Setiap minggu anak² pesilat di bangi akan mendapat ilmu baru...terima kasih cikgu hanafi..
Persatuan Pertubuhan Seni Silat Warisan Panji Alam
Gerak Aku Gerak Dia
01/06/2024
28 mei 2024
29 mei 2024
Selasa Dan rabu, syukur Alhamdulillah gelanggang baru di bangi hampir 3 minggu kami bergerak...semoga ank² pesilat lebih bersemangat dan terus berjaya...
22/05/2024
21 Mei 2024 (Selasa)
Lawatan dari Pengurusan Tertinggi PSSWPA iaitu Pengasas, Mahaguru, Paduka Serta Pembesar dari Gelanggang Sijangkang ke Gelanggang Bangi.
20/05/2024
18 May 2024
Sabtu
Ada mata disamping telinga
Untuk melihat yang dituju
Ilmu itu untuk ditimba
Bukan semata dibiarkan berlalu.
16/05/2024
14 May 2024
Rabu.
Hari Kedua di Gelanggang silat Bangi...semoga ank² terus lbh bersemangat...
Tak tumbuh tak melata,
Akar kayu selalu dicari,
Pencak silat budaya kita,
Amalkan selalu pertahankan diri..
14/05/2024
15 May 2024 (Selasa)
Latihan pada hari pertama pembukaan gelanggang baru Cawangan Bangi. Alhamdulillah, PSSWPA telah meluaskan ilmu persilatan ke Bangi. Pesilat menunjukkan semangat yang tinggi dalam memartabatkan seni silat budaya kita.
Gerak Aku, Gerak Dia
14/05/2024
Pencak silat tradisi melayu.
Laksamana Hang Tuah moyang kita;
Akan diteruskan pewaris melayu,
Pahlawan melayu kebanggaan kita.
Sukacita dimaklumkan bahawa PSSWPA akan melebarkan ilmu persilatan ke gelanggang baru di Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA), Bangi. Latihan akan mula dilaksanakan seperti ketetapan berikut;
Tarikh Mula : 14 Mei 2024 (Selasa)
Hari : Setiap Selasa dan Rabu (Kecuali Cuti Umum dan Cuti Peristiwa)
Masa : Jam 8.30 malam hingga 10.30 malam
Tempat : Dewan Rafflesi, Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA)
Peringkat Umur : Terbuka kepada umur 7 tahun ke atas
Pihak Pengurusan PSSWPA amat mengalu-alukan kehadiran serta penyertaaan tuan / puan. Sebarang maklumat latihan dan pertanyaan boleh berhubung dengan Bonda Hazwani di talian 017-6878863.
"GERAK AKU, GERAK DIA"
13/05/2024
10 Mac 2024
11 Mac 2024
Jumaat dan sabtu
Sijangkang
Ada mata disamping telinga
Untuk melihat yang dituju
Ilmu itu untuk ditimba
Bukan semata dibiarkan berlalu.
Pergi ke sawah membawa bekal
Sebelum berangkat dahulukan sarapan
Anak pandai banyak akal
Dialah murid cerdas dan cekatan.
04/05/2024
3 MEI 2024
JUMAAT
selepas sebulan anak² silat bercuti, ank² mula beraksi di gelanggang silat dan sambutan hari raya ..semoga ank² terus berusaha dan terus berjaya ..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Telok Panglima Garang
42500