Persatuan Muaythai Negeri Sembilan-PMN9

Persatuan Muaythai Negeri Sembilan-PMN9

Share

Gabungan Kelab/pertubuhan Muaythai dibawah Persatuan Muaythai Negeri Sembilan

31/08/2026

Merdeka bukan sekadar bebas, tetapi memastikan setiap perjuangan membawa kesejahteraan bersama..
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 69.

Photos from Muaythai Malaysia's post 24/08/2026

'Yang menang diraikan, yang kalah menjelaskan'.. DARIPADA 12 EMAS YANG DIPERTANDINGKAN, SATU EMAS BERJAYA DIBAWA PULANG KE NEGERI SEMBILAN.

Tahniah buat Abdul Muaz atas kejayaan meraih emas dalam kategori 48kg. Kemenangan ini bukan datang dengan mudah. Ia dibina daripada latihan yang panjang, pengorbanan, disiplin, keberanian dan semangat juang yang tidak mengenal penat.

'Yang menang meraikan, yang kalah menjelaskan.' Tetapi bagi kita, yang kalah tidak perlu menjelaskan apa-apa. Yang kalah kita kuatkan!!
Mereka sudah menjelaskan segalanya di atas ring. Melalui setiap tumbukan, setiap tendangan, setiap siku dan lutut, mereka telah memberikan apa yang mereka ada. Mereka telah berjuang untuk nama Negeri Sembilan dan mereka telah berdiri dengan berani apabila tiba waktunya untuk bertarung.

Menang kita raikan.
Kalah kita hormati.
Kerana pingat hanya mencatat keputusan, tetapi perjuangan mencatat maruah seorang atlet.
Buat atlet yang belum berjaya, jangan tundukkan kepala. Pulanglah dengan pengalaman, bukan dengan rasa kecewa. Ambil setiap kekurangan sebagai pelajaran dan jadikan kekalahan hari ini sebagai alasan untuk kembali lebih kuat.
Hari ini mungkin bukan hari kalian.
Dan, perjuangan kalian belum berakhir.

Kepada Abdul Muaz, raikanlah kemenangan ini dengan rendah hati. Emas ini adalah hasil perjuanganmu dan satu kebanggaan buat Negeri Sembilan. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat kepada rakan-rakan seperjuangan untuk terus mengejar impian.

Setinggi-tinggi penghargaan buat para jurulatih, pegawai pasukan, ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan seluruh penyokong yang tidak pernah berhenti memberikan doa, sokongan dan kekuatan kepada para atlet.
Hari ini kita bukan hanya membawa pulang satu emas, tetapi kita pulang dengan sesuatu yang lebih besar.. Kita pulang dengan semangat untuk bangkit.
Seorang juara bukan hanya dinilai ketika dia menang, tetapi dikenali melalui cara dia bangkit setelah tewas.

Dan setiap pejuang Negeri Sembilan, kita banggakan. Kita akan berdiri bersama mereka yang belum berjaya.
Kerana dalam perjuangan ini, kita tidak meninggalkan sesiapa di belakang. Terus semangat untuk athlete muaythai Negeri Sembilan!!

23/08/2026

Alhamdullilah..

🥇 TAHNIAH ABDUL MUAZ — PEMENANG PINGAT EMAS! 🥇

Abdul Muaz dari Negeri Sembilan berjaya muncul sebagai pemenang pingat emas bagi kategori Muaythai Lelaki 48KG di SUKMA 2026.

Satu persembahan penuh semangat, disiplin dan keberanian telah membawa beliau ke puncak kejayaan. Kemenangan ini menjadi bukti bahawa segala usaha, latihan keras dan pengorbanan akhirnya membuahkan hasil.

Tahniah Abdul Muaz atas pencapaian membanggakan ini! Semoga kejayaan tersebut menjadi permulaan kepada lebih banyak kemenangan pada masa akan datang.

WINNER GOLD MEDAL
ABDUL MUAZ
NEGERI SEMBILAN

MUAYTHAI SUKMA 2026
MALE 48KG

Photos from Muaythai Malaysia's post 23/08/2026

Alhamdullilah.. Tahniah Muaz dan terima kasih kerana menyumbangkan Emas buat Negeri Sembilan. Terima kasih pada jurulatih, pengurus dan semua pegawai yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Terima kasih pada semua penyokong Negeri Sembilan!! Terima kasih barisan kerja dan penganjur SUKMA serta Persatuan Muaythai Malaysia. TERIMA KASIH SEMUA!!

23/08/2026

Alhamdullilah.. Tahniah dan terima kasih Abd Muaz yang telah menghadiahkan kami sebuah kegembiraan!!

Photos from Persatuan Muaythai Negeri Sembilan-PMN9's post 22/08/2026

Abdul Muaz, kini harapan emas untuk Muaythai Negeri Sembilan terletak pada tangkas dan gerakan padu mu..

Engkau satu-satunya wakil Muay Thai Negeri Sembilan yang mara ke final SUKMA.

Berjuanglah bukan hanya untuk dirimu, tetapi untuk membawa pulang emas buat Muaythai Negeri Sembilan. Pastikan kami dapat mengukir senyuman dengan keputusan perlawanan!!

Bawa pulang emas, Abdul Muaz! 🥇🔥
Anak Negeri Sembilan berdiri di belakangmu! Kami akan terus menyokong perjuangan mu!! Kami menunggu emas dikalungkan didada mu!!

Photos from Persatuan Muaythai Negeri Sembilan-PMN9's post 22/08/2026

Alhamdullilah.. Tahniah buat Muaz dari Negeri Sembilan.

18/08/2026

Semoga kemenangan buat Negeri Sembilan!!

08/08/2026

Persatuan Muaythai Negeri Sembilan mengucapkan tahniah dan syabas kepada YB Dato' Haji Mustapha Bin Nagoor atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen, semangat, dan keikhlasan demi memperkasakan golongan belia serta memajukan sektor sukan di Negeri Sembilan.

Photos from Persatuan Muaythai Negeri Sembilan-PMN9's post 27/07/2026

FURY CHAMPIONSHIP | 25.7.2026 | KARISMA ARENA

Fury Championship telah melabuhkan tirainya dengan penuh aksi, semangat dan persaingan yang hebat.

Tahniah dari Persatuan Muaythai Negeri 9 kepada semua fighter yang telah memberikan pertarungan terbaik di dalam gelanggang. Setiap perlawanan mempamerkan keberanian, disiplin, dan semangat kesukanan yang wajar diberi penghargaan. Tahniah juga kepada semua pihak yang telah menjayakan kejohonan serta para penyokong yang hadir.

Semoga Fury Championship terus berkembang dan kembali dengan aksi yang lebih hebat pada masa akan datang.




Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Seremban?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Seremban
70400