01/08/2026
⚽🧡 **PERLAWANAN PERSAHABATAN U8 – TRIPLE B FC vs MPFC** 🧡⚽
Salam Sejahtera, selesai sudah perlawanan persahabatan **Triple B FC U8 vs MPFC U8** dengan penuh semangat, keceriaan dan pengalaman berharga buat anak-anak kita. 👏⚽
Terima kasih yang tidak terhingga kepada **semua ibu dan bapa yang hadir memberikan sokongan dan semangat** kepada anak-anak. Kehadiran dan sorakan daripada ibu bapa menjadi pembakar semangat buat mereka untuk terus berani mencuba dan menikmati permainan. ❤️👏
Di **Triple B FC**, keputusan **menang atau kalah bukanlah ukuran utama**. Yang lebih penting adalah proses anak-anak belajar, membina keyakinan, disiplin, semangat berpasukan dan memperbaiki diri dari satu perlawanan ke satu perlawanan. 💪⚽
Hari ini mereka telah mendapat sesuatu yang lebih bernilai — **pengalaman, keberanian dan kenangan bersama rakan-rakan.**
🌱 **Bina anak-anak, bukan hanya untuk menang di padang, tetapi untuk berjaya dalam kehidupan.**
Terima kasih kepada semua ibu bapa dan pemain....
20/07/2026
🏆 PENUTUP RASMI KEJOHANAN
TRIPLE B JUNIOR FOOTBALL COMMUNITY CUP 2026
Triple B Junior Football Community Cup 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh meriah dan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pasukan, pemain, jurulatih, pengurus, ibu bapa, pengadil, petugas, sukarelawan, penaja serta semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan kejohanan ini. Kehadiran dan sokongan anda semua telah menjadikan kejohanan ini satu platform yang bermakna dalam pembangunan bola sepak akar umbi.
Keputusan Akhir Kejohanan:
🥇 Juara: ATK U12 B
🥈 Naib Juara: Specter UTD
🥉 Tempat Ketiga: Aytam X FC
🏅 Tempat Keempat: Laskar Muara
Tahniah kepada semua pasukan yang berjaya dan syabas juga kepada semua pasukan yang mengambil bahagian. Keputusan bukanlah penentu segalanya, tetapi semangat kesukanan, disiplin, kerjasama dan pengalaman yang diperoleh adalah kemenangan sebenar.
Semoga kejohanan ini menjadi medan untuk mencungkil lebih ramai bakat muda yang bakal mengharumkan nama daerah, negeri dan negara pada masa hadapan.
Akhir kata, pihak Triple B Football Club memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang penganjuran kejohanan ini. Segala teguran dan cadangan akan dijadikan panduan untuk penambahbaikan pada masa akan datang.
Jumpa lagi di edisi akan datang! ⚽🧡🖤
"Membentuk Bakat, Membina Impian."
12/07/2026
**TAHNIAH COACH IBRAHIM & COACH MUSTAZA!** 👏⚽
Seluruh warga **Triple B Football Club** mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada **Coach Ibrahim** dan **Coach Mustaza** atas kejayaan menamatkan **Kursus Kejurulatihan Akar Umbi MAFA Edisi Ke-5**.
Semoga segala ilmu, pengalaman dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam membimbing serta membangunkan pemain-pemain akar umbi Triple B FC ke arah yang lebih cemerlang.
Terima kasih atas komitmen dan dedikasi anda berdua dalam memperkasakan pembangunan bola sepak akar umbi. Semoga terus maju dan menjadi inspirasi kepada generasi muda.
**"Jurulatih yang hebat bukan sekadar mengajar permainan, tetapi membentuk sahsiah dan masa depan pemain."**
💪⚽ Tahniah dan selamat maju jaya!
Muar
21/06/2026
Salam sejahtera.
