Tuah City FC

Tuah City FC

Share

TUAH CITY FC

Photos from Tuah City FC's post 05/08/2026

Pengurusan Tuah City FC ingin merakamkan tahniah kepada barisan kepimpinan kelab atas pelantikan menggalas amanah bersama pasukan bola sepak lelaki & wanita dalam kejohanan SUKMA Melaka.

En. Hanaffi – Pengurus Pasukan Bola Sepak Lelaki SUKMA Melaka

Coach Sapian – Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak Wanita SUKMA Melaka

Coach Hairul – Penolong Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak Wanita SUKMA Melaka

Coach Nurin – Penolong Jurulatih Pasukan Bola Sepak Wanita SUKMA Melaka

Pelantikan ini mencerminkan dedikasi dan komitmen terhadap kepimpinan anda dalam memajukan bola sepak Melaka.

Pengurusan Tuah City FC mendoakan agar pasukan bola sepak lelaki dan wanita Melaka berjaya membawa kemenangan dlm kejohanan SUKMA.

Selamat Berjuang !!

Photos from Tuah City FC's post 20/07/2026

TUAH CITY NEXT GENERATION CUP 2026

⚽ Adakah pasukan anda bersedia untuk menyahut cabaran?

Daftarkan pasukan anda sekarang dan sertai kejohanan yang menghimpunkan bakat-bakat muda terbaik. Bersaing, belajar dan cipta kemenangan bersama dalam Tuah City Next Generation Cup 2026.

📩 Tempat adalah terhad. Hubungi kami untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

www.wasap.my/60167005254..Tuah City Next Generation Cup

Photos from Tuah City FC's post 17/05/2026

16 MEI 2026 / SABTU
LIGA BOLA SEPAK AKAR UMBI MAFA,MELAKA.

ALHAMDULILLAH..TUAH CITY FC TELAH MENGHANTAR 3 KATEGORI UNTUK PERTANDINGAN TERSEBUT ..

U12 TUAH CITY FC
TIADA REZEKI UNTUK KE SEMI FINAL ..TERKANDAS DI NO 3 GROUPING.. INSHAALLAH BANGKIT SEMULA ANAK2 U12 UTK NEXT GAME ..

U14 TUAH CITY FC
SYUKUR ALHAMDULLIAH...
⚽SEMI FINAL
TUAH CITY FC vs GHIMAU TPFA
(MENANG PENALTI 4 - 3 )
⚽FINAL
TUAH CITY FC vs SMK ALAUDDIN
MENANG ( 3 - 0 )

U16 TUAH CITY FC
ALHAMDULILLAH MENDAPAT
TEMPAT KE 4 ..

TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT
COACHES,PARENTS DAN SEMUA ...
TERIMA KASIH PARENTS YG KONGSI REZEKI UNTUK SEMUA ..

Photos from Tuah City FC's post 20/04/2026

20.4.2026 / ISNIN
SEKITAR SESI LATIHAN PELATIH2 TUAH CITY FC .. U10 HINGGA U16


Photos from Tuah City FC's post 16/04/2026

HARI PERTAMA LATIHAN SELEPAS SEBULAN LEBIH BERCUTI ..

U7 + U8 - COACH WAN
U9 - COACH SHAHMI

SEMOGA ANAK2 INI TERUS SEMANGAT MENJALANI LATIHAN ..
STANDBY UNTUK PERLAWANAN YANG AKN DATANG NANTI ..


Photos from Tuah City FC's post 13/04/2026

ALHAMDULILLAH.. SETELAH SEBULAN LEBIH PELATIH² TUAH CITY FC BERCUTI ( RAMADHAN & SYAWAL )
HARI INI , ISNIN 13.4.2026 BERMULA SEMULA LATIHAN UTK PELATIH² U10 HINGGA U17 ..
SEMOGA PELATIH SEMUA TERUS CONSISTENT DAN BERDISIPLIN DALAM MENJALANI SETIAP LATIHAN YANG DIBERIKAN OLEH COACHES² UTK MENGHADAPI TOURNAMENT YANG AKAN DISERTAI OLEH MEREKA SEMUA NANTI ...


19/03/2026

Tuah City FC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengurusan, jurulatih, pemain dan penyokong setia yang sentiasa bersama Tuah City FC dalam setiap perjalanan pasukan ini.
Semoga Aidilfitri tahun ini membawa seribu keberkatan, kegembiraan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua.

Mohon maaf atas segala kekhilafan sama ada yang disengajakan mahupun tidak.

Semoga semangat juang dan keazaman yang kita bina akan terus mekar, seterusnya membawa Tuah City FC ke arah kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

*SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN*.

18/02/2026

Tuah City FC mengucapkan Salam Ramadan Al-Mubarak kepada semua pemain, ibu bapa, jurulatih dan para penyokong setia.

Semoga bulan yang penuh keberkatan ini menguatkan iman, menyatukan hati dan mendidik kita menjadi insan yang lebih berdisiplin — di dalam padang dan juga di luar padang.

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Apabila datang bulan Ramadan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.”
— Sahih al-Bukhari & Sahih Muslim

Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat, keampunan dan kemenangan buat kita semua.

Teruskan berlatih. Teruskan berusaha. Terus istiqamah.

Ramadan Kareem 🌙✨

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Malacca City?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address

PADANG 10, WISMA MAFA, KRUBONG MELAKA
Malacca City
75260