31/08/2026
Liverpool Tandatangani Bradley Barcola.
Bradley Barcola, 23 tahun, telah tiba di Anfield dari Paris St Germain selepas satu episod saga perpindahan yang panjang.
Liverpool FC begitu komited untuk membelanjakan £106 juta untuk beliau, di samping beberapa syarat bonus tambahan yang boleh melonjakkan harga beliau ke £123 juta.
Barcola dilaporkan tidak mahu berpindah ke mana-mana kelab lain selain Liverpool, dan atas sebab itu PSG mengalami kesukaran untuk melakukan negosiasi akibat kekurangan persaingan.
Barcola hadir dengan reputasi besar selepas membantu PSG menjuarai Liga Juara-juara Eropah sebanyak dua kali berturut-turut, di samping hatrik kejuaraan Ligue 1.
Dengan sempurnanya perpindahan ini, Liverpool berjaya mendapatkan sasaran no.1 dalam jendela perpindahan kali ini.
Bagaimana anda mahu rate perpindahan ini antara 1-10? Tinggalkan ulasan anda di bawah.
21/08/2026
Liverpool FC Tanpa Scouser
Buatkali pertama dalam sejarah 134 tahun kelab, Liverpool FC tidak memiliki pemain kelahiran Liverpool dalam skuad.
Ini berikutan berita penjualan Curtis Jones kepada Inter Milan.
Apa pandangan anda, adakah pemain tempatan pwnting bagi mengekalkan tradisi kelab?
16/08/2026
Tonton Liverpool vs Como di RTMklik.
Malam ini (12.45 pagi esok)
Di saluran Okey
Fuhhh RTMKlik sungguh-sungguh tak bagi delete lagi aplikasi dia 😂
15/08/2026
Inilah dia Vice Chairman Liverpool FC yang baru..
Yang sebelah kanan, bukan yang sebelah kiri 😜
Amit Bhatia pernah berada dalam lembaga penasihat AirAsia Berhad dan merupakan Vice Chairman Queens Park Rangers kepada Tony Fernandes.
Apabila Tony Fernandes meletak jawatan sebagai Pengerusi, Amit telah mengambil alih jawatan tersebut di QPR.
Beliau seterusnya telah mengetuai konsortium 1892 Holdings bagi mengambil alih share minoriti daripada Fenway Sports Group (FSG).
Antara yang menyertai konsortium tersebut merupakan Jeff Bezos (pengasas Amazon), Eduardo Severin bekas rakan kongsi pengasas Facebook, dan keluarga tycoon India Lakshmi Mittal (ayah mertua Bhatia).
Bhatia meletakkan jawatan sebagai Pengerusi QPR pada bulan lalu bagi menumpukan tugas di Liverpool FC.
Apa pandangan dan harapan korang terhadap pengambilalihan ini?
Adakah track record dan pengalaman Bhatia di QPR akan memberikan apa-apa makna terhadap pembelian ini?
16/07/2026
Tahun ini bakal menyaksikan pemain ke-6 dalam sejarah menjulang Piala Dunia sebagai pemain Liverpool FC.
Adakah anda sokong Victor Muñoz atau Alexis Mac Allister?
Senarai pemain yang menjulang Piala Dunia semasa bermain untuk Liverpool:
1. Roger Hunt (England, 1966)
2. Ian Callaghan (England, 1966)
3. Gerry Byrne (England, 1966)
4. Fernando Torres (Spain, 2010)
5. Pepe Reina (Spain, 2010)
19/06/2026
Liverpool Lawan Newcastle First Match!
Liverpool akan bertandang ke St James Park bagi perlawanan pertama musim baru Liga Persana Inggeri 2026/27.
Pastinya perlawanan yang hangat jika dilihat hubungan antara kedua-dua kelab sejak akhir-akhir ini dalam isu perpindahan pemain.
Victor Muñoz dan Hugo Ekitiké disambar di saat akhir daripada genggaman Newcastle, manakala perpindahan Alexander Isak diselubungi kontroversi.
Perlawnan terakhir musim p**a akan ditutup menentang pasukan lama Andoni Iraola, AFC Bournemouth di Anfield. Peluang besar menjulang piala EPL di laman sendiri (berangan itu percuma).
Senarai penuh perlawanan musim baru:
Full Liverpool fixture list:
August
GW1: Newcastle United (A)
GW2: Nottingham Forest (H)
September
GW3: Ipswich Town (A)
GW4: Fulham (H)
GW5: Bournemouth (A)
October
GW6: Manchester City (H)
GW7: Brentford (A)
GW8: Brighton & Hove Albion (H)
GW9: Arsenal (H)
November
GW10: Crystal Palace (A)
GW11: Manchester United (H)
GW12: Everton (A)
December
GW13: Sunderland (H)
GW14: Chelsea (A)
GW15: Leeds United (H)
GW16: Tottenham Hotspur (H)
GW17: Hull City (A)
GW18: Aston Villa (A)
January
GW19: Coventry City (H)
GW20: Sunderland (A)
GW21: Crystal Palace (H)
GW22: Manchester United (A)
GW23: Everton (H)
February
GW24: Arsenal (A)
GW25: Coventry City (A)
GW26: Hull City (H)
GW27: Tottenham Hotspur (A)
March
GW28: Aston Villa (H)
GW29: Ipswich Town (H)
GW30: Fulham (A)
April
GW31: Newcastle United (H)
GW32: Nottingham Forest (A)
GW33: Leeds United (A)
May
GW34: Chelsea (H)
GW35: Manchester City (A)
GW36: Brentford (H)
GW37: Brighton & Hove Albion (A)
GW38: Bournemouth (H)
16/06/2026
Semalam birthday Mo Salah ke-34
Hari ni birthday Klopp ke-59
Dua orang lejen 👏🎂🥳
05/06/2026
Jersi Clearance Adidas Liverpool Musim 2025/26.
Adidas Nu Central.
Lengan pendek.
Replica RM149.50 (56% off)
Authentic RM 244.50 (54% off)
Lagi murah daripada Mid Year Sale kat website Adidas sekarang RM184.24 dan RM307.44.
Sale sehingga Ahad ini 8 Jun 2026.
Admin dah sambar semalam.
Saiz banyak lagi, kecuali away kit replica macam dah berkurang.
https://www.instagram.com/p/DZL4ZvGDwdO/?igsh=N3BuYXpsN2FxZ3lp
03/06/2026
Liverpool Football Club menyambut ulang tahun ke-134 pada hari ini.
Syarikat Liverpool Football Club and Athletic Ground Company Limited disahkan pada 3 Jun 1892 oleh founder John Houlding setelah pasukan Everton FC berpindah keluar dari Anfield ke Goodison Park.