Perdana United FC

Perdana United FC

Share

Time for Heroes

19/07/2026

Kelab Bolasepak Perdana United merakamkan ucapan dan salam takziah buat keluarga adik Danish Hizqeel, pemain Kelab Bolasepak Shining Academy yang telah kembali ke rahmatullah.

Semoga keluarga Allahyarham tabah dan redha dengan pemergian beliau dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Ameen. Alfatihah...
____

Perdana United Football Club extends its deepest condolences and heartfelt sympathies to the family of Danish Hizqeel, a player from Shining Academy Football Club, who has passed away.
May Allah grant his family strength, patience, and acceptance during this difficult time. May Allah shower His mercy upon the departed soul and grant him the highest place in Jannah. Ameen. Alfatihah...

Photos from Perdana United FC's post 08/07/2026

Progress starts on the training ground. ⚽

26/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H

Kelab Bolasepak Perdana United mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. πŸ•‹βœ¨

Semoga pengorbanan yang kita lakukan diterima oleh Allah dan menjadi bukti ketakwaan kita kepada-Nya.

Photos from Perdana United FC's post 09/05/2026

Pemain Perdana United FC U12 berpeluang mengadakan lawatan dan sesi pendedahan di Akademi Mokhtar Dahari.

Lawatan ini memberi pengalaman berharga buat pemain untuk melihat sendiri suasana pembangunan bola sepak berprestasi tinggi selain menimba ilmu dan pendedahan baharu sebagai persiapan menghadapi cabaran akan datang.

Semoga pengalaman ini menjadi pembakar semangat untuk terus bekerja keras, berdisiplin dan terus berkembang.

Photos from Perdana United FC's post 09/05/2026

Perlawanan persahabatan Perdana United FC U12 menentang PDSK FC U12 di Arena MBK, Kuantan.

Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada persiapan menghadapi Liga Kebangsaan di Akademi Mokhtar Dahari.

Terima kasih kepada PDSK FC dan pihak scouting AMD yang hadir memberi sokongan serta penilaian buat para pemain.

06/05/2026

Perdana United FC U12 turun ke Kuantan untuk beraksi menentang Pandan Damai Soccer Kids (PDSK) dalam perlawanan persahabatan! πŸ’ͺ⚽

πŸ“… Khamis | 7 Mei 2026
⏰ 5:00 Petang
πŸ“ Arena MBK, Kuantan

Perlawanan ini menjadi platform penting sebagai persiapan menghadapi Liga Kebangsaan yang bakal berlangsung bulan hadapan di Akademi Mokhtar Dahari.

05/04/2026

Terkini dari JSSL Singapore :

PUFC U8 Selangor Mara ke Final vs Boas FC πŸ‡­πŸ‡°

Photos from Perdana United FC's post 05/04/2026

πŸ”₯ PERDANA UNITED FC U8 GO INTERNATIONAL! πŸ”₯

Alhamdulillah, pasukan Perdana United U8 (PUFC) sedang beraksi di kejohanan berprestij:
πŸ† JSSL Singapore Professional Academy 7s
πŸ“ Tampines Hub, Singapore
πŸ“… 2 – 5 April 2026

πŸ’™ Misi kami: Mengharumkan nama Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“Œ Jadual Perlawanan (Group Stage):
πŸ—“ 2 April (Khamis)
⏰ 5:00 PM – vs Barca Academy Singapore

πŸ—“ 3 April (Jumaat)
⏰ 2:30 PM – vs Gaulois Aerion Academy
⏰ 4:00 PM – vs Baos FC

πŸ—“ 4 April (Sabtu)
⏰ 1:00 PM – vs Lion City Sailors
⏰ 2:30 PM – vs Albirex Soccer School
⏰ 4:00 PM – vs JNDC Blue

πŸ’ͺ Anak-anak kecil, impian besar!
⚽ Berjuang dengan semangat, disiplin dan kebanggaan negara.

πŸ™ Doakan kejayaan pasukan kami!
Terima kasih atas sokongan semua πŸ’™

20/03/2026

πŸŒ™βœ¨ Selamat Hari Raya Aidilfitri βœ¨πŸŒ™

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, seluruh warga Perdana United Football Club (PUFC) ingin mengucapkan:

πŸ’š Selamat Hari Raya Aidilfitri
πŸ™ Maaf Zahir & Batin

Semoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita semua β€” di dalam dan luar padang ⚽

Terima kasih atas sokongan berterusan daripada semua penyokong, pemain, ibu bapa dan komuniti PU Johor, PU Selangor & PU Pahang πŸ’ͺπŸ”₯

πŸŽ‰ Raikan kemenangan, eratkan ukhwah
⚽ Terus maju bersama PUFC!

Photos from Perdana United FC's post 16/03/2026

πŸ”₯ AKSI PADU DI PADANG! ⚽

SELANGOR FC U12 | 3 - 2 | PERDANA UNITED FC U12

Semangat juang anak-anak muda memang luar biasa!

Tahniah kepada semua pemain yang telah memberikan 100% komitmen di atas padang. Menang atau kalah bukan ukuran utama, tetapi pengalaman, keberanian dan semangat sukan itulah kemenangan sebenar. πŸ™Œ
Terima kasih juga kepada jurulatih, ibu bapa dan penyokong yang sentiasa memberi sokongan.




Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Singapore?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Singapore