Liga Sosial Temerloh

Liga Sosial Temerloh

Share

AA LIGA SOSIAL TEMERLOH 2025

Photos from Liga Sosial Temerloh's post 07/10/2025

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ & ๐—จ๐—–๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐—”๐—” ๐—Ÿ๐—œ๐—š๐—” ๐—ฆ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—ข๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan AA Liga Sosial Temerloh 2025.

Tempoh pelaksanaan selama tiga bulan bukanlah suatu jangka masa yang singkat. Sejak dari hari pertama penyusunan jadual perlawanan hinggalah ke malam kemuncak, ia menuntut komitmen tinggi, kesabaran dan kerjasama yang utuh daripada semua pihak.

Kepada penaja-penaja kami - Penyelaras Dewan Negeri Kuala Semantan Dato' Ridzuan Hazimin Bin Ramli, Pengurus Dod Sportswear Encik Mohamad Fathi Zikri Bin Mohamad Zain dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Encik Adam Bin Ahmad, terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan baik.

Sumbangan anda bukan sahaja dari segi kewangan dan logistik, malah memberi nafas dan semangat kepada pembangunan bola sepak komuniti.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang dan juga Persatuan Bola Sepak Daera Temerloh yang diketuai Dato' Khairur Rizal Bin Ramli kerana banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada kami. Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada Majlis Perbandaran Temerloh, Polis Diraja Malaysia Daerah Temerloh dan agensi-agensi lain yang terlibat.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pasukan, pemain, jurulatih dan pegawai, yang telah menunjukkan semangat kesukanan dan komitmen luar biasa sepanjang kejohanan. Tanpa anda semua, liga ini tidak akan bermakna.

Tidak dilupakan juga kepada media rasmi kami - Tok Gajah Forever dan Rasagraph, pengadil, sukarelawan, AJK pelaksana, pihak keselamatan, media, serta penyokong setia, yang sentiasa menjadi tulang belakang kejohanan ini dari awal hingga ke penghujung. Setiap peluh, tenaga dan masa yang dicurahkan amat kami hargai.

AA Liga Sosial Temerloh 2025 bukan sekadar kejohanan, tetapi platform yang menyatukan komuniti, mencungkil bakat dan membina hubungan yang erat antara semua lapisan masyarakat. Semoga kejayaan edisi ini menjadi pembakar semangat untuk edisi akan datang yang lebih mantap dan meriah.

Terima kasih semua. Jumpa lagi!โšฝ๏ธโœจ

"Liga Kami, Cara Kami"

Photos from Liga Sosial Temerloh's post 06/10/2025

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ & ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐——๐—œ๐—”๐—› ๐—”๐—” ๐—Ÿ๐—œ๐—š๐—” ๐—ฆ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—ข๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐— ๐—”๐—ž๐—ก๐—”

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah AA Liga Sosial Temerloh 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah dan tertib pada 4 Oktober 2025 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh. Acara ini menandakan berakhirnya saingan liga yang telah menghimpunkan pelbagai pasukan tempatan dalam semangat kesukanan dan kekeluargaan.

Kemuncak majlis ialah penyampaian hadiah kepada pasukan-pasukan terbaik, antaranya Juara Liga, Naib Juara Liga, Juara Piala FA, Naib Juara Piala FA, pemain terbaik, penjaring terbanyak, dan Pemain Muda Harapan. Detik kegembiraan jelas terpancar pada wajah para pemain dan penyokong yang meraikan pencapaian masing-masing.

AA Liga Sosial Temerloh 2025 membuktikan kejayaan penganjuran bola sepak sosial yang bukan sahaja mencungkil bakat muda, malah menyatukan komuniti melalui sukan.

Majlis penutup ini bukanlah titik noktah, tetapi permulaan kepada lebih banyak kejohanan yang membina, menyatukan dan memartabatkan bola sepak di peringkat akar umbi daerah Temerloh.

Tahniah kepada semua pemenang๐ŸŽ‰๐ŸŽŠ

"Liga Kami, Cara Kami"

Photos from Liga Sosial Temerloh's post 06/10/2025

๐—”๐—–๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—™๐—” ๐—”๐—” ๐—Ÿ๐—œ๐—š๐—” ๐—ฆ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—ข๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Perlawanan Akhir Piala FA AA Liga Sosial Temerloh 2025 bukan sahaja menampilkan aksi sengit di atas padang, malah turut diserikan dengan acara selingan yang menceriakan suasana. Sempena waktu rehat perlawanan, berlangsung pertandingan Sepak Penalti Wanita, yang mendapat sorakan dan sambutan hangat daripada para penonton.

