02/11/2022
Tips untuk wanita yang ingin sewa motor
Selalu patuhi lampu isyarat.
Gunakan helmet yang sesuai.
Pakai kasut yang selesa, hindari kasut tumit tinggi.
Menggunakan pakaian yang selesa dan tidak terlalu longgar, pastikan pakaian tidak terjuntai hingga ke roda.
Hindari menggunakan perhiasan berlebih.
Elakkan memakai handbag, lebih sesuai pakai bagpack.
Elakkan berada di tempat sepi terutama malam hari.
Semoga bermanfaat.
31/10/2022
Bawa motosikal ni memang best. Lebih mudah dan pantas kalau nak ke mana-mana pun. Bila traffic jam p**ak, tak payah nak stres sebab boleh main selit-selit je. Berangin p**ak tu. Hehe..
Tapi dalam seronok-seronok tu, sebenarnya penunggang motosikal ni terdedah dengan bermacam-macam bahaya atas jalanraya. Nak bawa motor ni perlukan skill dan kemahiran jugak. Papepun baca bismillah dan doa naik kenderaan sebelum memulakan perjalanan.
Harian / RM50.00
Mingguan / RM 200.00
Deposit / RM 200.00
29/10/2022
Mungkin tips ni kedengaran klise dan dah selalu dengar, tapi yang dah selalu dengar ni jugalah orang selalu lupa. Apabila menunggang motorsikal semasa hujan, tips-tips keselamatan asas (yang sepatutnya dilakukan setiap masa, walaupun tak hujan) perlulah diamalkan juga:
• Jaga jarak yang selamat dengan kenderaan lain.
• Pastikan tak menunggang di bahagian titik buta kenderaan lain.
• Jangan lupa untuk memasang lampu, tapi jangan p**a memasang lampu tinggi.
• Lebih selamat kalua mengikut laluan motor yang disediakan.
• Tunggang motorsikal dengan kelajuan sederhana dan jangan lupa gunakan signal jika mahu menukar lorong.
• Kalau hujan terlalu lebat, jangan paksa untuk teruskan perjalanan. Berhenti di tempat selamat yang boleh berteduh.
Apabila kita pandai menjaga diri di atas jalan raya, kemalangan pun dapat dielakkan, tak kiralah sama ada hujan sedang turun ataupun tidak. Selain daripada motorsikal, nak memandu kereta semasa hujan pun perlu berjaga-jaga.
28/10/2022
1. Please provide a copy of your IC, driver's licence, and matrix card (if student).
However, please bring original documents for our verification; otherwise, the motorcycle will not be rented.
2. Rm 200 as a deposit, refundable if the motorcycle is in good condition. We will return the deposit after we have reviewed the summons and the condition of the motorcycle. We will refund the deposit once the customer has settled the summons.
3. The customer pays for the gasoline. The motorcycle must be returned with a full tank, just as it was when the customer rented it.
4. Any accident or damage is the responsibility of the customer.
5. Customers must inspect the condition of the motorcycle before renting it; otherwise, the owner will not be held liable for any unnoticed damages.
27/10/2022
1. Sila berikan salinan IC, lesen memandu dan kad matriks anda (jika pelajar).
Walau bagaimanapun, sila bawa dokumen asal untuk pengesahan kami; jika tidak, motosikal itu tidak akan disewa.
2. Rm 200 sebagai deposit, akan dikembalikan sekiranya motosikal dalam keadaan baik. Kami akan memulangkan deposit selepas kami menyemak saman dan keadaan motosikal tersebut. Kami akan memulangkan deposit setelah pelanggan menyelesaikan saman.
3. Motosikal mesti dip**angkan dengan tangki penuh, sama seperti ketika pelanggan menyewanya.
4. Sebarang kemalangan atau kerosakan adalah tanggungjawab pelanggan.
5. Pelanggan hendaklah memeriksa keadaan motosikal sebelum menyewanya; jika tidak, pemilik tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan yang tidak disedari.
😎
27/10/2022
1. Sila berikan salinan IC, lesen memandu dan kad matriks anda (jika pelajar).
Walau bagaimanapun, sila bawa dokumen asal untuk pengesahan kami; jika tidak, motosikal itu tidak akan disewa.
2. Rm 200 sebagai deposit, akan dikembalikan sekiranya motosikal dalam keadaan baik. Kami akan memulangkan deposit selepas kami menyemak saman dan keadaan motosikal tersebut. Kami akan memulangkan deposit setelah pelanggan menyelesaikan saman.
3. Motosikal mesti dip**angkan dengan tangki penuh, sama seperti ketika pelanggan menyewanya.
4. Sebarang kemalangan atau kerosakan adalah tanggungjawab pelanggan.
5. Pelanggan hendaklah memeriksa keadaan motosikal sebelum menyewanya; jika tidak, pemilik tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan yang tidak disedari.
😎
27/10/2022
1. Please provide copy of ic, driving license & matrix card (if student).
However, bring along original document for our verification or otherwise motorcycle will not be rent out.
