20/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H 🌙✨
Di bulan yang penuh keberkatan ini, kami dari PADU BIKERS ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua sahabat PADU, keluarga serta seluruh komuniti riders.
Sepanjang kita berkongsi perjalanan—di atas jalan raya mahupun dalam kehidupan—pasti ada khilaf, gurauan yang terkasar, dan kesilapan yang tidak disengajakan. Dengan penuh keikhlasan, kami memohon ampun dan maaf dari hujung helmet hingga ke hujung tayar 🏍️🙏
Semoga Aidilfitri kali ini membawa sinar kebahagiaan, keberkatan yang berpanjangan, dan mengeratkan lagi ukhuwah antara kita semua.
Terima kasih atas setiap perjalanan, setiap kenangan, dan setiap detik kebersamaan yang kita lalui bersama.
InsyaAllah, perjalanan kita masih jauh… dan akan terus PADU 💪🔥
Ride safe, stay united, and see you on the next journey.
— PADU BIKERS 🏍️✨
14/03/2026
14 March 2026
PADU bersama PDRM, ATM REJIMEN 21 , PASAR RAYA BILLION & BROTHER TRUCKERS.. MAJLIS PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK DAN KURMA SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE-219
Alhamdulillah antara hari bersejarah untuk PADU BIKERS bersama Anggota Terhormat, juga disempurnakan oleh YDH P/SUPT. MOHD JUMAZANZAHIR BIN CHEK ISMAIL (KETUA POLIS DAERAH SEGAMAT)
Terima kasih juga kepada Sahabat Padu turut serta majlis ini, anda semua PADU!!!
13/03/2026
12 March 2026
PADU Program Agihan Bubur Lambuk 2.0
Alhamdulillah pada petang ini berjalan dengan baik dan sempurna di Hospital Daerah Segamat. MashaAllah pada sahabat yang memberi sumbangan ikhlas dan juga kepada Brother Truckers Segamat turut serta bagi agihan program ini.
Terima kasih pada sahabat yang turut serta dan memberikan sumbangan ❤️❤️❤️
11/03/2026
8 March 2026
PADU Ride Ayer Hitam & Parit Raja 🎉🎉🎉
Ride Berbuka Puasa & Moreh bersama sahabat, MashaAllah di bulan ramadhan yang mulia ini. Kami seluruh PADU Bikers dapat berkumpul bersama mengeratkan lagi ukhwah persahabatan.
Alhamdulillah syukur, Terima kasih yang turut serta Ride Berbuka Puasa & Moreh kali ini
11/03/2026
29 January 2026 (Throwback)
PADU Ride PHUKET 🇹🇭🇹🇭🇹🇭
Perjalanan PADU 5hari 4malam dari Johor - Dannok - Phuket - Hatyai - Johor.
Alhamdulillah hampir 13biji motorsikal mengikuti program Yang Kental Pasti Sampai 🔥🔥🔥
Tahniah pada semua dan perjalanan kami pergi dan balik semua selamat
11/03/2026
12 February 2026 (Throwback)
PADU bersama Fun Ride Semarak Ramadhan Pejabat Agama Segamat
Alhamdulillah pagi yang indah bersama semua bikers di Segamat termasuk sahabat PADU. Ada juga yang menang cabutan bertuah! Tahniah pada semua peserta yang mengikuti program ini
10/03/2026
10 January 2026 (Throwback)
PADU Ride Endau Mersing 🔥🔥🔥
Padu Bikers memang meriah dengan ride guys! Alhamdulillah petik nyala semua sahabat PADU ini walaupun ride balik hari ke atau bermalam memang semua PADU
10/03/2026
9 January 2026 (Throwback)
Minum malam santai bersama Sahabat PADU
10/03/2026
3 January 2026 (Throwback)
PADU bersama BeePee 2 Wheels Festival 2026
Alhamdulillah kami dapat jemputan untuk meriahkan lagi program di Batu Pahat. Dan tak kurang juga sahabat yang mengikuti program ini sangat rancak!
Tahniah pada penganjur BeePew 2 Wheels Festival 2026!
10/03/2026
30 December 2025 (Throwback)
PADU Ride Melaka 🔥🔥🔥
Kali ini betul betul mengejut memang petik nyala lah mereka semua ini, petik dalam group terus ON ✅
Walaupun beberapa biji sahaja yang follow tapi alhamdulillah perjalanan pergi dan balik selamat ❤️