23/08/2026
πSESI PENYERAHAN CENDERAHATI PENGHARGAANπ
Pasukan Futsal Wirajaya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kennedy Electrical atas sokongan serta sumbangan yang diberikan kepada pasukan kami. πβ½
Sebagai tanda penghargaan, cenderahati telah disampaikan oleh Presiden Kelab Wirajaya kepada pihak Kennedy Electrical sebagai penghargaan atas kesudian menjadi penaja dan memberikan sokongan kepada Pasukan Futsal Wirajaya. π€
Sokongan daripada pihak penaja amat bermakna dalam membantu pasukan terus aktif, berkembang dan mengharumkan nama Wirajaya dalam arena futsal.
Terima kasih Kennedy Electrical! πβ½
Sokongan anda, semangat kami! πͺπ₯
12/08/2026
π₯β½ KEJOHANAN FUTSAL SABERKAS CAWANGAN PIASAU 2026 β½π₯
π PIALA YB DATUK SEBASTIAN TING CHIEW YEW π
Peminat futsal, jangan lepaskan peluang! π₯ Jom sertai kejohanan futsal yang menawarkan hadiah menarik dan saingan yang pasti sengit! πͺβ½
π° HADIAH PEMENANG
π₯ Juara β RM1,200 + Piala + Medal
π₯ Naib Juara β RM700 + Piala + Medal
π₯ Tempat Ke-3 β RM400 + Piala + Medal
π
Tempat Ke-4 β Piala
π
13 September 2026
β° 8.00 AM β 3.00 PM
π Champion Futsal Court, Miri, Sarawak
π΅ Yuran: RM200
π₯ 1 pasukan = 8 orang
π² TEMPAT ADALAH TERHAD!
Jangan tunggu lama β daftar pasukan anda sekarang! π₯
π 014-693 7251 (EJAL)
π 014-692 1778 (AFIL)
Ayuh buktikan pasukan anda siapa yang terbaik! ππ₯
11/07/2026
"Terima kasih, Azani Yusrey.
Setiap terjahan, setiap tangkapan, setiap pengorbanan dan setiap minit yang dicurahkan di atas gelanggang akan sentiasa menjadi sebahagian daripada sejarah Kelab Rekreasi Wira Jaya.
Terima kasih kerana menjadi benteng terakhir pasukan, mempertahankan lencana dengan penuh kebanggaan, serta mengharumkan nama Wira Jaya dengan semangat juang yang tidak pernah luntur.
Walaupun langkahmu kini membawa ke Terengganu untuk memulakan lembaran baharu, pintu Wira Jaya akan sentiasa terbuka untukmu.
Kami mendoakan agar perjalananmu dipermudahkan, dikurniakan kejayaan dalam kerjaya, kehidupan dan arena futsal.
Once Wirajaya, Always Wirajaya.
Selamat maju jaya di Terengganu, Azani Yusrey. Terima kasih atas segala jasa dan kenangan yang telah diukir bersama keluarga Wira Jaya."
02/07/2026
Barisan Pemain dan pegawai yang mewakili Wirajaya dalam saingan liga Hero Futsal 3 2026 dan ribuan terima kasih di ucapkan kepada para penaja