Kelab Bolasepak Smk Bum Bum

Kelab Bolasepak Smk Bum Bum

Share

Akaun Rasmi Facebook Kelab Bolasepak Smk Bum Bum

15/12/2025

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Seri Dr Anil Sandhu DS Dr Anil Sandhu mengangkat sumpah jawatan sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, pada Isnin.

Majlis angkat sumpah yang bermula pada jam 10 pagi itu disempurnakan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, dan disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Usai mengangkat sumpah, Anil yang memenangi kerusi N.63 Kunak pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 atas tiket Barisan Nasional (BN) menandatangani dokumen pelantikan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Sabah, Celestina Stuel Galid.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin M***i Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Joachim Gunsalam; Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan; serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Safar Untong.

(JABATAN PENERANGAN SABAH)

Bebas FC KELAB BOLA SEPAK MADAI Kelab Bola Sepak Cahaya Mulia Kat Rogers Kelab Badminton MK Kelab Bolasepak Smk Bum Bum

19/09/2025

INFO SUKAN BOLA SEPAK VETERAN !!!

JOM WARGA PENGGIAT DAN PENCINTA SUKAN BOLA SEPAK VETERAN NEGERI SABAH.

Ayuh Sertai dan Semarakkan KEJOHANAN BOLA SEPAK VETERAN TERBUKA KUNAK 2025.

πŸ“Œ Tarikh : 4 & 5 Oktober 2025

πŸ“Œ Hari : Sabtu & Ahad.

πŸ“Œ Masa : 8.00 pg - 6.00 ptg

πŸ“Œ Lokasi : Padang Pekan Kunak.

πŸ“Œ Terbuka kepada : Semua pasukan Bola Sepak Veteran dari Dalam dan Luar Daerah Kunak.

πŸ“Œ Anjuran : Kelab Bola Sepak BeBAS, Kunak.

πŸ“Œ Dengan Sokongan Kerjasama : Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
( )

πŸ“’ Maklumat Penting :-

➑️ Kategori Veteran 11 Sebelah.

➑️ Had Umur 40 Tahun keatas +++

Ketegori Umur
dalam padang :-

40 ke atas keper = 1 Org Main ( 2 Org )
41-44 = 2 Org Main ( 3 Org )
45-49 = 2 Org Main ( 4 Org )
50-59 = 5 Org Main ( 7 Org )
60 ke atas = 1 Org Main ( 2 Org )

➑️ Terhad kepada 12 pasukan sahaja – First come, first served!

➑️ Setiap pasukan diwakili :-
- 18 Orang Pemain & 2 Orang Pengurusan.

πŸ’Έ Yuran Penyertaan:
RM 600 sahaja !

Pembayaran boleh dilakukan melalui Online Bank / Transfer kepada Akaun Rasmi KELAB BOLA SEPAK BEBAS ;
Nama Bank : Bank Simpanan Nasional
No.Akaun : 1212 4411 0003 3514
Rujukan : Bola Sepak Veteran Terbuka Kunak

🎯 Hadiah Menarik:

πŸ† Juara : RM 3,000 + Piala Iringan + Medal.
πŸ₯ˆ Naib Juara : RM 1,000 + Piala Iringan + Medal
πŸ₯‰ Ketiga Bersama : RM 300X2 + Piala Iringan + Medal.

πŸ… Anugerah Khas:
* Pasukan Terbaik.
* Penjaring Terbanyak.
* Pemain Terbaik.
* Penjaga Gol Terbaik.

πŸ“… Tarikh Penting :-
πŸ“ Tarikh Tutup & Cabut Undi Pasukan :
Tarikh : 28 September 2025 | Ahad
Masa : 2.00 Petang
Tempat : De Cafe Daerah Kunak.

πŸ“² Daftarkan Pasukan Anda (y)

πŸ“ž Maklumat Lanjut Sila Hubungi :-
- Kat Rogers : 011-36359621 / 010-7932306
- Jais Ibrahim : 019-4505692

πŸ’₯ Jangan lepaskan peluang untuk bersaing di kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Kunak tahun ini! πŸ’₯

Kat Rogers
Presiden Kelab Bola Sepak Bebas.
Bebas FC
Kelab Bola Sepak Madai
JJ Family FC


Kelab Bola Sepak Cahaya Mulia KELAB BOLA SEPAK MADAI
Persatuan Bolasepak Daerah Lahad Datu JKKK Kg Bakau Jaya Baru Kelab Bolasepak Smk Bum Bum

Photos from Kelab Bolasepak Smk Bum Bum's post 07/09/2025

Alhamdulillah selesai kejohanan Liga Pembangunan Pantai Timur Sabah yang bertempat di Smk Kunak Jaya. Terima kasih kepada penganjur kerana sudi menjemput kami untuk mewakili daerah Semporna . Kami sangat berbesar hati di atas jemputannya.

