAT

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Semangat kesukanan dan gaya hidup sihat terus dipupuk menerusi perlawanan persahabatan bola sepak di antara THSL FC menentang JSJ IPK Kuala Lumpur yang berlangsung di Stadium Merdeka, semalam.

Dalam aksi yang berlangsung sengit dan penuh dramatik itu, THSL FC berjaya mencatat kemenangan tipis 5-4 ke atas JSJ IPK Kuala Lumpur. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertenaga serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang perlawanan berlangsung.

Perlawanan tersebut turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Mohd Azani bin Omar yang turut beraksi bersama pasukan JSJ IPK Kuala Lumpur dan berjaya menjaringkan satu gol buat pasukannya.

Program seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara pasukan, malah mampu menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan riadah.

Pemain THSL FC, Konstabel Saiful dari Pondok Polis Kenanga, telah dinobatkan sebagai “Man of The Match” bagi perlawanan tersebut hasil aksi cemerlang dan komitmen tinggi sepanjang permainan. Beliau juga terus mengekalkan prestasi terbaik apabila dipilih sebagai “Man of The Match” bagi bulan Mei.

Penganjuran perlawanan persahabatan ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform memperkukuhkan hubungan serta memupuk budaya bersukan dalam kalangan masyarakat dan warga pasukan keselamatan.

Photos from Thsl Fc Ipd Dang Wangi's post 02/06/2025

01 JUN 2025- Satu KEJOHANAN FUTSAL PIALA KPB THSL 2025 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di GELANGGANG FUTSAL KBS UTC PUDU. Penyampaian pingat dan piala pusingan telah disampaikan oleh YDH KPB THSL TUAN MOHAMAD SHUKRI BIN MAT IDRIS dan T/KPB THSL SI SYED SULAIMAN Bin SYED MOHAMED.Tahniah kepada pasukan yang menang dan pada yang tidak berjaya,teruskan usaha di masa akan datang.
Berikut senarai pemenang bagi KEJOHANAN FUTSAL PIALA KPB THSL 2025:

JUARA FUTSAL PIALA KPB 2025
TEAM ADMIN RED ARMY (SJN NOOR MOHAMMAD HAFIZ)

NAIB JUARA
TEAM ONCALL (SJN AL-HAFIS)

KE TIGA
TEAM RCJ (SJN ZAINI)

KE EMPAT
TEAM KENANGA (SJN ROSDI)

KELIMA
TEAM SDR (SJN ROMZI)

KE ENAM
TEAM EO (SJN ZALI)

PENJARING TERBANYAK KEJOHANAN
SHAHRUL - 7 GOL (TEAM ADMIN RED ARMY)

PENJAGA GOL TERBAIK KEJOHANAN
ZULFAZLY- TEAM ADMIN RED ARMY

PEMAIN TERBAIK KEJOHANAN
AMIRUL - TEAM ONCALL

ANUGERAH KHAS PEMAIN PILIHAN
HAIQAL (TEAM ADMIN RED ARMY)

PEMAIN VETERAN TERBAIK KEJOHANAN
KPL ZAWAZI - TEAM ONCALL

PENGURUS TERBAIK KEJOHANAN
SJN ZALI -TEAM EO

JUARA FUTSAL WANITA THSL
TEAM DYNAMITE (SJN NORSILAWATI)

NAIB JUARA FUTSAL WANITA THSL
TEAM SRIKANDI (SJN ALIA)

PEMAIN TERBAIK WANITA FUTSAL THSL
KPL HAZWANI -TEAM DYNAMITE

MEMETIK KATA SALAH SEORANG PEMAIN DI DALAM KEJOHANAN KALI INI BELIAU MENYATAKAN

“It’s up to team bang. Kerja keras tidak akan mengkhianati hasil. Makna kata team mana ada usaha team itu akan berjaya”

BENARLAH BAGAI DIKATA,TAHNIAH PADA YANG MENJUARAI,YANG MANA TIDAK BERNASIB BAIK MAKA TAHUN DEPAN KITA CUBA LAGI.🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰

MAJULAH SUKAN UNTUK THSL FC!!!!

Photos from Thsl Fc Ipd Dang Wangi's post 25/09/2024

25 SEP 2024- Satu KEJOHANAN PESTA BOLA SEPAK MERDEKA 4 PENJURU TAHUN 2024 telah berlangsung dengan jayanya di STADIUM MERDEKA.Perasmian dan penyampaian pingat serta piala iringan telah disampaikan oleh YDH TUAN T/KPD DANG WANGI SUPT NUZULAN BIN MOHD DIN . Kejohanan disertai 4 pasukan terdiri daripada gabungan pasukan JSJ&KBKA,JSJK&SB,BALAI POLIS CHOWKIT dan BALAI POLIS THSL. Kejohanan dijalankan secara round robin melibatkan 4 pasukan.Syabas dan Tahniah kepada TEAM THSL FC yang berjaya memenangi kojohanan ini melalui sepakan penalti 3-2 di perlawanan akhir menentang CHOWKIT FC.Kita jumpa lagi di kejohanan yang akan datang.
Berikut senarai pemenang bagi KEJOHANAN PESTA BOLA MERDEKA 4 PENJURU TAHUN 2024:

JUARA KEJOHANAN
THSL FC (BALAI POLIS THSL)

NAIB JUARA
CHOW KIT FC (BALAI POLIS CHOW KIT)

TEMPAT KE TIGA BERSAMA
JSJ/KBKA DW
JSJK/SB DW

PENJARING TERBANYAK KEJOHANAN
LOKMAN - 3 GOL (THSL FC)

PENJAGA GOL TERBAIK KEJOHANAN
SAIFUL BOB JDT- (THSL FC)

PEMAIN TERBAIK KEJOHANAN
HAFIZ- (CHOWKIT FC)

MAJULAH SUKAN UNTUK THSL FC!!!

TAHUN DEPAN KITA BERJUMPA LAGI!!!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in London?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


London