28/08/2026
🟢Makluman Cuti Penggal 2 Sesi Akademik 2026🟢
1. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan mula bercuti pada 29 Ogos 2026 (Sabtu) sehingga 6 September 2026 (Ahad):
2. Murid-murid akan kembali semula ke sekolah pada 7 September 2026 (Isnin)
Kepada semua murid dan warga SK Seri Mega, kami mengucapkan Selamat Bercuti, jaga diri, jaga kesihatan & berhati-hati sepanjang cuti sekolah ini. ✨🌹
28/08/2026
*🏏 TAHNIAH BARR BUQHARI!*
Satu pencapaian yang membanggakan apabila terpilih mewakili pasukan kriket Kuala Lumpur ke :
*Kejohanan MSSM Kriket 2026 yang akan berlangsung pada 28 Ogos hingga 4 September 2026*
Teruskan melangkah, bawa nama SK Seri Mega dengan penuh semangat dan keyakinan.
Semoga terus cemerlang! 💪🏏
-WargaSepakatSejahtera
25/08/2026
Salam Maulidur Rasul 1448 Hijrah.
Saya mewakili semua warga SK Seri Mega mendoakan agar kita semua diberi kemudahan dalam segala urusan serta menjadi yang terbaik pada setiap masa yang mendatang.
-WargaSepakatSejahtera
Ikhlas daripada,
Guru Besar SK Seri Mega,
Ade Irwan bin Zakaria
&
Seluruh Warga Kerja SK Seri Mega
24/08/2026
Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah berjaya menjadi peserta di dalam Kem Lencana Kecekapan Perkhemahan Badan Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia Tahun 2026 yang bertempat di Taman Eko Rimba, Rawang pada 21 hingga 23 Ogos yang lalu..
Terdapat juga kejayaan yang dicapai oleh pasukan sekolah seri mega antaranya mendapat tempat ke-3 daripada 30 buah sekolah yang menyertai perkhemahan kali ini di dalam pertandingan Persembahan Malam Kebudayaan.
Tahniah diucapkan !!!
16/08/2026
TAHNIAH DIUCAPKAN
Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Cikgu Gomala a/p Muthusamy kerana mendapat SISPAA PENGHARGAAN AMALAN BAIK DARIPADA IBU BAPA.
Tahniah..!!
28/07/2026
Tahniah diucapkan kepada Adik Nor Fasha Binti Benny Sulaiman Hakkim dari kelas 5 Beta yang mewakili daerah Bangsar di Kejohanan Bola Baling MSSWPKL 2026 yang bermula pada hari ini 28 - 30 Julai.
Doakan kejayaan team Bangsar di Kejohanan Bola Baling MSSWPKL kali ini.
28/07/2026
Lensa Hari Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke 41 (1)
Berikut momen-momen kemeriahan Kejohanan Olahraga Tahunan Sk Seri Mega kali ke 41 yang telah dijalankan pada 25 Julai 2026 di padang sekolah Sk Seri Mega. Turut dihadiri dan dirasmikan Kejohanan oleh Yang Berhormat Puan Teresa Kok Suh Sim , Ahli Parlimen Seputeh.
Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan Kejohanan Sukan Pada Tahun ini.
24/07/2026
Lensa Pemenang
Penyampaian hadiah untuk pemenang-pemenang bagi acara-acara sebelum Kejohanan Olahraga Tahunan dijalankan.
Tahniah kepada semua pemenang.
24/07/2026
📣 Kejohanan Olahraga Tahunan SK Seri Mega Kali Ke-41 Tahun 2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 41 akan dijalankan pda tarikh berikut:
📅 Tarikh & Masa Kejohanan
25 Julai 2026 (Sabtu)
7.30 Pagi - 1.00 Tengah Hari
🤝 Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak amat kami hargai
Mari sama-sama memeriahkan lagi sukan tahunan pada tahun ini..
Sekian, terima kasih
“Bersukan Membina Jati Diri”
Unit Kokurikulum
SK Seri Mega