psgfm

psgfm

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from psgfm, Shah Alam.

Photos from psgfm's post 31/08/2023

Seramai dua ratus peserta dari kelab silat di Malaysia tempatan dan antarabangsa akan menyertai pertandingan silat “Kejohanan Silat Kebangsaan Piala Merdeka 2023”. Pertandingan ini akan dirasmikan oleh GM Mohd Safwan Abu Hassan, Pengerusi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) pada 19 Ogos 2023 di Depulze, Cyberjaya, Selangor. Turut hadir di majlis tersebut adalah Profesor Dr Shahriman Zainal Abidin, Penolong Naib Canselor (UiTM Global), Profesor Madya Dr Mohamad Rahizam Abdul Rahim, Timbalan Dekan Akademik, dan GM Profesor Madya Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie, Presiden Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA). Upacara penutup Kejohanan Silat kebangsaan Piala Merdeka 2023 oleh Profesor Dr Shahriman Zainal Abidin, Penolong Naib Canselor (UiTM Global) pada 20 Ogos 2023.






Photos from psgfm's post 16/08/2023

Para pesilat terbaik di Malaysia akan menyertai kejohanan ini di Cyberjaya.

Anda sudah daftar?








Photos from psgfm's post 16/08/2023

PSGFM di SUKE TV pada 14 Ogos 2023 dari jam 11.30 - 12.30 tengah hari.


16/08/2023

Kejohanan Silat Kebangsaan 2023 - Piala Merdeka yang akan berlangsung di Dpulze Cyberjaya dari 18 - 20 Ogos 2023 akan menjadi platform bagi pesilat-pesilat muda untuk menunjukkan bakat mereka dan bersaing dalam pertandingan.

Mereka akan berpeluang bertemu dengan pesilat-pesilat berpengalaman yang telah lama mempertahankan seni silat sebagai identiti kebangsaan Malaysia.

Melalui kejohanan ini, anak muda dapat mempelajari tentang dedikasi, kerjasama dan semangat juang yang tinggi.

Jumpa anda di sana!





Photos from psgfm's post 04/07/2023

KENYATAAN MEDIA

PERTANDINGAN KEJOHANAN SILAT KEBANGSAAN 2023 MENSASARKAN PENYERTAAN TIGA RATUS PESILAT DALAM DAN LUAR NEGARA.

SHAH ALAM, 17 JUN 2023 – Seramai tiga ratus peserta dari empat belas kelab silat di Malaysia tempatan dan antarabangsa akan menyertai pertandingan silat “Kejohanan Silat Kebangsaan 2023”. Pertandingan ini akan dirasmikan oleh Datuk Abdul Rashid Asari, Penaung Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) pada 17 Jun 2023 di U8 Space, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. Turut hadir di majlis tersebut adalah Dekan FSR, Profesor Madya Dr Raja Mohammed Firhad Raja Azidin, Professor Dr Shahriman Zainal Abidin, Penolong Naib Canselor (UiTM Global), GM Mohd Safwan Abu Hassan, Pegerusi (PSGFM), Professor Dr Mohamad Rahizam Abdul Rahim, Timbalan Dekan FSR (HEP), Dr Shariman Ismadi Ismail, Timbalan Dekan FSR (HEA), dan GM Professor Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie, Presiden Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA). Upacara penutup Kejohanan Silat kebangsaan 2023 oleh YB Senator Mohd Hasbie bin Muda, Ahli Dewan Negara pada 18 Jun 2023.

Objektif Kejohanan Silat Kebangsaan 2023 memberikan tumpuan kepada beberapa perkara antaranya mengembalikan silat sebagai medium perpaduan di Malaysia dan persada antarabangsa sebagai satu keluarga, seterusnya memperkukuhkan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi Malaysia sebagai warisan bangsa, selain mempromosikan warisan dan budaya Malaysia kepada masyarakat dunia seni mempertahankan diri serta untuk memperjuangkan kerjasama penyelidikan, aktiviti dan program dengan rakan kongsi global di seluruh dunia. Kejohanan Silat Kebangsaan 2023 dianjurkan oleh Martial Arts & Combat Research Network, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) dan Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA)

Acara Kejohanan Silat Kebangsaan 2023 in akan berlangsung selama dua hari pada 17 dan 18 Jun 2023 di U8 Space, Bukit Jelutong, Selangor. Penganjuran kali ini diharapkan dapat memperkukuh rangkaian seni mempertahankan diri di Malaysia sekaligus mempromosikan Malaysia sebagai pusat seni mempertahankan diri Melayu.




23/03/2023

Salam Ramadhan 1444H.

FATANI NUSA BAKTI

11/07/2022

Salam Aidiladha 1443H.









Photos from psgfm's post 11/05/2022

PSGFM dijemput ke Majlis Rumah Terbuka PNB HOTEL.

PSGFM diwakili oleh GM PROF MADYA DR MOHAMAD NIZAM MOHAMED SHAPIE, COACH ZULFAHMI MARZUKI dan PUAN AZIZAH YEOP.


09/05/2022

Salam Lebaran 1443H

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Shah Alam