Ujam Temkim Fishing Channel

Ujam Temkim Fishing Channel

Share

Halaman ini merupakan platform untuk berkongsi pengalaman berkaitan memancing. Like, share & subscribe
Https://www.youtube.com/c/UjamTemkimChannel

Photos from Ujam Temkim Fishing Channel's post 26/07/2026

Trip Muka Biru…

Trip mencandat Mersing kali ini adalah trip yang sangat mencabar sepanjang hidup aku memancing. Keluar sahaja dari muara Sungai Mersing kami disambut dengan angin ‘kipas no5’. Kebiasaannya bila angin kuat, alun di laut juga akan tinggi.

Angin tenggara menyambut kedatangan kami kali ini. Sepanjang perjalanan ke spot mencandat, rasanya lebih 10 kali kami bertemu dengan alun 3 beradik dengan ketinggian sekitar 2-3 meter. Setiap kali itu juga bot yang kami naiki menceduk air laut. Dan hasilnya air paras pertengahan atas buku lali (bawah sedikit dari paras lutut) berada di dalam bot.

Bot 300hp twin yang kebiasaannya berkelajuan 45kt hanya mampu digerakkan sekitar 10kt sahaja kerana keadaan alun yang tinggi dan angin yang kuat.

Sesampai di spot aku seperti biasa menghuni kepala bot, tapi kali ini aku tidak langsung mampu berdiri. Lambungan kali ini sungguh luar biasa.

Walau apapun keadaan perjuangan mesti diteruskan. Namun, aku hanya mampu bertahan sehingga jam 11.30 malam sahaja. Kepalaku terasa berpusing seperti gasing menyebabkan aku masuk ke kabin untuk berbaring.

Kusangkakan angin tenggara akan mereda menjelang tengah malam mereset. Rupanya angin tenggara ini bertahan sehingga trip ini selesai.

Dalam trip ini hanya 4 orang mampu bertahan, manakala 7 orang lagi tewas. Player ada 8 orang sahaja? Jangan ditanya siapa lagi 2 yang dimaksudkan 🤭🤭🤭. Trip ni menjadikan aku dan Icuk bertambah akrab. Aku baring berjemaah dengan icuk tapi tak tau lah sapa yang teman sapa 😜😜.

Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik. Alhamdulillah juga ada manis-manis yang dibawa p**ang. Hasil kami sedikit kurang kali ini, tapi kami kaya pengalaman. Hasil kami bahagi sama rata. Dapatlah bawak balik seorang 3kg sotong dan ikan pon seorang 3kg juga.

Terima kasih skipper Mohd Ridzhuan Iskandar dan awak-awak yang padu mengemudi trip ini. Hasil kami kurang bukan sebab tekong malas. Sejujurnya tekong ini sangat padu. Kalau tidak takkan lah kami setia selama 4 tahun dengan khidmat tekong ini dan pasti akan berterusan ke tahun-tahun mendatang.

Video adaaaaa… Tunggu mood nak edit sampai je 😁😁

Photos from Ujam Temkim Fishing Channel's post 20/07/2026

Ini je yang ada 😁😁😁
Jersi Espana rekaan 2009-2010, nak pakai dah tak muat p**ak. Kainnya mengecut 😅😅

21/06/2026

Barang dah selamat sampai. Tiba-tiba rasa bedeba 😅😅😅

31/05/2026

Sambung lagi sedikit cerita…

Ni nama dia adik Zakwan. Dia punya hanyir boleh tahan padumantap. 1 jam memujuk pari seberat 16kg ni naik ke permukaan.

Cerita dia, pari ni melekap di dasar. Jenuh petik tali pancing macam petik tali gitar. Kalau 1 jam petik tali gitar rasanya boleh dpt 12 lagu kalau 1 lagu tu 5 minit 😜😜

Dalam perlawanan ni adik Zakwan bergilir-gilir dengan ayah dia. Macam-macam tektik dan teknik digunakan sehingga akhirnya pada minit ke 45 pari ini memulakan larian meninggalkan dasar laut.

Larian pertama dan kedua tak berapa nak jauh. Larian ke3 hampir nak habis tali. Alhamdulillah berjaya juga didaratkan. Kapten Yan cakap, memang dah lama target ikan ni tapi belum ada yang pernah naikkan ikan ni ke dalam bot Kapten Yan.

Hasilnya… Reel dan rod rosak dan kompom tak boleh guna lagi dah. Ball bearing reel pecah dan tapak butt joint rod bengkok.

