AVFC

AVFC

Share

Stay Tune👍

Allvision Football Club - Tanah Merah
U11 (2025)
Since 16 Sept 2023 (U9)
Page santai-santai hasil kerjasama Allvision bersama 10 parent yang luar biasa‼️
3 admin setia berkongsi cerita aksi anak-anak AVFC.

Photos from AVFC's post 21/07/2026

AV kembali beraksi..
Ada yang rindu???

Wajah lama setia bersama, wajah baru terima kasih sudi bersama hingga saat ini,
kita juang sampai Juara.

Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. ✌️👊💪

Photos from AVFC's post 21/07/2026

JUNIOR CUP
Under 12
7 Side 2026
Mamaja MB

19/07/2026

Masa tengok Jerman tersingkir menerusi sepakan penalti, ada satu cerita yang buat aku berfikir.

Katanya bila kapten tanya, “Siapa nak ambil penalti?”, ramai yang menolak. Bukan sebab tak pandai… tapi sebab takut kalau gagal.

Benda yang sama aku pernah nampak dalam bola akar umbi.

Bila coach tanya siapa yang nak ambil penalti, ramai budak tunduk. Diam. Tak berani.

Tapi anak aku angkat tangan.

Ya, dia ambil tanggungjawab tu.

Dan ya… dia tak berjaya jaringkan gol.

Sebagai parents, mestilah kecewa sekejap. Tapi dalam masa yang sama, aku lagi bangga sebab dia berani melangkah ketika orang lain memilih untuk berundur.

Sebab bagi aku, gagal selepas berani mencuba lebih baik daripada langsung tak berani mengambil tanggungjawab.

Alhamdulillah, pasukan tetap menang dan berjaya mara ke peringkat seterusnya.

Gol boleh terlepas. Penalti boleh gagal.

Tapi keberanian untuk berdiri di depan ketika semua orang takut… itulah yang membentuk karakter seorang pemain.

Semoga anak-anak kita membesar bukan sekadar jadi pemain yang hebat, tetapi juga insan yang berani memikul amanah walaupun risikonya besar. 🫡🫡


vs

Mobile uploads 27/05/2026

Skill siapa ini heret baju?🤣

Photos from AVFC's post 26/05/2026
Photos from AVFC's post 26/05/2026

Friendly match padang turf Mamaja MB Tanah Merah. Geng anak-anak AVFC

20/05/2026

Pemain simpanan bukan tak cukup bagus.

Dia cuma belum dipanggil.

Dari tepi gelanggang,
dia tengok, dia belajar, dia tunggu.

Bila peluang datang—
tak ada warm up, tak ada alasan.

Terus kena perform.

Tekanan dia senyap…
tapi berat.

Tak semua sanggup duduk dan tunggu,
tapi masih percaya pada moment sendiri. Tapi ramai yang gagal disini sebab dia ingat dia tak bagus dan dia berhenti bermain..
Tapi sebenarnya hati kena kuat dan kental💪🏻tetap semangat berjuang dan tanamkan dalam diri untuk bersaing mendapatkan posisi (1st six) dalam team…
Itu kekuatan sebenar...

Photos from AVFC's post 24/04/2026

Setelah agak lama gantung jersi, AVFC bakal beraksi pada Karnival KBSMJ U12 pada Sabtu.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Tanah Merah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Tanah Merah Kelantan
Tanah Merah, QLD
17500