FTR Blackwhale

FTR Blackwhale Ditubuhkan pada 21 Ogos 2022
Berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan pada 16 Jan 2023.

Eid Mubarak 1444H...
22/04/2023

Eid Mubarak 1444H...

22 Mac 2023 - Presiden FTR Blackwhale, Mohd Zaki Hassan menghadiri mesyuarat di JBS WPKL. Perbincangan menjurus kepada p...
04/04/2023

22 Mac 2023 - Presiden FTR Blackwhale, Mohd Zaki Hassan menghadiri mesyuarat di JBS WPKL. Perbincangan menjurus kepada pembangunan sukan dan penganjuran aktiviti 2023.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah JBSWPKL, Tuan Asmori Sa'ahari.

23 Feb 2023 - Kunjung format ke Sekolah St John Institution (SJI) K Lumpur untuk bertemu tuan pengetua, En. Brendan Ravi...
01/03/2023

23 Feb 2023 - Kunjung format ke Sekolah St John Institution (SJI) K Lumpur untuk bertemu tuan pengetua, En. Brendan Ravichandran. Perbincangan tersebut yang turut disertai pengurusan SJI rugby club, En Syaiful Jeffry dan En Mohd Yasin berkisar kepada usaha membangunkan sukan ragbi di SJI.

FTR diwakili Presiden, Mohd Zaki serta exco Hanafiyah Ahmad.

Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada kerjasama pembangunan ragbi di masa akan datang.

22 Feb 2023 - Sembang santai Presiden FTR, Mohd Zaki Hassan bersama Tuan Hj Hassim Markom, Pengetua SMK P11(1) Putrajaya...
27/02/2023

22 Feb 2023 - Sembang santai Presiden FTR, Mohd Zaki Hassan bersama Tuan Hj Hassim Markom, Pengetua SMK P11(1) Putrajaya. Topik perbincangan berkisar pembangunan ragbi di SMK P11(1).

Turut serta SU FTR, Rosli Badron.

Putrajaya 18 Feb 2023 - Fast Track Rugby Club (FTR) mengadakan Mesyuarat Agong buat pertama kali selepas kelab itu dilul...
20/02/2023

Putrajaya 18 Feb 2023 - Fast Track Rugby Club (FTR) mengadakan Mesyuarat Agong buat pertama kali selepas kelab itu diluluskan pendaftaran oleh Pesuruhjaya Sukan pada 16 Januari lalu.

Mesyuarat dihadiri oleh kesemua ahli jawatankuasa penaja yang terlibat dalam penubuhan FTR. Di mesyuarat tersebut, Mohd Zaki Hassan dipilih sebagai Presiden FTR.

Dalam ucaptama selaku Presiden, Mohd Zaki berkata sebagai sebuah kelab yang baru ditubuhkan, FTR berazam untuk menyemarakkan pembangunan sukan ragbi di peringkat akar umbi terutama di Wilayah Persekutuan.

Bagi mencapai objektif tersebut, FTR akan bergabung dengan persatuan ragbi negeri dalam masa terdekat dan menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Belia Dan Sukan Kuala Lumpur untuk program-progran yang akan dibangunkan kelak.

Terima kasih Tuan Asmori Sa'ahari, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan WPKL atas kesudian merasmikan penubuhan FTR.

Kelab ini juga merakamkan penghargaan buat En. Mohd Pauzi Paiman, Pegawai Belia Dan Sukan, PBSK Kepong/Segambut atas kesudian hadir ke mesyuarat agong selaku pemerhati.

Fast Track Rugby Club (FTR) telah berjaya didaftarkan dengan Pesuruhjaya Sukan pada 16 Jan 2023 dgn misi menyemarakkan p...
19/02/2023

Fast Track Rugby Club (FTR) telah berjaya didaftarkan dengan Pesuruhjaya Sukan pada 16 Jan 2023 dgn misi menyemarakkan pembangunan ragbi akar umbi.

Semoga dipermudahkan. 🤲

Address

Desa Aman Puri
Segambut
51200

Telephone

+601165653500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FTR Blackwhale posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to FTR Blackwhale:

Shortcuts

Share

Category