24/08/2026
PAHANG, 17–19 Ogos 2026 – Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Ibu Pejabat JPJ Malaysia, YBhg. Datin Haslina binti Kamaluddin telah mengadakan Kunjungan Kasih ke JPJ Cawangan Negeri Pahang pada 17 hingga 19 Ogos 2026 sebagai usaha memperkukuh hubungan silaturahim serta mengeratkan ukhuwah antara PUSPANITA Cawangan Kecil Ibu Pejabat dan Cawangan Kecil Negeri Pahang.
Sepanjang kunjungan tersebut, pelbagai aktiviti telah diadakan yang bukan sahaja memberi ruang kepada warga PUSPANITA untuk beramah mesra, malah mencerminkan nilai keprihatinan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga JPJ.
Antara pengisian utama ialah majlis makan malam yang menjadi platform untuk mengeratkan hubungan serta bertukar pandangan dalam suasana santai dan mesra.
Turut diadakan ialah lawatan kasih dan ziarah prihatin kepada warga JPJ yang sedang diuji dengan musibah. Kunjungan tersebut merupakan tanda sokongan moral dan keprihatinan PUSPANITA terhadap kebajikan warga kerja yang sedang melalui detik sukar.
Selain itu, Kejohanan Boling turut dianjurkan sebagai aktiviti riadah dan rekreasi bagi menyemarakkan semangat kerjasama serta mengukuhkan hubungan antara warga PUSPANITA.
21/08/2026
Program Zumba Merdeka telah diadakan pada 14 Ogos 2026 (Jumaat), jam 3.30 petang, bertempat di Dewan Sentral, RAC, MOT. Program ini dianjurkan sebagai salah satu aktiviti bagi memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan, di samping menggalakkan warga kerja mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Aktiviti Zumba penuh semangat dimeriahkan lagi dengan kehadiran Datin Haslina binti Kamaluddin selaku Pengerusi Puspanita cawangan Kecil JPJ dan seramai 72 peserta ahli puspanita.
11/09/2022
8 September 2022 - Sempena Bulan Kemerdekaan, PUSPANITA Caw. MOT telah mengadakan lawatan Merdeka ke FRIM dan telah disertai oleh Pengerusi Caw. MOT YBhg. Datin Noor Laili binti Hamzah bersama-sama 30 ahli Caw. MOT. Rombongan ini telah disambut mesra oleh Setiausaha PUSPANITA Caw. FRIM, Puan Hazlin.
Rombongan telah dibawa untuk merasai sendiri pengalaman menarik menaiki Jejantas Rimba (Forest Sky Walk) sepanjang 250 meter pada ketinggian antara 18 - 50 dan seterusnya dibawa melalui laluan trek hutan untuk ke Denai Razak dan menikmati flora yang terdapat disepanjang laluan.
11/09/2022
8 September 2022 - Sempena Bulan Kemerdekaan, PUSPANITA Caw. MOT telah mengadakan lawatan Merdeka ke FRIM dan telah disertai oleh Pengerusi Caw. MOT YBhg. Datin Noor Laili binti Hamzah bersama-sama 30 ahli Caw. MOT. Rombongan ini telah disambut mesra oleh Setiausaha PUSPANITA Caw. FRIM, Puan Hazlin.
Rombongan telah dibawa untuk merasai sendiri pengalaman menarik menaiki Jejantas Rimba (Forest Sky Walk) sepanjang 250 meter pada ketinggian antara 18 - 50 dan seterusnya dibawa melalui laluan trek hutan untuk ke Denai Razak dan menikmati flora yang terdapat disepanjang laluan.
09/09/2021
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
PROGRAM BUAL BICARA SOKONG VAKSIN “VAKSIN VS COVID-19 : MANA LEBIH MUDARAT”
Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA Cawangan Kementerian Pengangkutan akan menganjurkan Program Bual Bicara Sokong Vaksin “Vaksin vs Covid-19: Mana Lebih Mudarat” secara dalam talian seperti ketetapan di bawah:
Tarikh : 13 September 2021 (Isnin)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Medium : Join Zoom Meeting : https://zoom.us/j/94630701375?pwd=Y1JyTWsyQnNNRTFDNHp5ejA1dTFiQT09
Meeting ID: 946 3070 1375
Passcode: 13141314
Facebook Live : https://www.facebook.com/PUSPANITA.Pengangkutan/
Kepada yang berminat untuk mengikuti program bual bicara ini adalah dipohon untuk mengisi borang penyertaan melalui pautan https://forms.gle/QUMxhbNXug8wvUx67 atau mengimbas QR Code yang tertera pada poster hebahan. E-sijil akan diberikan kepada yang mendaftar dan mengikuti program ini.
04/10/2019
Seramai 69 orang ahli Puspanita telah menyertai program ini. Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Datin Sri Sity Mazlina binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA JPJ.
04/10/2019
Seramai 13 peserta terdiri daripada ahli Puspanita telah menyertai pertandingan ini. Juri jemputan bagi pertandingan ini adalah Syanie Hisham, pelakon dan pelawak.
11/09/2019
Hebahan: Percutian ke Padang dan Bukit Tinggi Indonesia
11/09/2019
Hebahan : Pertandingan Menghias Pulut Kuning