20/08/2026
David Ornstein :
Liverpool buat bidaan £50 juta untuk Yankuba Minteh sejak beberapa hari lepas. Pemain itu kini mengalami kecederaan yang agak lama, namun antara pemain alternatif di bahagian sayap.
Bidaan ditolak oleh Brighton.
Sementara itu, Man City telah mengemukakan pertanyaan untuk Adam Wharton namun difahamkan Palace enggan menjual pemain itu. Pemain antarabangsa England itu antara senarai pemain yang dikehendaki Man City.
Nota Tambahan :
Buru Barcola, Mbaye sepanjang 2 bulan last last hantar bidaan untuk pemain yang tak available kerana injury.
Sign of desperation.
Macam biasa, Liverpool = Pantau FC. Last last kelab lain ambil.
19/08/2026
Fabrizio Romano :
Inter dan Liverpool telah mencapai persetujuan untuk perpindahan Curtis Jones, here we go!
Persetujuan secara verbal untuk pemain ini dengan harga €35 juta, pemain setuju untuk menyertai kelab dan lampu hijau untuk pemeriksaan kesihatan.
Nota Tambahan :
Dua kali missed friendly, dan menjalani latihan individu telah memberi bayangan Jones akan keluar dari kelab.
The one and only Scouser di LFC semakin hampir untuk keluar.
16/08/2026
KEPUTUSAN PERLAWANAN |
Gol Liverpool : Gakpo, Jacquet
Gol Como : -
Debut gol untuk Jeremy Jacquet.
Kemenangan dalam perlawanan persahabatan terakhir sebelum liga bermula.
15/08/2026
Rasmi : Liverpool Jual 30% Pemilikan Saham Kepada Konsortium Amit Bhatia Bersama Pengasas Amazon dan FB
Sumber : Paul Joyce
Anggaran nilai pemilikan : £1.4 billion sekaligus meningkatkan nilai LFC kepada £5.5 billion.
Amit Bhatia akan menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi kelab, tetapi Jeff Bezos tidak menyandang apa apa jawatan dalam pengurusan LFC.
Bezos merupakan figura berprofil tinggi, pengasas Amazon dengan mempunyai nilai kekayaan £204 billion yang menjadikan beliau sebagai orang ketiga terkaya di dunia.
Manakala co founder FB Eduardo dan Elena Saverin juga akan menjadi sebahagian dari lembaga kelab.
Saverin mempunyai kekayaan sebanyak £24 billion.
Manakala Amit Bhatia adalah menantu kepada Lakhsmi Mittal, selain dari pegawai eksekutif ArcelorMittal yang mempunyai kekayaan sekitar £24 billion.
Namun begitu ia tidak memberi impak langsung kepada bajet perpindahan Liverpool.
Nota Tambahan :
Peraturan FFP yang tidak membenarkan pemilik menyuntik dana secara langsung dalam kelab, dan kelab hanya dibenarkan berbelanja dalam sekitar 70% dari keuntungan tahunan; termasuk bayaran perpindahan, bayaran ejen dan gaji.
FSG melihat penglibatan Amit Bhatia boleh membuka peluang untuk pelaburan di Asia.
Manakala peluang pelaburan Liverpool dilihat dari sudut komersil, dengan tajaan Standard Chartered dan Expedia pada lengan baju akan berakhir pada 2027.
Namun tidak pasti samada Amazon boleh dipaparkan di jersi LFC kerana peraturan tajaan tidak membenarkan penaja terdiri daripada syarikat pemilik kelab.
13/08/2026
Carlos MacAllister via Fabrizio Romano :
“Alex akan terus kekal di Liverpool. Kami tidak pernah berbincang untuk meninggalkan kelab pada musim ini”.
Ianya serupa dengan apa yang dipetik James Pearce :
“Beliau mempunyai kontrak selama 2 tahun lagi. Setakat ini tiada tawaran mega dan Alex tidak berhasrat untuk meninggalkan kelab. Iraola mahu bekerjasama dengan pemain ini”.
