MBPJ Hockey Academy

MBPJ Hockey Academy

Share

Official MBPJ HOCKEY DEVELOPMENT

Photos from MBPJ Hockey Academy's post 25/08/2026

Buletin Akademi Hoki MBPJ | Ogos 2026

Selamat berjuang buat semua pemain Akademi Hoki MBPJ yang mewakili Negeri masing-masing dalam MSSM Hoki 2026.

Bawa nama Negeri dengan penuh bangga, bermain dengan disiplin, keberanian dan semangat juang yang tinggi. Menang atau kalah adalah sebahagian daripada perjalanan, tetapi usaha, sikap dan semangat untuk memberikan yang terbaik itulah yang paling penting.

Percaya pada diri sendiri, percaya pada rakan sepasukan dan jangan pernah takut untuk mencuba.

Main dengan hati. Berjuang sampai akhir. Berikan yang terbaik.

Akademi Hoki MBPJ dikuasakan oleh :-

➑️ Letsplay
➑️ Fadzliworks

Ikuti kami di
πŸ“˜FB: MBPJ Hockey Academy
πŸ’œIG: mbpjhockeyacademy








πŸ’™πŸ’›

Photos from MBPJ Hockey Academy's post 09/08/2026

KEJOHANAN HOKI THUNDERSTRIKE FUTURE STAR U10 2026 | 8 OGOS

Tahniah kepada semua pemain, jurulatih dan ibu bapa atas komitmen serta semangat juang sepanjang kejohanan berlangsung.

Keputusan Pasukan Akademi Hoki MBPJ Bawah 10 Lelaki & Perempuan

Kategori B10 Lelaki :-

➑️ MBPJ A
➑️ Juara πŸ† | Kategori CUP

➑️ MBPJ B
➑️ Ketiga πŸ₯‰ | Kategori CUP

➑️ MBPJ C
➑️ Pusingan Kalah Mati | Kategori CUP

➑️ Khaleel Ziqri Zafril bin Khairul Fazly | Pemain Terbaik Kejohanan

Kategori B10 Perempuan :-

➑️ MBPJ Red
➑️ Pusingan Kalah Mati | Kategori CUP

➑️ MBPJ Girl
➑️ Pusingan Kalah Mati | Kategori CUP

Setiap pengalaman adalah proses pembelajaran untuk terus berkembang menjadi pemain yang lebih baik. Terus berusaha, kekal disiplin dan jangan pernah berhenti percaya pada proses πŸ’ͺπŸ‘

Terima kasih kepada pihak penganjur, penyokong serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu sepanjang kejohanan ini.

Akademi Hoki MBPJ dikuasakan oleh :-

➑️ Letsplay
➑️ Fadzliworks

Ikuti kami di
πŸ“˜FB: MBPJ Hockey Academy
πŸ’œIG: mbpjhockeyacademy








πŸ’™πŸ’›

Photos from Majlis Bandaraya Petaling Jaya's post 05/08/2026

Selamat Datang dan Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk Bandar Petaling Jaya yang baharu atas pelantikan ini.

Seluruh warga Akademi Hoki MBPJ mendoakan agar YBhg. Datuk diberikan kesihatan, kekuatan serta kebijaksanaan dalam memimpin Majlis Bandaraya Petaling Jaya ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

Semoga kepimpinan baharu ini terus memperkasakan pembangunan sukan, khususnya sukan hoki, serta melahirkan lebih ramai atlet muda yang cemerlang demi kemajuan Petaling Jaya dan negara.

Kami di Akademi Hoki MBPJ berharap dapat terus menjalinkan kerjasama yang erat bersama MBPJ dalam membangunkan bakat-bakat muda dan memartabatkan sukan hoki.

Akademi Hoki MBPJ dikuasakan oleh:
➑️ Letsplay
➑️ Fadzliworks

Ikuti kami di:
πŸ“˜ FB: MBPJ Hockey Academy
πŸ’œ IG:






πŸ’™πŸ’›

Photos from Majlis Bandaraya Petaling Jaya's post 03/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Mantan Datuk Bandar Petaling Jaya atas segala sokongan, kepercayaan dan komitmen yang telah diberikan kepada Akademi Hoki MBPJ sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Sokongan yang diberikan bukan sahaja telah membantu memperkukuhkan pembangunan program akademi, malah menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan lebih ramai bakat muda dalam sukan hoki. Segala inisiatif, dorongan dan keprihatinan beliau terhadap pembangunan sukan di Petaling Jaya akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Bagi seluruh warga Akademi Hoki MBPJ, kami mendoakan agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus mencapai kejayaan dalam apa jua amanah yang bakal dipikul pada masa hadapan.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Legasi sokongan anda akan terus menjadi inspirasi kepada kami untuk memajukan pembangunan hoki di Petaling Jaya dan Malaysia.

