Lang kuik Timur

Lang kuik Timur

Share

kelab sukan memanah ,

Photos from Lang kuik Timur's post 05/07/2026

Tahniah Anak Lang!

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada 17 orang Anak Lang yang telah mewakili Kelab Memanah Tradisional Langkuik Timur dalam Festival Memanah OWL 3.0 916 Tahun 2026.

Menang atau kalah bukanlah ukuran utama. Keberanian untuk hadir, berjuang, dan memberikan yang terbaik adalah satu kemenangan yang patut dibanggakan. Setiap anak panah yang dilepaskan membawa bersama usaha, latihan, kesabaran, dan tawakal.

InshaAllah, tahun hadapan kita akan kembali mencuba dengan persiapan yang lebih baik, semangat yang lebih tinggi, dan azam yang lebih kuat. Semoga segala usaha, pengorbanan, dan kesungguhan semua Anak Lang membuahkan hasil yang lebih cemerlang.

Teruskan berlatih, teruskan merendah diri, dan jangan pernah berhenti mengejar ketepatan.

Tarik dengan ikhtiar, lepaskan dengan tawakal.

Sekali lagi, tahniah kepada semua Anak Lang. Semoga ukhuwah terus erat dan Kelab Memanah Tradisional Langkuik Timur terus melahirkan pemanah-pemanah yang berakhlak, berdisiplin, dan berjaya.

Langkuik Timur – Bersatu dalam Ukhuwah, Tepat dengan Tawakal.

06/05/2026
04/05/2026

Alhamdulilah,

SUNTIKAN DANA RM35,700, PERKASA KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL BINTULU

BINTULU, 3 Mei - Kejohanan Bintulu International Invitation Challenge 2026 menerima geran RM35,700 daripada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), bagi menyokong Persatuan Memanah Tradisional Bahagian Bintulu.

Geran tersebut disampaikan oleh Penguasa MYSED Bahagian Bintulu, Barin Medan sebagai tanda komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkasa pembangunan sukan tradisional.

Menurut kenyataan MYSED, sumbangan berkenaan bertujuan melancarkan penganjuran kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula 1 Mei hingga 3 Mei itu, yang menghimpunkan penyertaan pemanah dari seluruh Sarawak serta jemputan dari dalam dan luar negara.

Dana tersebut juga diyakini mampu menjadi pemangkin agar penganjuran kejohanan dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, profesional dan berimpak tinggi.

Kejohanan itu menjadi platform mengetengahkan bakat dalam sukan memanah tradisional, memperkukuh jaringan persahabatan serantau serta mempromosikan Bintulu sebagai destinasi penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa.

Wartawan dan Foto: ISKANDAR SHAH

Photos from Lang kuik Timur's post 03/05/2026

Assalamualaikum w.b.t.,
Kami Kelab Memanah Langkuik Timur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur PMTBB atas layanan yang amat baik, mesra serta penuh profesionalisme sepanjang program berlangsung.

Sejak dari ketibaan kami sehingga ke penghujung majlis, setiap urusan telah diatur dengan begitu tersusun dan lancar. Kami amat menghargai segala usaha, komitmen serta layanan istimewa yang telah diberikan kepada kami.

Sesungguhnya, pengalaman ini bukan sahaja memberikan kenangan yang indah, malah turut mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara peserta dan penganjur.

Kami mendoakan agar pihak penganjur terus maju jaya serta beroleh kejayaan dalam menganjurkan lebih banyak program yang cemerlang pada masa akan datang.

Ahmad Mohamed Zhafran Zin Zahrul Shafiq Al-Qadiri Ahmad Mustafarudin Mohd Fared Ahmad Loong Robert Maryanna Qamarulzaman

Persatuan Memanah Tradisional Bintulu
Persatuan Memanah Tradisional Negeri Sarawak


Photos from Berita RTM Sarawak's post 30/04/2026
Photos from Lang kuik Timur's post 26/04/2026

Kelab Memanah Langkuik Timur kini berada di fasa akhir latihan sebagai persiapan menghadapi pertandingan di stadium Bintulu, Sarawak pada awal Mei 2026. Setiap anak panah yang dilepaskan bukan sekadar latihan, tetapi simbol fokus, ketahanan mental, dan semangat juang yang tidak pernah luntur.
Dengan disiplin yang terus diperkukuh serta semangat berpasukan yang semakin utuh, kami bersedia memberikan saingan terbaik. Doakan kejayaan kami . 🎯🔥

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Temerloh?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

Kg Pulau Terap Batu 4 Jalan Maran Temerloh
Temerloh