Nota Tambahan :
Sekaligus menepis khabar angin bahawa Man City mahu mendapatkan beliau, dengan Tijjani Reinders dan Rodri dijangka akan beralih angin.
Apa yang Macca perlu buat adalah cuba mencari sentuhan terbaiknya sepertimana 2023 2024 dan 2024 2025.
11/08/2026
Paul Joyce, The Times :
Gaji sebenar yang diterima Ronald Araujo di Liverpool adalah bernilai £180,000 seminggu, rendah daripada gaji yang diterima di Barcelona.
Desas desus Liverpool membayar £300,000 seminggu adalah tidak benar.
Nota Tambahan :
Kali terakhir pemain berstatus pinjaman yang dianggap berjaya, dan melakukan lebih 15 penampilan adalah Victor Moses dan Aly Cissokho.
10/08/2026
RASMI : Ronald Araujo
Pemain ini melengkapkan perpindahan secara pinjaman dari Barcelona untuk musim 2026 2027.
Welcome to LFC, Araujo. YNWA
09/08/2026
TAMAT PERLAWANAN |
Gol Liverpool : Isak, Wirtz
Gol Monaco : Golovin (p), Biereth, Brunner
Liverpool mendahului 2 - 1 di separuh masa pertama, tetapi momentum gagal dikekalkan hingga tamat perlawanan.
Banyak beza performance masa first half dan second half.
Ndukwe on fire. Cuma sayangnya beliau tak dapat main untuk team season ni.
09/08/2026
MATCHDAY | PRESEASON FRIENDLY
LIVERPOOL vs MONACO
09.08.2026 | AHAD
9.30 MALAM
ANFIELD, LIVERPOOL
Live : All Reds Video via LFC
08/08/2026
Sedikit informasi mengenai Ronald Araujo;
Pemain pertahanan tengah, namun boleh cover RB juga. Seorang pemain untuk 2 posisi yang pincang sekarang.
Berketinggian 6 kaki 4 inci, aerial duel memang dia menang.
Dia boleh kualiti kepimpinan. Beliau merupakan kapten Barcelona buat masa sekarang.
Berusia 27 tahun, berpengalaman bertahun tahun ketika di Barcelona.
Beliau masih banyak dibuktikan dalam umur begini.
Tetapi beliau tidak hadir dengan pro sahaja. Kontra pun ada kerana jangan abaikan sisi gelap juga.
Selalu terburu buru membuat keputusan. Sudahnya mistake hingga digelar “Darwin Nunez di CB”.
Penurunan prestasi dalam masa beberapa tahun ini, dan mula kehilangan tempat di CB. Hingga terpaksa membawa diri ke Jerusalem dan diberikan cuti.
Dibelenggu kecederaan sejak beberapa musim, 151 hari dalam masa 2 musim.
Nota Tambahan :
Liverpool akan membayar gaji penuh beliau ketika dia di sini, lebih kurang £300,000 sebelum cukai.
Beliau baru tandatangan kontrak hingga 2031, menurut Fotmob Araujo dianggar bernilai £22 juta tetapi Mundo Deportivo menganggar nilai beliau pada klausa adalah £47.1 juta.
Menurut The Athletics, Araujo tidak berhasrat meninggalkan Barcelona. Beliau bersedia untuk memulakan musim baru, namun beberapa hari lepas Hansi Flick memaklumkan bahawa pemain itu akan bermain tetapi tidak sekerap seperti sebelumnya.
Ini membolehkan Liverpool masuk line, dari tidak diketahui hingga persetujuan bersama.
Liverpool perlukan seorang CB yang berpengalaman setelah pemergian Konate untuk cover up VVD, selain untuk memberi ruang kepada Leoni dan Jacquet untuk kembali ke form terbaik mereka.
Tetapi pada masa yang sama, hanya Aly Cissokho sahaja pemain pinjaman yang betul menyerlah di LFC. The rest macam Kabak atau Sahin, jarang nampak sumbangan jelas. Ini sisi gelap juga.
Liverpool tak rugi apa pun, sebab status pinjaman itu. Tiada mandatori untuk beli tetap. Boleh nilai dahulu samada bagus atau tak. Tak bagus next season cari lain.