Brunei Badminton Page

Brunei Badminton Page

Share

Official Page of Brunei Darussalam National Badminton Association (PBKBD)

Official Page of Brunei Darussalam National Badminton Association (Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam)

Photos from Brunei Badminton Page's post 06/04/2025

Ahad 06 April 2025

Tiga atlet badminton Negara Brunei Darussalam, Mohamad Iqbal Asyraf bin Mohamad, Mohd Marhanif bin Mohd Ali dan Kan Kah Kit (sudah berada di China), beserta Pengurus merangkap Jurulatih, Muhammad Dzakwan Saifullah Sia, pagi tadi berlepas ke Republik Rakyat China bagi menyertai BANK OF NINGBO Badminton Asia Championships 2025 yang akan bermula pada 08 April ini.

Mereka akan bertanding dalam pusingan kelayakan untuk kategori Perseorangan Lelaki dan Beregu Lelaki (Group B).

Pada peringkat round robin pusingan kelayakan, Kan Kah Kit akan bertemu pemain dari Viet Nam dan Sri Lanka, manakala Iqbal dan Marhanif akan menentang pasangan dari Jepun dan juga Sri Lanka.

Kejohanan berprestij dan terbesar di Asia ini juga disertai oleh pemain-pemain badminton bertaraf dunia di benua Asia. Ianya akan berlangsung di Ningbo Olympic Sports Centre, Ningbo, Republik Rakyat China.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Presiden PBKBD, Mohd Zuno Kartono Haji Ali, selaku Timbalan Presiden Para Badminton, Badminton Asia.

Juga hadir, wakil-wakil dari para penaja yang telah mempermudahkan persiapan para atlet kita iaitu Al-Nur Boutique dan Continental Tour Brunei.

PBKBD juga mengucapkan penghargaan kepada penaja-penaja yang lain iaitu bitlab digital dan Master G Collection.

Penyertaan atlet badminton negara ke Kejohanan ini merupakan peluang terbaik untuk mereka mencabar kebolehan masing-masing untuk meningkatkan mutu badminton diri sendiri dan juga standard badminton negara amnya.

18/03/2025

Selamat Memperingati Peristiwa Nuzul Al Qur'an tahun 1446 Hijrah, 2025 Masihi.

Photos from Brunei Badminton Page's post 03/03/2025

BEYOND BADMINTON

Pada hari Rabu, 26 Februari 2025 yang lalu, Presiden Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam, Mohd Zuno Kartono Haji Ali telah dijemput sebagai penceramah undangan dalam UBD Alumni Talk Series, "Inspiring Careers in Sports and Fitness" bertempat di Pro Chancellor Arts Centre, UBD.

Beliau menyampaikan tajuk ceramah "Beyond Badminton : Player Education and Dual Career".

UBD Alumni Talk Series merupakan sebuah platform khusus untuk para alumni mengongsikan pengalaman mereka sebagai mahasiswa/i UBD, pengalaman menempuh dunia pekerjaan mahupun perkongsian sebagai seorang pengusaha.

Turut sama diundang bersama beliau ialah Pengiran Serfuddin bin Pengiran Hj Md Salleh dan Puan Liyana Sidek.

01/03/2025

Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Semoga Allah Subhanahu wata'ala menerima ibadah kita semua, أَمِيْن أَمِيْن أَمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ

Lafaz niat puasa harian:
نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْضِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـّهِ تـَعَالىَ

22/02/2025

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 41. Bersama Mencapai Cita Negara.

20/02/2025

Presiden Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam, Mohamad Zuno Kartono Haji Ali akan menyertai Alumni Talk Series Universiti Brunei Darussalam sebagai salah seorang ahli panel bagi membicarakan tentang karier dalam sukan dan kecergasan pada Rabu, 26 Februari 2025.

Alumni Talk Series ini dibukakan kepada mahasiswa-mahasiswi, dan juga alumni UBD yang berminat.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila imbas Kod QR yang tertera dalam poster di atas.

29/01/2025

Selamat Tahun Baru Cina kepada yang meraikannya. Semoga tahun ini akan membawa kepada kejayaan dan perubahan yang lebih baik.

27/01/2025

Selamat Memperingati Peristiwa Isra' dan Mikraj junjungan kita Nabi Muhammmad ﷺ bagi tahun 1446 Hijrah, 2025 Masihi

01/01/2025

Selamat Tahun Baru 2025. Semoga tahun ini akan membawa keharmonian dan keberkahan, serta dipermudahkan semua urusan.

Photos from Brunei Badminton Page's post 31/12/2024

Pengumuman mengenai penganjuran kejohanan badminton bermula tahun 2025.

Harap maklum.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Bandar Seri Begawan?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Stadium Negara Hassanal Bolkiah
Bandar Seri Begawan
BB4313