Akademi Hoki MBPJ dikuasakan oleh:
➑️ Letsplay
➑️ Fadzliworks

Ikuti kami di:
πŸ“˜ FB: MBPJ Hockey Academy
πŸ’œ IG:






πŸ’™πŸ’›

Photos from Majlis Bandaraya Petaling Jaya's post 30/07/2026
18/07/2026

πŸ‘ LIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2026 | KEPUTUSAN PERLAWANAN PENENTUAN TEMPAT KE-3 πŸ‘

Alhamdulillah, tamat sudah perjalanan Pasukan Perempuan Akademi Hoki MBPJ dalam saingan Liga Hoki Remaja Malaysia 2026.

Walaupun tewas dalam perlawanan Penentuan Tempat Ke-3, seluruh pasukan telah memberikan aksi terbaik dengan semangat juang, komitmen dan disiplin yang tinggi sehingga wisel penamat.

Terima kasih kepada semua pemain, barisan kejurulatihan, ibu bapa, penyokong dan pengurusan atas segala sokongan serta kepercayaan sepanjang musim ini. Setiap pengalaman, sama ada kemenangan mahupun kekalahan, akan menjadi pembakar semangat untuk kami terus berkembang dan kembali lebih kuat.

Insya-Allah, Akademi Hoki MBPJ akan terus bekerja keras demi menghadapi cabaran musim akan datang dengan azam yang lebih tinggi.

Akademi Hoki MBPJ dikuasakan oleh :-
➑️ Letsplay
➑️ Fadzliworks

Ikuti kami di
πŸ“˜ FB: MBPJ Hockey Academy
πŸ’œ IG:







πŸ’™πŸ’›

18/07/2026

πŸ‘ LIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2026 (GIRLS DIVISION) | PENENTUAN TEMPAT KETIGA πŸ‘

Perlawanan terakhir musim 2026! πŸ’™πŸ’›

Pasukan Perempuan Akademi Hoki MBPJ bakal turun beraksi dalam perlawanan penentuan tempat ketiga. Berikan yang terbaik, kekal fokus dan berjuang habis-habisan sehingga wisel penamat.

Ayuh warga MBPJ, teruskan memberi sokongan dan doa buat pasukan kita. Bersama kita akhiri musim ini dengan penuh kebanggaan! πŸ’™πŸ’›

Akademi Hoki MBPJ dikuasakan oleh:
➑️ Letsplay
➑️ Fadzliworks

Ikuti kami di:
πŸ“˜ FB: MBPJ Hockey Academy
πŸ’œ IG:








πŸ’™πŸ’›

16/07/2026

πŸ‘ LIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2026 | KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR πŸ‘

Perjuangan di pentas Separuh Akhir berakhir buat Pasukan Perempuan Akademi Hoki MBPJ.

Tahniah kepada seluruh pemain dan barisan kejurulatihan atas semangat juang, komitmen serta usaha yang dipamerkan sepanjang kejohanan. Terima kasih juga kepada ibu bapa, penyokong dan seluruh warga Akademi Hoki MBPJ atas doa serta sokongan yang sentiasa mengiringi perjalanan pasukan.

Perjuangan masih belum selesai. Fokus kini beralih ke Perlawanan Penentuan Tempat Ketiga. Terus berjuang hingga ke wisel penamat! πŸ’™πŸ’›πŸ‘

Akademi Hoki MBPJ dikuasakan oleh:
➑️ Letsplay
➑️ Fadzliworks

Ikuti kami di
πŸ“˜ FB: MBPJ Hockey Academy
πŸ’œ IG:







πŸ’™πŸ’›

16/07/2026

πŸ‘ LIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2026 (GIRLS DIVISION) | SEPARUH AKHIR πŸ‘

Satu lagi langkah menuju pentas akhir! Pasukan Perempuan Akademi Hoki MBPJ kini bersedia mengharungi aksi Separuh Akhir dengan tekad, semangat dan keyakinan yang tinggi.

Semoga seluruh pemain memberikan aksi terbaik, kekal fokus serta berjuang sebagai satu pasukan demi merebut tempat ke Perlawanan Akhir. Teruskan berjuang sehingga wisel penamat!

Ayuh warga MBPJ! Hadirkan sokongan dan doa anda buat pasukan kita. Bersama kita melangkah ke Final! πŸ’™πŸ’›

Akademi Hoki MBPJ dikuasakan oleh:
➑️ Letsplay
➑️ Fadzliworks

Ikuti kami di:
πŸ“˜ FB: MBPJ Hockey Academy
πŸ’œ IG:








πŸ’™πŸ’›

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address

Stadium Hoki MBPJ, PJS 3
Petaling Jaya
46000