2. Rm 200 as deposit, returnable if motorcycle in good condition. Deposit will return after 3 days once we checked summons and condition of motorcycle. We will transfer back the deposit once customer settled the summons.
3. The petrol fees at customer own expenses. Motorcycle must be returned with full tank as before customer renting it.
4. Accident or damage is under customer's responsibility.
5. Customer need to check the condition of motorcycle before renting motorcycle, otherwise owner will not bear responsible for any unnoticed damages.
05/07/2016
Salam penghujung ramadhan .. Selamat hari raya guys !! Muah ciked 😘😜
15/03/2016
Bagi yang mencari tips dan cara untuk jimatkan minyak motor, disini admin ingin berkongsi beberapa idea yang mungkin boleh membantu dalam mencari jawapan kepada persoalan tersebut.
Sejak diploma hinggalah akhir ijazah, motosikal sememanganya menjadi kenderaan utama admin untuk bergerak ke kuliah mahupun relax-relax di shopping complex. Berikut adalah beberapa tips dan cara nak jimat minyak motor yang admin pernah lakukan:
1. Isi minyak di awal pagi atau malam
Tips ini pasti boleh digunakan juga untuk mana-mana kenderaan kerana di awal pagi serta malam, cecair menjadi lebih mampat serta kurangnya wap yang keluar semasa mengisi minyak. Elakkan mengisi minyak pada waktu panas tengah hari serta petang kerana pada masa itu, wap yang terhasil adalah banyak. Jadi, isilah petrol pada waktu malam atau awal pagi kerananana kuantiti petrol yang keluar mungkin lebih banyak di waktu pagi.
2. Kurangkan berat motosikal anda
Ada beberapa cara untuk anda kurangkan berat motosikal anda antaranya:
tukar bakul besi kepada bakul plastik atau mana-mana yang lebih ringan. Tak guna bakul pun lagi bagus
tukar rim batang/besi yang standard kepada sport rim atau mana-mana yang lebih ringan
tukar seat standard kepada seat aftermarket yang lebih ringan
3. Gunakan tayar tubeless
Penggunaan tayar tubeless lebih menjimatkan kerana ianya jarang pancit, tahan lebih lama serta lebih ringan kerana menggunakan satu tayar sahaja. Jika pancit, masa untuk menampal tayar tubeless juga lebih singkat berbanding tayar jenis bertiub. Tambahan p**a anda perlu membelu tiub dalam yang baru jika tayar bertiub anda pancit.
Pengalaman admin menggunakan tayar jenis tiub amatlah menghampakan kerana ianya pasti pancit setiap sebulan dua. Selepas menggunakan tayar tubeless, amat jarang berlaku pancit. Jika berlaku pun mungkin sekali dalam setahun dua.
4. Motosikal jimat minyak
Buat survey untuk mengetahui motosikal mana yang paling menjimatkan serta mempunyai tangki minyak yang besar. Kurangkan memilih motosikal yang hanya cantik dari segi rupa tapi kuat makan minyak.
5. Jangan ‘lenjan’ motor anda
Jika anda mat rempit abadi, ketahuilah bahawa duit anda akan cepat mengalir setiap kali anda kerap ‘memulas minyak’ motor anda secara mendadak. Jika ingin berjimat, p**as minyak anda secara perlahan dan beriringan dengan tahap bunyi enjin anda. Bukan memulas minyak secara membabi buta.
6. Kurangkan muatan di atas motor
Jika anda agak berisi, bolehlah kurangkan isi yang terdapat pada tubuh anda. Dan jika membawa muatan dalam beg galas, pastikan barang dalam beg tersebut sekadar yang diperlukan sahaja. Muatan yang berlebihan pasti akan memakan minyak motor anda secara berlebihan.
7. Rancang perjalanan
Untuk dapatkan perjalanan atau shortcut yang pendek, rajin-rajinlah bukan Google Maps atau yang sewaktu dengannya untuk mencari jalan yang paling dekat untuk ke destinasi anda.
8. Elak laluan berbukit dan lampu isyarat
Laluan berbukit akan mengerahkan enjin motor anda untuk menggunakan lebih petrol. Manakala lampu isyarat p**a akan menyebabkan perjalanan anda terhenti dan menggunakan lebih petrol semasa motosikal mula bergerak dari kelajuan rendah ke kelajuan yang tinggi.
9. Menunggang secara berhemah
Menunggang secara berhemah pasti dapat mengurangkan penggunaan petrol motosikal anda. Bayangkan anda membrek kemudian memulas minyak secara mendadak, mencilok serta memkuak lentang, pastinya penggunaan minyak akan mengalir umpama empangan pecah. Adalah lebih baik menunggang secara santai dan berhemah. Fikir-fikirkan.
10. Isi angin secukupnya
Tayar yang diisi angin secukupnya akan terasa lebih ringan. Ini akan lebih menjimatkan penggunaan petrol.