11/04/2024
SALAM AIDILFITRI 1445H
تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ ،صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْن
Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata, dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa, mohon ampun dan maaf atas segalanya, selamat hari raya maaf zahir dan batin.
15/08/2021
Jom manfaatkan buat usahawan semua.
16/04/2021
🔊🔊🔊 SEBARKAN UNTUK WANITA
Permohonan MyKasih Kapital: BANTUAN MODAL PERNIAGAAN RM1000
Para usahawan wanita yang kekurangan modal untuk menjalankan perniagaan, anda kini boleh memohon bantuan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN) iaitu Bantuan MyKasih Kapital.
Untuk makluman, YKN adalah sebuah badan kebajikan yang diletakkan di bawah bidang tugas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat yang mana tujuan umum yayasan ini ditubuhkan adalah untuk memajukan kebajikan dan pembangunan rakyat Malaysia khususnya dalam kebajikan kanak-kanak dan keluarga.
Oleh itu, salah satu inisiatif yang dilaksanakan melalui YKN adalah melalui Bantuan MyKasih Kapital bagi membantu usahawan wanita dalam aspek bantuan modal perniagaan.
Borang permohonan:
Borang Permohonan MyKasih Kapital
Sila lengkapkan borang dibawah
20/02/2021
Motivasi Pagi
Ketua - Sabar - Yakin pada ayat
"dan kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, Yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan kami."
(Surah As Sajdah, 32:24)
Full rakaman boleh dilihat di 👇👇👇
https://facebook.com/rumahngajiterengganu/videos/716589675893826/
05/11/2020
Kisah semalam
Mula mula minta gambar passport.. Katanya sebelum jam 11 pagi kena hantar. Saya ni ingat nak buat kad trainer eu. 2,3 keping gambar bagi. Last2 gambar dekat kad kawin yang terpilih. 😅
Lepas selesai isyak tertengok wasap. Ramai duk tag dan wish dekat wasap.. Sebab tak download lagi gambar ni.. Skali muka kita yang keluar daa..
Alhamdulillah dan terima kasih atas penghargaan dari mdec.
Terima kasih kepada semua student dibawah saya yang sentiasa update sales anda dekat portal eUsahawan.
Platform eUsahawan sangat-sangat membantu usahawan yang startup untuk lebih konsistent dengan apa yang dibuat.
Terima kasih team mdec dan juga buat senior-senior trainer eUsahawan yang banyak bantu.. Kita kira bongsu skali batch lepas.. 😁
Jumpa semua tahun depan.. Doa-doa supaya kuota ada lagi tahun depan. ❤️❤️
26/10/2020
Doa Zikir Redha Seberat Arasy
Antara doa yang di dalam mathurat. Biasa sangat bacaannya. Namun doa ini sangat besar maksudnya.
23/10/2020
Antara Isteri dan Suami mana lebih penting?
Allah lagi penting.. Apabila meletakkan Allah diutamakan maka kita akan makin tahu peranan suami dan isteri.
Resolusi My
❤️ Berkomunikasi dengan baik bersama pasangan (4:128)
❤️ Sering baiki dan kuatkan takwa untuk membina sifat adil dalam keluarga (4:129)
❤️ Jangan ingkar kepada Allah kerana kita perlukan Allah, bukan sebaliknya (4:131)
Tadabbur Surah An Nisa
Motivasi Hari ni boleh tengok di sini ya.. 😍
https://www.facebook.com/tvalhijrah114/videos/367427014403533/
18/10/2020
Doa Melembutkan Hati Anak
رَبِّ ٱجۡعَلۡنِی مُقِیمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّیَّتِیۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَاۤءِ رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لِی وَلِوَ ٰلِدَیَّ وَلِلۡمُؤۡمِنِینَ یَوۡمَ یَقُومُ ٱلۡحِسَابُ
[Surah Ibrahim 40 - 41]
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan".
08/08/2020
Salam 18 Zulhijjah 1441H
Selamat pagi semua Sahabat ig. Moga Allah mudahkan semua urusan kalian hari ni.