Info Bolasepak Kelantan

Info Bolasepak Kelantan

Share

Menyampaikan isu semasa tentang sukan bolasepak dan pelbagai jenis sukan keseluruhannya..

31/07/2026

HARIMAU MALAYA UNGGULI CARTA KUMPULAN B

Skuad Harimau Malaya kini sedang mendahului carta Kump**an B dalam saingan Piala Hyundai ASEAN 2026 dengan mengumpul enam mata penuh daripada dua perlawanan pertama.

Kejayaan ini diraih selepas Malaysia mencatatkan dua kemenangan berturut-turut, bermula dengan kemenangan menentang Myanmar (2-1) di Yangon dan disusuli kemenangan besar ke atas Laos (4-0) di Kuala Lumpur.

Malaysia akan bertemu Thailand di perlawanan ke tiga Sabtu ini disusuli perlawanan terakhir menentang Filipina bagi merebut dua tangga teratas kump**an untuk melayakkan pasukan ke peringkat Separuh Akhir.





Photos from Info Bolasepak Kelantan's post 08/06/2026

JADUAL PERLAWANAN Piala Dunia 2026 yang bakal berlangsung pada 12 Jun 2026 sehingga 8 Julai 2026 di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat dan disiarkan di RTMKlik.





29/12/2025

HOLE in one 🔥😳





27/12/2025

KEDUDUKAN TERKINI Pasukan dalam Liga A1 Semi-Pro.



23/12/2025

MALAYSIA JATUH ANAK TANGGA TAPI MASIH DI ATAS INDONESIA

RANKING PASUKAN Negara di penghujung 2025 sedikit terjunam ke bawah, namun kedudukan itu lebih baik berbanding negara jiran, Indonesia.

Kemaskini ranking yang dikeluarkan FIFA menampakkan penurunan 5 anak tangga, sekaligus berada di tangga ke-121 dunia. Harimau Malaya berada satu anak tangga di hadapan Indonesia yang menghuni kedudukan ke-122 dunia.

Skuad gelaran Gajah Perang iaitu Thailand p**a jatuh satu anak tangga ke-96 dunia. Vietnam masih kekal dalam kelompok 110 pasukan terbaik dunia, kini di tangga ke-107 dengan memintas Lubnan, Comoros dan Niger.

Sementara Sepanyol ungguli ranking teratas dunia diikuti Argentina, Perancis, England dan Brazil. Jepun p**a kekal mendahului benua Asia diikuti Iran, Korea Selatan, Australia dan Uzbekistan.

Ranking FIFA akan kembali dikemaskini pada 19 Januari 2026.




20/12/2025

AKSI MINGGU ini melibatkan Kelantan The Real Warriors berdepan Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Ibrahim pada jam 5.30 petang. Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi getir ini..





20/12/2025

MALAYSIA BERDEPAN VIETNAM ACARA AKHIR ANTARA REGU SEPAKTAKRAW KALI INI.

KEJUTAN BERLAKU ke atas kem regu Thailand apabila tunduk kepada regu Vietnam di peringkat separuh akhir pagi tadi. Persembahan terburuk regu Thailand di bumi sendiri, Temasya Sukan Sea kali ini.

Sedikit kelebihan kepada regu negara yang berjaya lepasi peringkat separuh akhir mudah tewaskan Indonesia 2-0. Kejutan dan aksi mendebarkan bakal berlaku petang ini. Jom saksikan nanti..





17/12/2025

TAHUKAH ANDA Kelantan telah melayakkan diri ke pentas akhir Piala Malaysia sebanyak 3 kali tetap gagal membawa p**ang piala, namun untuk kali ke 4 pada tahun 2010, detik sejarah akhirnya tercipta apabila pasukan yang digelar 'The Red warriors' ini berjaya menggegarkan Stadium Bukit Jalil.. Sama² saksikan..





Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Tanah Merah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Tanah Merah