Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia

Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia PPJPM was formed as an association that serves as platform to statisticians in highlighting ideas, suggestions and uphold the image of statisticians

08/09/2026
๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—”๐—ก | ๐—ฃ๐—ฃ๐—๐—ฃ๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐโ€“๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada barisan...
07/09/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—”๐—ก | ๐—ฃ๐—ฃ๐—๐—ฃ๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐโ€“๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada barisan ๐€๐ก๐ฅ๐ข ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฐ๐š๐ง ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐๐๐‰๐๐Œ) ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’โ€“๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” atas segala sumbangan, pengorbanan, dedikasi dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang menggalas amanah dalam memacu kemajuan Persatuan.

Segala usaha, masa dan tenaga yang diberikan telah menjadi sebahagian penting dalam perjalanan serta pencapaian PPJPM. Semoga segala sumbangan yang telah dicurahkan menjadi kenangan yang bermakna dan terus menjadi inspirasi kepada kepimpinan yang akan datang.

Bagi pihak Ahli Jawatankuasa Kerja PPJPM Sesi 2026โ€“2028, kami merakamkan penghargaan atas khidmat bakti yang telah diberikan dan mendoakan agar semua terus maju serta cemerlang dalam setiap amanah yang digalas.

๐‘ป๐’†๐’“๐’Š๐’Ž๐’‚ ๐’Œ๐’‚๐’”๐’Š๐’‰ ๐’‚๐’•๐’‚๐’” ๐’‹๐’‚๐’”๐’‚ ๐’…๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’‚๐’Œ๐’•๐’Š.
๐‘ท๐‘ท๐‘ฑ๐‘ท๐‘ด ๐’•๐’†๐’“๐’–๐’” ๐’Ž๐’†๐’๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’‚๐’‰, ๐’Ž๐’†๐’๐’†๐’“๐’–๐’”๐’Œ๐’‚๐’ ๐’๐’†๐’ˆ๐’‚๐’”๐’Š.

Ikhlas daripada,
Barisan Ahli Jawatankuasa Kerja
Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (PPJPM) Sesi 2026-2028

05/09/2026
Sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 bertemakan โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€, marilah kita bersama-sama ...
31/08/2026

Sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 bertemakan โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta berganding bahu membina Malaysia yang maju, harmoni dan sejahtera.

Sebagai warga statistik, marilah kita terus memberikan khidmat terbaik melalui penyediaan statistik yang berkualiti, berintegriti dan terpercaya sebagai asas kepada perancangan serta pembangunan negara, agar kemajuan yang dicapai dapat diterjemahkan kepada kesejahteraan yang dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Selamat Hari Kebangsaan Ke-69!

Ikhlas daripada:
Jawatankuasa Kerja Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (PPJPM)
Sesi 2025โ€“2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ ๐ŸŒ™12 Rabiulawal 1448 HijrahSelawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ, insan muli...
25/08/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ ๐ŸŒ™

12 Rabiulawal 1448 Hijrah

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ, insan mulia yang menjadi teladan sepanjang zaman.

Sempena Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran Baginda dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah serta meneladani akhlak dan sunnah Rasulullah ๏ทบ dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ๏ทบ terus subur dan menjadi pedoman dalam membentuk peribadi yang unggul, amanah dan berintegriti.

Salam Maulidur Rasul 1448H

Ikhlas daripada
Jawatankuasa Kerja Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (PPJPM)
Sesi 2025โ€“2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†ูŽDukacita dimaklumkan bahawa Puan Nor Idaryna binti Harun, Penolong Pengarah Ka...
19/08/2026

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ู€ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนูˆู†ูŽ

Dukacita dimaklumkan bahawa Puan Nor Idaryna binti Harun, Penolong Pengarah Kanan E10, Biro Statistik Buruh Malaysia (MBLS) telah kembali ke rahmatullah pada 18 Ogos 2026 bersamaan 5 Rabiulawal 1448H.

Seluruh barisan Jawatankuasa dan Ahli Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau. ๐Ÿคฒ๐Ÿผ

16/07/2026

Setiap pertemuan pasti ada penghujungnya, namun setiap kenangan akan terus terpahat dalam ingatan.

Mengimbau kembali kenangan istimewa sepanjang Sesi Clock-Out bersama YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin yang berlangsung pada 7 Julai 2026. Sesi yang penuh dengan penghargaan, penghormatan dan kenangan ini menjadi simbol apresiasi atas jasa, kepimpinan dan sumbangan beliau dalam memacu kecemerlangan Jabatan Perangkaan Malaysia serta pembangunan statistik rasmi negara.

Terima kasih, YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, atas segala dedikasi, bimbingan dan inspirasi yang telah dicurahkan sepanjang menerajui DOSM.

Selamat menonton dan mengimbau kembali detik-detik bermakna yang akan sentiasa dikenang.

StatsMalaysia MalaysiaMADANI StatistikRasmi

16/07/2026

Mengimbau kembali kenangan bermakna sepanjang Program Wacana Statistik bersama YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin yang telah berlangsung pada 7 Julai 2026.

Program ini bukan sekadar platform perkongsian ilmu dan pengalaman, malah menjadi ruang yang memperkukuh semangat kebersamaan, inspirasi dan komitmen warga statistik dalam memartabatkan statistik rasmi negara.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini dan menyumbang kepada kejayaan penganjurannya. Semoga segala ilmu, pandangan dan pengalaman yang dikongsikan akan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga Jabatan Perangkaan Malaysia.

Selamat menonton dan mengimbau kembali kenangan indah bersama.

StatistikRasmi DataUntukNegara

Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Encik Wan Mohd ...
15/07/2026

Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Encik Wan Mohd Shahrulnizam Wan Mohd Najuri atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Perangkawan Malaysia (Program Ekonomi), berkuat kuasa 15 Julai 2026.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sektor statistik ekonomi negara serta memperkukuh usaha Jabatan Perangkaan Malaysia dalam menyediakan statistik rasmi yang berkualiti, relevan dan dipercayai.

Selamat menjalankan amanah dan semoga terus cemerlang dalam menerajui pembangunan statistik ekonomi negara.

Ikhlas daripada:
Jawatankuasa Kerja
Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (PPJPM)
Sesi 2025โ€“2026

Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Puan Norhayati ...
15/07/2026

Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Puan Norhayati Jantan atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Perangkawan Malaysia (Program Sosial dan Pembangunan Teknikal), berkuat kuasa 15 Julai 2026.

Semoga pelantikan ini terus memperkukuh pembangunan statistik sosial negara serta memacu inovasi, integrasi data dan kecemerlangan sistem statistik rasmi demi kemajuan negara.

Selamat menjalankan amanah dan semoga terus cemerlang dalam menerajui pembangunan statistik rasmi negara.

Ikhlas daripada:
Jawatankuasa Kerja
Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (PPJPM)
Sesi 2025โ€“2026

we

Address

Jabatan Perangkaan Malaysia, Blok C6 & C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaa
Putrajaya
62514

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share