04/07/2026
The Poacher
Mirza menampilkan ciri-ciri pemain yang bekerja keras, berani mengambil peluang di kawasan serangan, dan mempunyai naluri untuk berada di posisi yang tepat ketika pasukannya memerlukan jaringan serta menunjukkan komitmen tinggi sepanjang perlawanan.
Memiliki keyakinan tinggi ketika menguasai bola serta ketenangan dalam membuat keputusan, Mirza sentiasa berusaha memberikan impak kepada pasukan.
Pemain yang rajin bekerja di atas padang, tidak mudah mengalah dalam perebutan bola, serta mempunyai keupayaan menyesuaikan diri dengan kehendak taktikal pasukan.
Ketenangan ketika berada di bawah tekanan dan kesanggupan membantu rakan sepasukan menjadikannya aset yang bernilai.
Terus mencipta kejayaan Mirza !!!
Nama Penuh : Mirza Malik
Posisi : Penyerang
No Jersi : 10
Minit permainan : 712 minit
Penampilan kesebelasan utama : 10
Jumlah jaringan : 3
03/07/2026
π²πΎπ Hari keempat Latihan Pusat Fasa 1 AUG 2026, pasukan Malaysian University menentang pasukan UiTM United II dalam aksi persahabatan.
01/07/2026
π²πΎπ Latihan Pusat Fasa 1 AUG 2026 (Hari Ketiga) β
29/06/2026
π²πΎπ Latihan Pusat Fasa 1 AUG 2026 bermula!
29/06/2026
π²πΎπ Taklimat Latihan Pusat Fasa 1 Bola Sepak AUG 2026 telah berlangsung petang tadi di Hotel UiTM, Shah Alam. Latihan Pusat Fasa 1 ini berlangsung dari 29 Jun 2026 hingga 2 Julai 2026.
18/06/2026
π²πΎπ Sesi pemilihan pemain untuk pasukan Malaysian University untuk ASEAN University Games (AUG) 2026 petang semalam.
15/06/2026
π²πΎπ Foto-foto sekitar sesi pemilihan pemain untuk pasukan Malaysian University yang akan beraksi di ASEAN University Games (AUG) 2026 nanti. Antara pasukan yang menghantar pemain pada sesi pemilihan petang tadi ialah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, MAHSA University, City University Malaysia, Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP) dan Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM).
11/06/2026
π²πΎπ Malaysian University Football Team (MUFT) Liga A1 Semi-Pro 2025-2026.
26/05/2026
Salam Aidiladha 1447H
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan menjadi lambang kasih sesama insan, mengeratkan ukhuwah dan menyuburkan rasa syukur dalam setiap hati.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga setiap langkah dan pengorbanan kita diberkati serta diterima di sisi-Nya.
25/05/2026
π²πΎπ Malaysian University menutup perlawanan Liga A1 Semi-Pro 2025-2026 dengan kemenangan bergaya menewaskan Kedah Darul Aman FC petang semalam di Stadium UiTM, Shah Alam. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyokong sepanjang liga ini berlangsung. Terima kasih juga kepada para pemain yang berjuang sehabis baik pada setiap perlawanan dan staf kejurulatihan yang banyak membantu pasukan Malaysian University yang pertama kali beraksi di Liga A1 Semi-Pro di bawah pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai Pusat Sukan Tumpuan Bola Sepak, terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi.