PLD Sepak Takraw MUAR SR

PLD Sepak Takraw MUAR SR

Share

Selamat datang ke laman rasmi PLD Sepak Takraw Muar (SR). Di sinilah lahirnya bakat-bakat muda yang akan mencorak masa depan sepak takraw daerah.

Dari latihan asas hingga ke pentas kejohanan, setiap langkah, setiap keringat, kami kongsikan di sini.

09/08/2026

Bekaa pemain drajawali, Jules bersama Regu SSN Johir menjuarai kategori L14 dalam kejihanan NSTDP Peringkat Negeri Johor.

08/08/2026

NSTDP L11
Hanya sampai ke SUKU AKHIR.

Photos from PLD Sepak Takraw MUAR SR's post 07/08/2026

Hari ini 5 orang murid akan mewakili kontinjen daerah Muar ke Kejohanan Sepak Takraw National Sepak Takraw Development Program (NSTDP) Bawah 11 Tahun di Tangkak.

Kami mendoakan agar pasukan Sepak Takraw L11 daerah Muar diberikan kekuatan, ketenangan, dan kelancaran sepanjang kejohanan berlangsung.

16/07/2026

Acara kuadran L15 AKHIR MSSJ
Muar vs Pasir Gudang

13/07/2026

Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, PLD Sepak Takraw Muar SR ingin memperkenalkan Iman Sports sebagai antara Penaja Jersi pasukan Sepak Takraw L12 MSSD Muar bagi MSS JOHOR 2026.

Sumbangan ikhlas daripada Iman Sports, sebagai penaja persendirian, amat kami hargai. Sokongan ini bukan sahaja membantu melengkapkan keperluan pasukan, malah menjadi pembakar semangat kepada para atlet muda untuk terus berusaha dan memberikan yang terbaik di setiap kejohanan.

Sesungguhnya setiap sumbangan yang diberikan membawa makna yang besar dalam usaha membangunkan sukan sepak takraw di peringkat akar umbi.

Pihak PLD Sepak Takraw Muar SR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Iman Sports atas kepercayaan dan keprihatinan terhadap pembangunan atlet muda.

Semoga segala jasa baik ini diberkati dan jalinan ukhuwah serta kerjasama ini terus berkekalan.

"Bersama Membina Impian, Melahirkan Juara."

13/07/2026

Dengan penuh rasa syukur dan penghargaan, PLD Sepak Takraw Muar SR ingin memperkenalkan ARTIQ VENTURE TRANSPORT sebagai antara Penaja Jersi pasukan Sepak Takraw L12.

Sokongan yang diberikan amat bermakna dalam membantu melengkapkan keperluan pasukan serta menjadi pembakar semangat kepada para atlet untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan di gelanggang.

Ribuan terima kasih kepada ARTIQ VENTURE TRANSPORT atas kepercayaan dan kesudian menjadi sebahagian daripada perjalanan kami dalam membangunkan sukan sepak takraw di peringkat akar umbi.

πŸš› ARTIQ VENTURE TRANSPORT
πŸ“ Bakri Batu 4, Muar, Johor
🚚 Perkhidmatan Pengangkutan Lori Seluruh Semenanjung Malaysia
πŸ“ž Hubungi: Wann – 012-606 1544

Semoga jalinan kerjasama ini terus berkekalan dan membawa kejayaan kepada semua pihak.

Photos from PLD Sepak Takraw MUAR SR's post 13/07/2026

Pasukan Sepak Takraw L12 MSSD Muar yang akan bertanding di Kejohanan Sepak Takraw MSSJ pada 14 - 16 Julai di Kulai, Johor. Sama-sama kita doakan agar dipermudahkan segala urusan mereka dan pulang dengan kejayaan.

Photos from PLD Sepak Takraw MUAR SR's post 12/07/2026

Kita cuba AI kan je...
d'rajawali >>> d5rajawali

Mana yang menarik ya????

12/07/2026

Ku ingatkan satu...
Rupa-rupanya dua...

Nasib baik...belum tiga....

Ish...ish...ish....

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Muar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address

Km 8 Jalan Bakri
Muar
84200