16/08/2026
Apa yang min nampak positif dalam AFF kali ni adalah kita dapat tengok sorang lagi bakat baru di sayap kiri Harimau Malaya iaitu Pavithran Gunalan.
Insyaallah bakal pengganti Faisal Halim dan Akhyar Rashid satu hari nanti dalam skuad utama kebangsaan.
Rasanya JDT dah boleh panggil masuk skuad utama ni🤔
16/08/2026
Semi-final AFF Asean Hyundai Cup ! (Leg 1)
Full-time :
🇲🇾 Malaysia 0-2 Vietnam 🇻🇳
Tugas berat nampaknya untuk Harimau Malaya layak ke final😩
13/08/2026
Dua penjaga gol anak jati Kelantan ! Sorang dah jadi legend dan sorang lagi bakal jadi legend🧤🇲🇾
12/08/2026
Afiq Fazail jadi Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia !
Afiq menjadi MVP yang baharu selepas anugerah tersebut dipegang oleh Arif Aiman selama 4 tahun berturut-turut sebelum ini.
Tahniah maestro🔴🔵
12/08/2026
Tahniah Afiq Fazail dinobatkan sebagai MVP baharu Liga Malaysia 🏅✨
Pemain yang paling setia bersama skuad Johor Darul Ta’zim sejak di peringkat bawah umur lagi. Beraksi bersama skuad utama JDT sejak 2015 dan tahun 2026 beliau kini sebagai Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia.
Congrats Jambu👌🏻😍
12/08/2026
Menjelang perlawanan separuh akhir pertama Piala Hyundai ASEAN 2026 Malaysia berdepan Vietnam, Harimau Malaya kehilangan tonggak tengah yang iaitu Wan Kuzain..
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkongsikan: "Wan Kuzain pulang ke Amerika Syarikat dan tidak akan meneruskan perjuangan bersama Harimau Malaya dalam kempen Piala Hyundai ASEAN. Decision confirmed." katanya.
Malaysia sebelum ini sah kehilangan tiga tonggak, Endrick Dos Santos, Jimmy Raymond dan Engku Nur Shakir susulan kecederaan bertemu lawan terdahulu.
Korang rasa kenapa Wan Kuzain balik awal ke Amerika Syarikat?🤔
12/08/2026
Siapa yang akan merampas gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia (Liga M) daripada Arif Aiman Hanapi?
Persoalan itu hanya akan terjawab pada Majlis Anugerah Liga M bagi musim 2025-2026 yang akan berlangsung malam ini.
Arif Aiman sebelum ini melakar sejarah sebagai pemain pertama memenangi MVP selama empat musim berturut-turut pada 2021, 2022, 2023 dan 2024-2025.
Bagaimanapun, kecederaan yang dialami pada November tahun lalu menyebabkannya terlepas banyak aksi dan menyaksikan nama bintang sensasi berusia 24 tahun itu tidak tersenarai dalam Anugerah Liga M 2025-2026.
Menurut dari wartawan Astro Arena, Afiq Fazail dilihat sebagai calon utama untuk merangkul anugerah tersebut.
11/08/2026
This is Arif Aiman ! Golden Boy sentiasa menjaringkan gol menentang gergasi dunia😍
Borussia Dortmund 🎯✅
Korea Selatan 🎯✅
Chelsea 🎯✅
Follow TikTok kami👇🏻
www.tiktok.com/
10/08/2026
£300M budget vs £11M budget...
Dua pasukan berbeza dengan matlamat yang sama untuk jadi yang terbaik. Chelsea gergasi bola sepak dunia dan JDT kelab kecil yang mempunyai cita-cita yang besar ! Harga Estevao sorang je dah dekat £80M🤯
Follow TikTok kami👇🏻
www.tiktok.com/
09/08/2026
Korang perasan tak tadi masa menentang Chelsea Arif Aiman dah pakai jersi nombor 10. Selama ini kita mengenali Arif dengan jersi yang sinonim dengan beliau iaitu nombor “42”.
Macam ni baru boleh panggil “Messi Malaysia”😍
Follow TikTok kami👇🏻
www.tiktok.com/