Turut diadakan ialah aktiviti "Jumping Jet" anjuran Kementerian Belia dan Sukan bersempena Sambutan Hari Sukan Negara, yang bertujuan memupuk gaya hidup sihat dan mempererat hubungan komuniti.

Acara selingan ini bukan sahaja menambah warna pada malam kemuncak tersebut, malah membuktikan bahawa sukan mampu menyatukan masyarakat dalam suasana penuh kegembiraan dan semangat kesukanan.

"Liga Kami, Cara Kami"

Photos from Liga Sosial Temerloh's post 06/10/2025

๐—”๐—ž๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—™๐—” ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐——๐—”๐—ง๐—ข' ๐—ฅ๐—œ๐——๐—ญ๐—จ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—ญ๐—œ๐— ๐—œ๐—ก ๐—•๐—œ๐—ก ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ

Aksi perlawanan berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun pengalaman dan keampuhan Bliss 7 FC akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berjaya menewaskan Semantan Fighter FC dan dinobatkan sebagai Juara Piala FA Piala Dato' Ridzuan Hazimin Bin Ramli.

Kejayaan ini turut melengkapkan kejuaraan berganda buat Bliss 7 FC, yang sebelum ini juga muncul juara liga.

"Liga Kami, Cara Kami"

Photos from Liga Sosial Temerloh's post 06/10/2025

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—™๐—” ๐—”๐—” ๐—Ÿ๐—œ๐—š๐—” ๐—ฆ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—ข๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š ๐—š๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š

Perlawanan Akhir Piala FA AA Liga Sosial Temerloh 2025 berlangsung dengan penuh semangat dan kemeriahan pada malam 4 Oktober 2025 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh. Acara yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak setempat ini menjadi kemuncak kepada saingan liga yang telah berlangsung dengan jayanya sepanjang musim.

Kehadiran ratusan penyokong yang membanjiri stadium menunjukkan sokongan padu komuniti terhadap pembangunan bola sepak sosial di daerah Temerloh.

Kemeriahan diserikan lagi dengan kehadiran tiga penaja utama AA Liga Sosial Temerloh - Penyelaras Dewan Negeri Kuala Semantan Dato' Ridzuan Hazimin Bin Ramli, Pengurus Dod Sportswear Encik Mohamad Fathi Zikri Bin Mohamad Zain dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Encik Adam Bin Ahmad bersama tetamu kehormat lain Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Temerloh Dato' Khairur Rizal Bin Ramli dan Ketua Whip, Ahli Majlis Perbandaran Temerloh Encik Roslan Bin Manaf.

Majlis dimulakan dengan acara perarakan masuk dan pengenalan pasukan kepada tetamu kehormat, yang disambut dengan tepukan gemuruh daripada para penonton. Persembahan pembukaan turut memeriahkan suasana sebelum wisel sepak mula ditiup.

Perlawanan akhir mempertemukan dua pasukan hebat, Bliss 7 FC dan Semantan Fighter, yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan.

AA Liga Sosial Temerloh 2025 bukan sahaja berjaya mencungkil bakat muda dan memberi peluang kepada komuniti belia untuk bergiat aktif dalam sukan, malah membuktikan bahawa sukan adalah medium perpaduan dan keharmonian masyarakat.

Perlawanan akhir ini menjadi bukti bahawa bola sepak sosial mampu menarik minat ramai dan wajar diteruskan sebagai platform pembangunan sukan akar umbi di daerah ini.

Malam bersejarah ini akan terus dikenang sebagai kemuncak kejayaan satu musim yang penuh usaha, semangat kesukanan dan kerjasama pelbagai pihak.

"Liga Kami, Cara Kami"

Photos from Liga Sosial Temerloh's post 05/10/2025

๐—•๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ๐—ฆ ๐Ÿณ ๐—™๐—– ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—จ๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—š๐—”๐—ก๐——๐—” ๐—”๐—” ๐—Ÿ๐—œ๐—š๐—” ๐—ฆ๐—ข๐—ฆ๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐—ง๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—ข๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Bliss 7 FC mencipta sejarah apabila merangkul kejuaraan berganda selepas menjuarai Piala FA Piala Dato' Ridzuan Hazimin Bin Ramli, menewaskan Semantan Fighter FC dalam aksi akhir yang sengit malam tadi.

