16/08/2026
Semalam berlangsungnya Majlis Apresiasi di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor, Istana Bandar.
Alhamdulillah, 3 orang ahli Sijangkang Panglima Archery Club (S**C) telah menerima penghargaan dalam Majlis Khatam Al-Quran & Apresiasi Permata MITIB Tahun 2025/2026, kerana telah mengharumkan nama MITIB melalui pencapaian sukan memanah.
🌟 Nur Adriana Azfar Binti Mohd Azhar
🌟 Amna Sufiyyah Fasehah Binti Ramli
🌟 Alya Aleesya Sufi Binti Shahrul Bahari
Mereka bukan sahaja cemerlang sukan malah merupakan pelajar yang sedang berjuang dalam hafazan Quran & akademik.
Di S**C, kami percaya bahawa memanah bukan sekadar tentang membidik sasaran.
🎯 Ia tentang fokus.
🎯 Ia tentang disiplin.
🎯 Ia tentang sabar.
🎯 Ia tentang jatuh dan bangkit semula.
Kerana bagi kami…
🏹 Bukan sekadar melahirkan pemanah yang hebat.
📖 Tetapi membina generasi yang hebat bersama akhlak yang tinggi.
Tahniah Adriana, Amna & Alya. ❤️
Teruskan melangkah.
Teruskan belajar.
Teruskan berlatih.
Teruskan mencintai Al-Quran.
Satu hari nanti, apabila mereka menoleh ke belakang, semoga mereka tahu bahawa perjalanan kecil inilah yang membentuk mereka menjadi insan yang besar. 🤲🏻
Tahniah daripada seluruh keluarga besar S**C. 🏹❤️
**C
29/07/2026
MESYUARAT AJK S**C & SATU LAGI LANGKAH KE HADAPAN 💪🎯
Semalam telah berlangsung mesyuarat AJK S**C bagi merancang perjalanan dan program-program akan datang.
Alhamdulillah, satu lagi pencapaian penting berjaya dicapai — S**C kini rasmi berdaftar di bawah PJS dengan kod N-SGR-18487.
Lebih manis, tarikh ini juga bertepatan dengan bulan kelahiran pengasas S**C, Ustaz Ramli — satu simbolik permulaan yang penuh makna buat perjalanan kelab ini.
Sebagai nilai tambah kepada semua ahli, setiap ahli yang berdaftar dengan S**C akan menikmati pelbagai keistimewaan, antaranya:
✨ Keutamaan slot latihan
✨ Akses penggunaan fasiliti S**C secara lebih teratur
✨ Peluang menyertai program khas & coaching eksklusif
✨ Aktiviti yang lebih istimewa
✨ Penyertaan rasmi dalam program & kejohanan anjuran S**C
Semua ini adalah usaha kita untuk membina komuniti memanah khususnya di Kuala Langat yang lebih tersusun, berdisiplin dan berprestasi 🎯
Semoga setiap perancangan selepas ini lebih tersusun, lebih kuat, dan mendapat sokongan padu daripada semua ahli S**C 💙
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK yang bertungkus-lumus menjadikan S**C sebuah kelab berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Tanpa usaha kalian, langkah ini takkan jadi kenyataan.
S**C bukan sekadar kelab…
ini perjalanan kita bersama. 🎯
19/07/2026
Latihan mingguan S**C berjalan seperti biasa 😊
Target dah standby tiap minggu, yang belum standby tu kita je 😜
Jom turun, kita shoot sama-sama. Lama-lama mesti nampak perubahan!”
Tahniah yang dah berjaya hadir latihan. Anda hebat!
19/07/2026
Latihan berkala Team Elite Memanah Maahad Integrasi Tahfiz Selangor, Istana Bandar, bersama coach Ustaz Ramli 🎯
Tak perlu hebat terus, yang penting konsisten datang latihan.
Panah sikit-sikit, lama-lama jadi tepat.
Yang rajin turun padang, insyaAllah hasil dia akan menyusul ✨
12/07/2026
TAHNIAH COACH SERA! 🔥
Salah seorang coach kebanggaan S**C, Ustazah Nasirah terus melakar kejayaan di pentas tertinggi.
