25/07/2026
*Official Club Statement*
Our club would like to address the recent request for medical expense reimbursement following our friendly match on 23rd July 2026.
We acknowledge that a player from the opposing team sustained an ankle injury during the match. However, football is a competitive, contact sport where physical collisions and subsequent injuries are an inherent risk accepted by all participants upon stepping onto the pitch.
In line with standard sporting norms and the principles of fair play, our club does not accept financial liability for injuries sustained during standard match play. Therefore, we firmly decline and will not support any medical expense claims related to this incident.
Furthermore, the club views with utmost seriousness the instigating statement made by the opposing player, who has incited future players to intentionally injure our players due to his dissatisfaction. This provocative act and malicious intent completely violate the spirit of sportsmanship. The safety of our players is our highest priority, and we have taken further action by lodging a police report this afternoon.
We wish the player a full and speedy recovery, but our club stands firm in rejecting both the financial claims and any form of threats.
*Kenyataan Rasmi Kelab*
Pihak kelab ingin mengulas mengenai permohonan tuntutan bayaran balik perbelanjaan perubatan yang diterima susulan perlawanan persahabatan kami pada 23 Julai 2026.
Kami maklum bahawa seorang pemain daripada pasukan lawan telah mengalami kecederaan buku lali semasa perlawanan tersebut. Walau bagaimanapun, bola sepak adalah sebuah sukan lasak yang kompetitif di mana pertembungan fizikal dan risiko kecederaan adalah perkara luar jangka yang sedia maklum serta diterima oleh semua pemain sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam padang.
Selaras dengan norma sukan standard dan prinsip permainan bersih (fair play), kelab kami tidak menerima sebarang liabiliti kewangan ke atas kecederaan yang dialami semasa permainan standard sedang berlangsung. Oleh itu, kami menolak dengan tegas dan tidak akan menyokong sebarang tuntutan kos perubatan yang berkaitan dengan insiden ini.
Selain itu, pihak kelab memandang amat serius tindakan pemain lawan tersebut yang telah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, dengan mengajak pemain-pemain lain untuk mencederakan pemain kami pada masa hadapan akibat rasa tidak puas hati beliau. Tindakan provokasi dan niat jahat ini melanggar semangat kesukanan. Keselamatan pemain kami adalah keutamaan tertinggi, dan kami telah mengambil tindakan lanjut dengan membuat laporan polis pada petang tadi.
Kami mendoakan agar pemain tersebut diberikan kesembuhan yang sepenuhnya dengan cepat, namun kelab kami kekal dengan pendirian tegas untuk menolak tuntutan kewangan dan sebarang bentuk ancaman ini.
16/07/2026
16/07/2026
17/04/2026
02/04/2026
29/01/2026
29/01/2026