14/07/2026
NOVICE MEET LEG 2 BUKIT JALIL 4-5 JULAI 2026.
Pertama kali membawa team NSA join even berpestij Novice Meet, dan berjaya membawa pulang:
1 GOLD 🥇
6 SILVER 🥈🥈
3 BRONZE 🥉🥉🥉
TOTAL: 10 MEDAL
Alhamdulillah bukan senang nak dapat medal peringkat Kebangsaan bersaing dengan team dari luar Terengganu (belah² KL, Selangor) hebat² semua. Tapi, seperti yang di jangka, dengan SPESIFIK program, akhirnya NSA berjaya memecah rekod berjaya berdiri sama tinggi dan bersaing sama level dengan team Kl, Selangor apabila berjaya meraih medal.
Setinggi penghargaan kepada ibu bapa yang sentiasa PERCAYA dengan proses anak² dan sentiasa KOMITED menghantar anak² datang training.
Kejayaan ini adalah baru permulaan. Masih panjang lagi masa anak² ini untuk terus berkembang. Teruskan usaha dan jangan mudah berpuas hati dengan hasil hari ini. Kena ada sentiasa rasa “Aku belum pandai, aku belum hebat”. Barulah anak² ini akan terus berkembang!
Tahniah pada yang dapat medal! Dan tahniah juga pada yang belum dapat medal tapi berjaya pecahkan PB masing². Teruskan berusaha sebab masih dalam fasa pembangunan.
Go NSA!!!
18/06/2026
KELAS HARI KHAMIS DI KOLAM RENANG NASUHA SWIM ACADEMY, PULAU KAMBING, KUALA TERENGGANU.
Setelah 3 tahun menyewa di Pusat Akuatik, Batu Buruk, Alhamdulillah NSA telah berpindah ke kolam sendiri sepenuhnya bermula Mei 2026 lalu.
S**a duka, pahit manis, susah dan senang sepanjang tempoh itu HANYA ALLAH SWT sahaja yang tahu. Jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sentiasa ada bersama NSA sejak ia mula ditubuhkan lagi sehingga ke hari ini.
Tanpa sokongan ibu bapa, NSA tidak akan mampu berada ditahap sekarang. Alhamdulillah. Dengan adanya kolam sendiri, semoga ianya bertambah beri manfaat pada semua orang.
Kolam ini tidak dibuka kepada orang ramai demi menjaga privasi ahli club sahaja. Di sinilah anak² akan belajar berenang, belajar berkawan, bersaing, hormat menghormati dan saling bantu membantu.
Di sini juga ada cafe untuk ahli club nak makan², minum kopi, rehat dan sebagainya sepanjang menunggu anak² belajar berenang.
Ada ruang solat untuk wanita dan solat berjemaah. Semoga usaha kecil ini dapat menjadikan anak² NSA menjadi manusia berguna nanti. Bukan hanya hebat di air, tapi juga hebat AKHLAKNYA❤️❤️❤️
Terus terbang tinggi NASUHA SWIM ACADEMY🏊♂️
12/06/2026
New Swimming Class Opening!
Saturday Session: 5:00 PM – 6:00 PM
Learn to swim in a small group with our trained instructors. Your children will enjoy every lesson while building confidence in the water!
Register now – limited slots available!
09/06/2026
Men’s Adult Swimming Classes Are Now Open!
For those who have been waiting, now is your chance.
Learn to swim confidently and improve your skills with our proven training program.
Register now and swim with style!
30/05/2026
Welcome June! 🌊
Join the best swimming lessons in Kuala Terengganu, located in Pulau Kambing.
Our classes are open to boys and girls aged 4 years and above, and we also offer adult swimming classes.
With our effective learning module, many students from our club have successfully learned how to swim.
The key to success is consistency and trusting the process.
June registration is now open!
Sign up today and help your child become a confident swimmer! 🏊♂️🏊♀️✨
nasuhaswim.com
24/05/2026
KELAS ASAS RENANG DI KOLAM PULAU KAMBING, KUALA TERENGGANU.
Terbuka kepada anak² berumur 4 tahun ke atas.
Belajar dari asas sampai jadi pandai.
Kelas berkumpulan kecil (4-6 orang) satu kumpulan.
Kelas ada setiap hari. Ibu bapa boleh pilih nak hari apa.
Details boleh juga baca di nasuhaswim.com.
20/05/2026
Untuk ibu bapa yang tanya bila nak buka sesi 3 untuk hari Jumaat🤗🤗🤗
Kami dah tunaikan permintaan anda.
Boleh share pada kawan², jiran tetangga dan saudara mara sekarang!
Slot sangatlah limited!
13/05/2026
Pembukaan kelas renang hari Rabu. Balik sekolah boleh terus belajar berenang.
Belajar skill yang betul untuk kesihatan tubuh badan. Hidupkan sunnah. Semua orang kena pandai berenang.
Ia dah jadi kemahiran hidup. Pergi kolam tapi kalo tak berenang, rugilah sangat! Mandi kolam dan berenang adalah 2 perkara yang berbeza.
09/05/2026
Bismillah…. dengan ini kami berbesar hati mengajak ibu bapa di Kuala Terengganu dan sekitarnya menghantar anak 4 tahun - 12 tahun belajar berenang dengan kami pada hari Rabu.
Kami baru jer buka kelas hari Rabu di Pulau Kambing.
Details kelas boleh rujuk di poster ya!