Smk Bum Bum mendapat mata sebanyak 6 Mata terkumpul dengan keputusan seri 3 perlawanan dan menang 1 perlawanan sekali gus dinobatkan tempat ketiga dalam kejohanan pada kali ini.

Selain itu, tahniah diucapkan kepada adik Adam Danial dari Smk Bum Bum kerana dinobatkan pemain pertahanan terbaik kejohanan. Smk Bum Bum Fc juga merupakan satu satunya pasukan dalam kejohanan yang tidak ada bolos . Satu pencapaian yang harus dibanggakan.

Tahniah kepada semua pemain dan pengurusan , semoga kita berjumpa di kejohanan seterusnya.

16/08/2025

HERE WE GO !!!

Demi menguatkan jentera kejurulatihan pasukan bolasepak smk bum bum . Pihak pengurusan telah berbincang untuk membawa masuk seorang jurulatih yang berkaliber ke dalam kelab BBFC . Sedikit biodata mengenai beliau :

- Bekas pemain presiden tabika kemas negeri sabah
- Penggerak kepada Kelab Bolasepak Guru Smk Bum
Bum
- Jurulatih peringkat negeri bagi sukan olahraga.
- Peminat tegar Manchester United

Siapakah yang dimaksudkan ? Nantikan pengumuman di Tiktok dan Facebook Kelab Bolasepak Smk Bum Bum .
Sila komen siapakah yang anda rasa akan dibawa masuk ?

Photos from Kelab Bolasepak Smk Bum Bum's post 11/08/2025

Bismillah , postingan ini khas kami tujukan buat semua penaja dan penyumbang yang banyak menyokong kami dari awal sehingga lah akhir musim 2025 ini . Sumbangan dan tajaan ini tidak lain tidak bukan merupakan satu sokongan juga kepada Kelab Bolasepak Smk Bum Bum untuk terus maju . Kami juga tidak lupa kepada penyumbang yang memohon supaya nama tidak didedahkan.

Hasil daripada sumbangan ini kami guna sepenuhnya untuk pembangunan sukan bolasepak khususnya di Smk Bum Bum . Terima kasih kepada yang mempercayai kami dan juga pemain pemain dunia kami . Semoga Allah membalas semua jasa baik anda di dunia dan di akhirat .

Akhir kata , teruskan menyokong kami dan insyaAllah tahun depan kami akan kembali dengan semangat baru , azam baru πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼.

08/08/2025

Alhamdulillah , maka berakhirlah perjalanan pemain2 smk bum bum di peringkat MSSS yang bertempat di tawau . Tidak ada apa yang perlu diulaskan , cukup yang melaluinya sahaja faham kesusahan membawa team sehingga ke peringkat ini . Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat khususnya dalam menguruskan pasukan dari segi makanan , pengangkutan, penginapan dan dokumentasi .

Walau bagaimanapun , ini bukanlah titik noktah bagi Kelab Bolasepak Smk Bum Bum , malah ia adalah titik permulaan untuk teruskan menghasilkan pemain yang berkualiti di peringkat Sekolah Menengah . Tahun ini merupakan detik bersejarah kerana Smk Bum Bum berjaya mendapat slot 10 pemain ke peringkat negeri sekaligus menarik nafas lega buat jurulatih yang melatih dari tahun lepas hingga ke tahun ini.

InsyaAllah , Smk Bum Bum tidak akan berhenti disini bahkan banyak perancangan baru sedang diatur untuk pembangunan bolasepak Smk Bum Bum . Semoga dengan langkah pertama ini menjadi titik permulaan yang baik buat kelab . Sokongan dari para penyokong yang terdiri daripada guru guru, ibubapa, rakan rakan penaja, rakan rakan sekolah amatlah kami alu alukan.

Teruskan menyokong Kelab Bolasepak SMK BUM BUM ! Comeback stronger ! πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Semporna?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address

Smk Bum Bum
Semporna
91308