Kelab Ping Pong UPSI
Kelab Ping Pong UPSI
Pusat Sukan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Pendidikan Sultan I
Sukipt Ping Pong UPSI
29/08/2026
Hari Kedua Kejohanan Ping Pong SUKIPT 2026 π
Selesai perlawanan untuk hari ini. Setiap ujian dan keputusan memberi pengajaran bernilai untuk meningkatkan lagi mutu permainan.
Setinggi-tinggi terima kasih kepada jurulatih, pasukan sokongan Pusat Sukan UPSI, serta rakan-rakan yang tidak berhenti mendoakan dan memberi semangat. Perjuangan dan proses pembelajaran diteruskan! β‘π΄
29/08/2026
Hari Pertama Kejohanan Ping Pong SUKIPT 2026 π
Selesai aksi perlawanan pertama menentang wakil UCSI. Keputusan tidak berpihak kepada kita hari ini, namun perjuangan masih belum selesai.
Terima kasih diucapkan kepada pengurusan Pusat Sukan UPSI, jurulatih, serta rakan-rakan yang sentiasa menyokong. Pengajaran berharga untuk kembali lebih kuat esok! β‘
28/08/2026
Tirai perlawanan Ping Pong SUKIPT 2026 kini dibuka! ππ₯
Langkah pertama buat pasukan UPSI bermula di Dewan Tuanku Canselor, UM. Semoga kejayaan mengiringi setiap hayunan raket atlet kita hari ini.
Mari sama-sama bagi sokongan padu buat atlet kita! Boleh tonton live di FB & TikTok Live ya! πΊβ¨
27/08/2026
π SELAMAT BERJUANG PASUKAN PING PONG UPSI! π
Masa untuk beraksi di Kejohanan SUKIPT 2026! Berikan yang terbaik, bertanding dengan penuh semangat, dan kibarkan panji UPSI di Universiti Malaya. πͺπ₯
π Tarikh: 28 Ogos - 2 September 2026
π Lokasi: DTC, Universiti Malaya
πΊ Saksikan secara langsung di FB dan TikTok Live!
Mari sama-sama bagi sokongan padu buat atlet kita! β¨
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Website
Address
Tanjung Malim
35900