FOCUS LAWN BOWLS CLUB

FOCUS LAWN BOWLS CLUB

Share

Focus Lawn Bowls Club (FBC) merupakan sebuah kelab boling padang yang berpusat di Melaka.

Kelab ini ditubuhkan bagi memupuk minat dan kemahiran sukan lawn bowls dalam kalangan ahli kelab.

12/08/2026

Seluruh warga FOCUS LAWN BOWLS CLUB (FBC) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertanding kepada adik Amar Haziq bin Hamzah atas pemilihan beliau untuk mewakili Kontinjen Negeri Melaka ke SUKMA XXII Selangor 2026.

Pemilihan ini adalah hasil daripada usaha gigih, disiplin yang tinggi serta komitmen yang tidak pernah luntur dalam arena sukan lawn bowls. Kami amat berbangga melihat seorang ahli FBC diberi kepercayaan untuk membawa cabaran negeri Melaka di pentas temasya sukan terbesar negara.

Kepada adik Amar, teruskan berjuang dengan penuh semangat, kekalkan fokus dalam setiap permainan dan buktikan kemampuan yang sebenar. Menang atau kalah, anda tetap kebanggaan kami kerana berani menyahut cabaran di pentas SUKMA.

Dan kepada pasukan lawn bowls Melaka, semoga segala usaha dipermudahkan dan kejayaan mengiringi setiap langkah.

Ayuh Amar! Ayuh Melaka! ❤️🖤💛

Fokus. Berjuang. Berjaya. 🎯

11/08/2026

Salam takziah buat salah seorang pemain dan ahli kelab FBC iaitu Puan Adlin Sakina atas pemergian ibu tercinta. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Seluruh warga FBC turut berduka atas yang telah terjadi dan semoga Puan Adlin sentiasa tabah dan kuat untuk menjalani semua ini.

02/08/2026

Tahniah!!!

BRONZE FOR MALAYSIA! 🥉

Congratulations to Norazian Daud and Jariah Zakaria on winning Bronze in the Para Women's Pairs B6-B8 at the Glasgow 2026 Commonwealth Games.

Photos from Majlis Sukan Negara Malaysia's post 02/08/2026

Tahniah Soufi dan Amirul... satu pencapaian yang membanggakan!

01/08/2026

Congrats Dato the pocket rocketman. At age 38 and still a Commenwealth Champion. Tahniah!!!

CG2026 GLASGOW

DATE : 31 JULY 2026 (FRI)
SPORTS : CYCLING-TRACK
EVENT : MEN’S KEIRIN
ATHLETE: DATO’ MOHD AZIZULHASNI AWANG
REMARKS: GOLD MEDAL





30/07/2026

Kedudukan ranking kelab terkini nampaknya dimonopoli oleh trio yang baru pulang dari negara Thailand.
ยินดีด้วย.!!!

Updated : 30 Julai 2026.

28/07/2026

Congrats Aleena and Pikah!!!

CG2026 GLASGOW

DATE : 28 JULY 2026 (TUE)
SPORTS : LAWN BOWLS
EVENT : WOMEN’S PAIRS
ATHLETE: ALEENA AHMAD NAWAWI/SYAFIQA HAIDAR AFIF ABDUL RAHMAN
REMARKS: SILVER MEDAL





28/07/2026

Congrats Izzat!!!

CG2026 GLASGOW

DATE : 28 JULY 2026 (TUE)
SPORTS : LAWN BOWLS
EVENT : MEN’S SINGLE
ATHLETE: IZZAT SHAMER
REMARKS: SILVER MEDAL





Photos from Bowls Malaysia's post 28/07/2026

Misi menukar warna perak ke warna EMAS!!!
Ayuh Malaysia kita boleh!!!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Malacca City?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Malacca City
75450