Selamat Hari Bapa buat semua ayah hebat warga TRIPLE B FC. ❤️⚽
Terima kasih atas segala sokongan, pengorbanan dan dorongan kepada anak-anak dalam mengejar impian mereka. Semoga semua ayah sentiasa diberikan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan.
Ayah adalah jurulatih pertama, penyokong terbesar dan inspirasi selamanya. 💪
Daripada,
Pengurusan TRIPLE B FOOTBALL CLUB 🧡🖤
20/06/2026
SELESAI PERLAWANAN PERSAHABATAN ⚽🤝
Alhamdulillah, selesai sudah Perlawanan Persahabatan & Family Day antara Triple B FC Johor dan Feeto FC Melaka pada hari ini.
Terima kasih kepada pihak Feeto FC, para jurulatih, pemain, ibu bapa dan semua yang hadir memberi sokongan serta memeriahkan program ini.
Bukan sekadar mencari kemenangan, tetapi membina silaturahim, pengalaman dan semangat kesukanan dalam kalangan pemain muda.
Semoga kerjasama dan hubungan baik ini terus terjalin pada masa akan datang.
Terima kasih semua atas sokongan & komitmen. 🙏⚽
Triple B FC
🖤🧡
16/06/2026
🌙 SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1448H 🌙
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seluruh warga TRIPLE B FC mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam / Maal Hijrah 1448H kepada semua pemain, ibu bapa, jurulatih, pengurusan dan seluruh keluarga besar TRIPLE B FC.
Semoga tahun hijrah yang baharu ini membawa keberkatan, kesihatan, kejayaan dan semangat baharu dalam kehidupan kita. Marilah kita bersama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik, membina sahsiah, disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi.
Hijrah membentuk diri, kejayaan membina impian.
Daripada,
Pengurusan TRIPLE B FOOTBALL CLUB ⚽
15/06/2026
📢 **JEMPUTAN PENYERTAAN KEJOHANAN**
⚽ **TRIPLE B JUNIOR FOOTBALL COMMUNITY CUP 2026** ⚽
Pendaftaran kini dibuka untuk kategori **Bawah 12 Tahun (lahir tahun 2014 dan ke bawah)**.
📅 **Tarikh:** 18 Julai 2026 (Sabtu)
⏰ **Masa:** 8.00 Pagi
📍 **Tempat:** Padang Kem PGA Batalion 6, Bakri, Muar
🏆 **Hadiah Kejohanan**
🥇 Johan – RM600 + Piala
🥈 Naib Johan – RM400 + Piala
🥉 Tempat Ketiga – RM300 + Piala
🏅 Tempat Keempat – Piala
🎖️ Semua peserta akan menerima **E-Certificate**
💰 **Yuran Penyertaan:** RM350 setiap pasukan
🎁 Setiap pasukan akan menerima:
✅ 1 Karton Air Mineral
✅ 1 Beg Ais Batu
📲 **Link WhatsApp Pendaftaran**
• [https://wa.me/601116374631]
• [https://wa.me/60123709177]
⚽ Tempat adalah terhad. Pengesahan penyertaan adalah berdasarkan bayaran pendaftaran yang diterima terlebih dahulu.
**Jom sertai dan meriahkan TRIPLE B JUNIOR FOOTBALL COMMUNITY CUP 2026!** 🏆🔥⚽
14/06/2026
⚽🔥 **SELESAI SESI LATIHAN TRIPLE B FC** 🐺🧡🖤
**14 Jun 2026 (Ahad)**
Alhamdulillah, selesai sesi latihan Triple B FC di Padang KEM PGA Batalion 6, Bakri Muar. 💪⚽
Syabas kepada semua pemain yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang latihan. Setiap usaha di padang hari ini adalah proses untuk membina kemahiran, disiplin dan semangat berpasukan. ⭐
Teruskan berusaha, teruskan belajar dan jangan pernah berhenti memperbaiki diri. 🔥
Terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada Triple B FC. 🙏
🧡🖤 **TRIPLE B FOOTBALL CLUB**
🐺 ** ⚽