Kejayaan ini mengukuhkan dominasi Bliss 7 FC dalam saingan AA Liga Sosial Temerloh 2025 selepas dinobatkan sebagai Juara Liga Piala Dod Sportswear dua minggu lalu.

Bliss 7 FC hampir berputih mata apabila ketinggalan 1 - 2, namun kesilapan penjaga gol Semantan Fighter FC telah menghadiahkan sepakan penalti pada minit terakhir perlawanan.

Lantas peluang itu tidak dilepaskan Bliss 7 FC untuk menyamakan kedudukan 2 - 2 sehingga tamat masa penuh perlawanan.

Permainan diteruskan menerusi penentuan sepakan penalti dan ternyata tuah lebih memihak Bliss 7 FC dengan kemenangan 5 - 4 mengatasi Semantan Fighter FC.

TAHNIAH BLISS 7 FC๐ŸŽ‰
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG๐ŸŽŠ

"Liga Kami, Cara Kami"

02/10/2025

๐—๐—˜๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—•๐—จ๐—ž๐—” ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ & ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ
Piala FA AA Liga Sosial Temerloh 2025

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah serta Perlawanan Akhir Piala FA AA Liga Sosial Temerloh 2025 yang bakal berlangsung:

๐Ÿ“… Tarikh: Sabtu, 4 Oktober 2025
๐ŸŸ๏ธ Tempat: Stadium Majlis Perbandaran Temerloh
๐Ÿ•— Masa: 8 Malam

Saksikan detik penentu pasukan terbaik musim ini dalam suasana penuh semangat dan kemeriahan.

Marilah bersama memeriahkan acara ini sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan bola sepak komuniti Temerloh.

Masuk adalah PERCUMA!
Jumpa anda di sana! โšฝ๐Ÿ†

Ayuh berikan sokongan untuk pasukan aokmer! Jangan lepaskan detik bersejarah ini! โšฝ๐Ÿ†๐Ÿ”ฅ

"Liga Kami, Cara Kami"

Photos from Tok Gajah Forever's post 29/09/2025
29/09/2025

๐—ฆ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐— ๐—จ๐—ก๐—–๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—”๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก!
Perlawanan Akhir Piala FA AA Liga Sosial Temerloh 2025

Inilah perlawanan yang ditunggu-tunggu! Pasukan manakah yang bakal menjulang Piala Dato' Ridzuan Hazimin Ramli?

Ayuh sama-sama kita hadir memeriahkan Perlawanan Akhir Piala FA AA Liga Sosial Temerloh 2025๐ŸŽ‰

๐Ÿ“… Tarikh: Sabtu, 4 Oktober 2025
๐ŸŸ๏ธ Tempat: Stadium Majlis Perbandaran Temerloh
๐Ÿ•— Masa: 8 Malam

Ayuh berikan sokongan untuk pasukan aokmer! Jangan lepaskan detik bersejarah ini! โšฝ๐Ÿ†๐Ÿ”ฅ

"Liga Kami, Cara Kami"

Photos from Liga Sosial Temerloh's post 25/09/2025

๐—ฆ๐—˜๐—š๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” ๐—ฆ๐—จ๐——๐—”๐—› ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—•. ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š๐ŸŽ‰๐Ÿ†

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan BLISS 7 FC atas kejayaan muncul juara dalam Kejuaraan AA Liga Sosial Temerloh 2025. Tidak dilupakan juga ucapan tahniah kepada pasukan DACS Temerloh selaku Naib Juara, serta pasukan Forest FZ FC dan HRN Services yang telah berjaya meraih tempat ketiga dan keempat.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pasukan yang bertanding kerana telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi, daya juang yang luar biasa, dan persaingan yang sihat sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan persaingan, malah platform untuk mengeratkan silaturahim, memupuk bakat baharu serta mengembangkan lagi minat terhadap sukan bola sepak di daerah Temerloh.

Semoga kejayaan dan semangat yang ditunjukkan akan terus menjadi inspirasi kepada semua, sekaligus mengangkat martabat bola sepak sosial di peringkat tempatan.

Barisan pengurusan dan penganjuran liga juga memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan daripada segi kendalian sepanjang liga ini berlangsung.

Akhir kata, jangan lupa kita masih mempunyai satu lagi perlawanan yang pastinya dinanti-nantikan, iaitu Perlawanan Akhir Piala FA di antara pasukan BLISS 7 FC menentang Semantan Fighter FC.

Ayuh kita teruskan sokongan padu demi memeriahkan lagi arena bola sepak sosial di Temerloh.

"Liga Kami, Cara Kami"

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Temerloh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address

Temerloh
28000