Sepanjang perjalanan balik cerita pari 16kg tak lepas dari mulut adik Zakwan ni. Selepas buat agihan hasil, bila masing-masing nak balik rumah, terdengar suara adik Zakwan sambil melambai semua uncle nak balik “baiiiiiii… salam pari 16kg” 🤣🤣🤣

31/05/2026

Kita sambung sedikit cerita tadi…

Disebabkan masa menggasak sotong hanya lebih kurang 2 jam sahaja, lebih kurang dari jam 7-9 malam, maka selepas jam 9 malam Icuk beralih dari mencandat kepada memancing ikan p**a.

Icuk ni memang rajin la. Dia akan sentiasa mencuba dan berusaha. Sotong tak makan takde hal, dia beralih ke mancing ikan p**ak. Antara hasil yang berjaya dinaikkan ialah ikan mayong gorgon ni.

Photos from Ujam Temkim Fishing Channel's post 31/05/2026

Alhamdulillah trip sukses.

Jumaat 29 Mei 2026, lepas Asar sekitar jam 5pm kami bergerak dari jeti Nautica Marine, Mersing, menaiki bot Aquaholic yang di kemudi oleh kapten Mohd Ridzhuan Iskandar atau lebih senang dipanggil Yan, menuju ke kawasan diantara Tioman dan Pemanggil.

Sepanjang perjalanan awan gelap menjadi bumbung yang melindungi kami dari sinaran uv. Sebab itu kulit kami masih kelihatan putih gebu 😜😜.

Sesampai di spot yang pertama, kapten Yan memberikan isyarat kepada awak-awak, Ah Chong, seorang yang berbangsa Melayu tapi kelihatan seperti Cina. Ah Chong pun melabuhkan sauh.

Aku dan ahli team yang lain, yang kesemuanya merupakan ahli keluarga (adik, ipar, biras, sepupu, anak sedara) pun memulakan persiapan untuk mencandat. Aku seperti biasa membawa perkakasan menuju ke kepala bot dan bersiap untuk mencandat juga.

Kedengaran di bahagian belakang bot suara bersorak, Wawan yang pertama mendapat lesen. Saiz sotongnya memang padu. Aku di depan teruskan mengikat candat dan batu ladung di perambut.

Sesambil bersiap, mata aku melilau melihat keadaan sekeliling. Aku terpaku seketika sebab awan gelap yang menjadi bumbung kami tadi telah memuntahkan isi nya (hujan kow2), dan bergerak dengan agak laju menghampiri bot kami. Aku terus lari ke bahagian tengah bot untuk berlindung.

Hujan yang turun memang padu beserta dengan angin yang menjadikan alun di laut menggoncang bot kami dengan kuat. Namun, aku kekal tenang sebab aku masuk ke bahagian dock bot dan baring.

Hujan yang datang dengan angin yang kuat tadi cuma bertahan sekitar 30 minit sahaja, tetapi cukup membuatkan bot hanyut melebihi 50 meter walaupun sauh telah dilabuhkan. Sedar akan keadaan ini kapten Yan menaikkan semula sauh, akan tetapi gagal sebab sauh mungkin telah tersangkut pada batu karang.

Setelah melihat sonar, walaupun kami tersasar dari spot yang sepatutnya, kapten Yan membuat keputusan untuk kami semua terus memancing di tempat sauh kami tersangkut ini kerana tidak mahu membuang masa mencandat hanya untuk melepaskan sauh.

Alhamdulillah, keputusan kapten Yan sememangnya tepat dan kami tidak pernah mempersoalkan keputusan kapten Yan sejak dari trip pertama sekitar 3 tahun lepas sehingga sekarang.

Selama 2 jam kami diasak bertubi-tubi oleh gerombolan sotong padu mantap sais besar bas. Saya ulammmmm… selama 2 jam kami diasak. Dannn… selama 2 jam ini juga kami tidak bazirkan masa untuk berehat dengan terus mencandat kerana kami tidak tahu bila waktu menggasak ini akan berakhir.

2 jam waktu menggasak ini kami naikkan sotong sekitar 40-50kg. Alhamdulillah… selepas 2 jam tu, jenuh dah nak pujuk sotong sebab tak tahu ke mana sotong dah pergi. Yang tinggal sotong jarum saiz cumi…

Macam panjang sangat p**ak karangan ni ye. Baca la yang ni dulu ye, kalau rajin kang aku sambung cerita pasal trip ni…

27/05/2026

Semoga geng semua tak kono koja ngan lombu. Salam Aidil Adha

27/05/2026

Salam Aidil Adha buat semua sahabat yang beragama Islam. Semoga strike BESAR BAS selalu.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Selangor?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Kuala Selangor