Beliau telah menjejakkan kaki ke Kejohanan Memanah Kebangsaan (KMK) 2026 dan berjaya membawa pulang Pingat Gangsa 🥉
Satu pencapaian yang bukan biasa biasa tetapi hasil daripada latihan, pengorbanan dan ketahanan jiwa.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat anak-anak S**C untuk terus konsisten—bukan sahaja dalam sukan memanah, malah dalam bidang akademik juga.
05/07/2026
Yang turun latihan… mungkin penat.
Yang tak turun… mungkin rasa tak sempat.
Tapi yang konsisten, merekalah yang akan rasa ‘manis’ itu nanti.” 🍯🎯**
Team Elite Memanah MITIB di bawah bimbingan Ustaz Ramli bukan sekadar datang untuk memanah, tapi datang untuk lawan diri sendiri, buang alasan, dan bina disiplin.
Setiap anak panah yang dilepaskan waktu orang lain memilih rehat, itulah yang akan bezakan siapa yang biasa dan siapa yang luar biasa.
Kita tak kejar sempurna. Kita kejar konsisten.
Sebab akhirnya nanti,yang bertahan itu bukan yang paling hebat tapi yang tak pernah berhenti hadir.
Tahniah yang hadir latihan harini walaupun jadual di asrama padat. Anda semua hebat!
05/07/2026
🎯 Tahniah Wirawati S**C! 🎯
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ustazah Nasirah, salah seorang coach S**C, atas kejayaan cemerlang merangkul EMAS 🥇 dalam acara Barebow Perempuan sempena JOM MEMANAH PEKDIS 2026 yang telah berlangsung pada 4 Julai 2026 di Lapang Sasar SMK Pandan Indah, Ampang.
Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan, malah menjadi bukti bahawa usaha, disiplin dan konsistensi dalam latihan mampu membuahkan hasil yang luar biasa.
Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin semangat buat semua anak-anak archers S**C untuk terus berlatih dengan lebih gigih dan berani mencipta kejayaan masing-masing.
“Dari latihan ke kemenangan — itulah perjalanan seorang pemanah sejati.”
**C
29/06/2026
“Nak Jadi Hebat? Perlu konsisten datang Latihan!!”
Di sebalik setiap panahan, ada cerita. Bukan sekadar melepaskan anak panah, tetapi tentang belajar sabar bila tersasar.
Tentang mengawal emosi bila skor tak seperti diharapkan. Tentang keberanian untuk terus berdiri dan mencuba lagi.
Di S**C, kami tidak hanya melatih teknik.
Kami membentuk disiplin, fokus dan ketahanan diri kerana kami percaya, kejayaan bukan datang secara tiba-tiba. Ia dibina melalui usaha yang berulang, hari demi hari.
Bukan tunggu bakat.
Bukan tunggu mood.
Tetapi datang, latihan, ulang… setiap minggu.
Kami lihat sendiri perubahan itu berlaku—daripada ragu menjadi yakin, daripada biasa menjadi luar biasa.
✨ Rahsianya satu: konsisten datang latihan, pasti ada hasilnya.
21/06/2026
Rutin Latihan Mingguan S**C 🎯
Tahniah semua yang hadir latihan minggu ni! Walaupun penat, tetap datang dan beri komitmen terbaik 💪
Ingat ya, bila konsisten hadir latihan, di situlah bermulanya kejayaan. Tak perlu hebat terus, yang penting tak berhenti.
Teruskan usaha, kami nampak progress anda! 🔥
**C
12/06/2026
Tahniah kepada coach S**C, Ustaz Ramli yang telah dipilih sebagai jurulatih MSSM Memanah, negeri Selangor dan berjaya membawa pasukan meraih JUARA tahun ini! 🔥🎉
Di S**C, anak-anak bukan sekadar belajar asas memanah, tetapi dilatih dengan teknik, strategi & pengalaman sebenar pertandingan (game) seperti atlet profesional.
🎯 Apa yang membezakan S**C?
Coach bukan sahaja berpengalaman, malah sentiasa membimbing anak-anak memilih game yang tepat untuk disertai bagi mendapatkan pengiktirafan PAJSK di sekolah.
Ini bermakna:
✅ Skill meningkat
✅ Pengalaman bertambah
✅ Markah kokurikulum lebih menyerlah
✨ Belajar dengan coach berprestasi, bina keyakinan & cipta masa depan cemerlang!
**C