01/03/2026
Alhamdulillah β 28 Februari β½π₯
Terima kasih kepada semua ibu bapa atas sokongan padu sepanjang Ramadan Cup anjuran Fireball! π
Tahniah kepada pemain atas semangat juang luar biasa:
π U12 XERO4 β Naib Juara
π U10 TFFC XERO4 β Naib Juara
πͺ U10 XERO4 β Suku Akhir
Perlawanan bermula 9.00 malam hingga 4.30 pagi, menguji ketahanan fizikal & mental pemain. Walaupun beberapa keputusan tipis, semangat juang dan aksi kedua-dua pasukan memang luar biasa! π₯
Bagi U8, satu percubaan hebat β walaupun berdepan pasukan kuat, mereka tetap membanggakan! π
Semoga setiap latihan dan perlawanan terus membina jati diri, mematangkan permainan, dan memberi pengalaman berharga buat anak-anak Akademi XERO4.
Terus melangkah, terus berjuang!
**ausebangkids
20/02/2026
Throwback | 14 Februari β½π₯
Hari sabtu yang lalu, pasukan Xero4 FC U14 telah beraksi dalam perlawanan Suparimau menentang Blazing Hawk.
Alhamdulillah, Xero4 FC berjaya mengikat perlawanan dengan keputusan 1-1 πͺ
Lebih membanggakan, pasukan U14 ini baru sahaja ditubuhkan tidak sampai dua minggu, namun sudah mampu memberikan saingan yang hebat.
Pihak pengurusan amat berbangga dengan semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pemain serta sokongan padu daripada ibu bapa. Ini baru permulaan untuk Xero4 FC! πβ½
20/02/2026
Alhamdulillah β½π€²
Throwback | 14 Feb yang lalu
Akademi Xero4 telah menghantar sebanyak 7 pasukan pada Kejohanan Bola Sepak Pasaraya Hari-Hari, iaitu:
πΉ 4 pasukan U12
πΉ 2 pasukan U10
πΉ 1 pasukan U8
Tahniah dan syabas diucapkan kepada U10 Xero4 Thunder yang telah muncul sebagai Juara Kategori U10! ππ₯
Bagi kategori U12, kami kurang bernasib baik dan hanya U12 Xero4 Rovers sahaja yang berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir. Manakala bagi kategori U8, pasukan U8 Xero4 berjaya melangkah ke peringkat kalah mati.
Pasukan yang lain p**a terkandas di peringkat kump**an. Namun begitu, setiap pengalaman yang diperoleh adalah satu proses pembelajaran dan pematangan yang sangat berharga buat anak-anak pelatih.
Pihak pengurusan akademi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pelatih serta ibu bapa atas sokongan dan kepercayaan yang berterusan.
Kami amat bersyukur dengan komitmen yang diberikan. Teruskan menyokong, insya-Allah kita akan terus maju bersama πͺβ½
**ausebangkids
18/02/2026
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 1447 Hijrah kepada semua follower setia XERO4 South FC. Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan rezeki yang melimpah buat kita semua.
**ausebangkids
07/02/2026
FRIENDLY MATCH U14 β½π₯
Perlawanan persahabatan antara
XERO4 FC π VULCAN FC π EGLO FC
π
Ahad - 8 February 2026
β° 8.45 pagi
π SK Gangsa, Batu Berendam
Aksi persahabatan khas untuk pemain Bawah 14 Tahun (U14).
Jom turun sokong & beri semangat pada anak-anak kita! πͺβ½
**ausebangkids
04/02/2026
8 Feb - Pemilihan terbuka U8 & U10
Untuk mewakili Xero4 Academy.
Jemput datang beramai-ramai. Terima kasih. β½
**ausebangkids
02/02/2026
Jom Sertai Marshland Soccer Kids (MSK)!
Pusat latihan bola sepak di bawah Program XERO4 South Academy yang beroperasi di Sekolah Kebangsaan Sempang Merlimau.
Terbuka kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur 7 hingga 14 tahun dari seluruh negeri Melaka. Latihan dikendalikan oleh jurulatih berpengalaman menggunakan modul latihan yang menyeronokkan, berstruktur dan bermanfaat β½
β° Jadual Latihan:
β’ Ahad: 8.15 pagi β 11.00 pagi
β’ Isnin: 8.30 malam - 10.30 malam
π°Yuran Bulanan:
RM40 / 8 kali latihan sebulan
π Tempat terhad β rebut peluang ini untuk anak-anak anda menjadi sebahagian daripada keluarga MSK!
π Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut & pendaftaran!!
Info & pertanyaan, klik je link whatsapp >
www.wasap.my/60172099027/DaftarMSK
www.wasap.my/60172099027/DaftarMSK
www.wasap.my/60172099027/DaftarMSK
**ausebangkids
16/01/2026
Pembuka tirai 2026, XERO4 Academy menjemput semua ibu bapa dan anak-anak untuk hadir ke sesi Latihan Permulaan (Play & Fun) bersama kami.
π Tempat: Stadium Tun Fatimah
π
Tarikh: 18 Januari 2026
β° Masa: 8.30 pagi β 11.00 pagi
π£ Kepada yang melihat iklan ini,
hadir beramai-ramai dan bawa anak-anak anda
untuk merasai suasana latihan bola sepak yang menyeronokkan, selamat dan berilmu.
β½ Play β’ Learn β’ Fun
Bina minat, keyakinan dan asas bola sepak bersama
XERO4 Academy.
**ausebangkids