NZB Sports Malaysia

NZB Sports Malaysia

Share

NZB Sports Malaysia adalah wadah penulisan sukan bebas, yang banyak menitikberatkan perihal ragbi.

29/08/2026

Teka teki jenama baru yang bakal melengkapi skuad ragbi Kebangsaan akhirnya terjawap secara rasmi dengan pengumuman jenama gergasi ragbi tempatan Torpedo sebagai penaja baru kelengkapan pakaian s**an buat skuad ragbi negara.

Tempoh hari, telah berlangsung Majlis Penyerahan Bendera kepada Skuad Bunga Raya 7s Malaysia beserta Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Penajaan antara Malaysia Rugby dengan Torpedo Resources Sdn. Bhd. yang diadakan di Wisma OCM, Kuala Lumpur.

Torpedo juga sudah pun melancarkan visual jersi rasmi dan baru Malaysia yang akan digunakan oleh skuad Bunga Raya 7s Kebangsan yang kini bersaing dalam Asia Rugby Emirates Sevens Series di Suzhou, China. Mengekalkan warna merah sebagai warna tradisi jersi utama Bunga Raya, Torpedo juga menampilkan sedikit kelainan untuk jersi kedua/'alternate', yang menggunakan warna putih sebagai warna asas.

Untuk rekod, penggunaan jenama tempatan bukanlah sesuatu yang asing dalam arena ragbi negara menyaksikan sebelum ini skuad ragbi Kebangsaan pernah mengenakan jenama Carisbrook, Playmore, Total Field, Tackle, Al Sports dan Kaki Jersi.

Pra tempah jersi 'home', 'away' termasuk semua produk rasmi Malaysia Rugby X Torpedo sudah boleh dilakukan melalui laman web rasmi Torpedo.

Pautan laman web rasmi Torpedo:

https://trpd.my/product-category/teams/malaysia-rugby/

"Winners Wear Bullets"

📸 Torpedo

28/08/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ

Perkongsian hari ini kami dedikasikan khas kepada sahabat baik kami yang kehilangan bapa tersayang semalam, 28 Ogos 2026 bersamaan 15 Rabiulawal 1448H.

Semoga roh Allahyarham Cikgu Mohd Yusop Bin Mohd Diah dicucuri rahmat, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Salam takziah buat seluruh keluarga dan sahabat handai.

Al - Fatihah.

27/08/2026

Tahniah JDT, Juara Liga Super 2026-2027.

📊 Kedudukan Terkini

-27

27/08/2026

Skuad Bunga Raya 7s wanita akan berlepas ke China bagi menyertai kejohanan ARESS Siri 1 di Suzhou yang akan bermula pada 29-30 Ogos 2026.

27/08/2026

Skuad Bunga Raya 7s akan berlepas ke China bagi menyertai kejohanan ARESS Siri 1 di Suzhou yang akan bermula pada 29-30 Ogos 2026.

26/08/2026

Acara ragbi 7s Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 bagi kategori wanita p**a tidak banyak memberi kejutan seperti kategori lelaki. Selangor dan Sarawak kekal sebagai kuasa besar ragbi 7s wanita peringkat SUKMA selepas masing-masing berjaya mengekalkan reputasi mereka sebagai pemenang pingat emas dan perak sekali lagi.

Daripada 10 pas**an yang bertanding pada 2024, kategori wanita untuk SUKMA kali ini berkembang dengan penambahan 2 lagi pas**an, iaitu pas**an Perak dan Kelantan, yang masing-masing menamatkan saingan di tempat ke-6 dan 8.

✓PASUKAN YANG MENINGKAT✓

Pas**an Sabah berjaya memperbaiki kedudukan, dari kedudukan ke-4 pada 2024 kepada tempat ke-3, yang meraih pingat gangsa bermakna selepas menewaskan Terengganu. Johor juga berjaya memperbaiki kedudukan berbanding edisi yang lepas selepas menamatkan saingan di tangga ke-5 untuk edisi kali ini.

✓PASUKAN YANG MEROSOT✓

Pas**an Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang merekod kemerosoton ketara selepas menamatkan saingan di tempat ke-9 dan 12. Untuk edisi lepas di Sarawak, Wilayah Persekutuan menamatkan saingan di tangga ke-5 manakala Pulau Pinang di tangga ke-8. Prestasi pas**an wanita Kedah juga sedikit merosot berbanding keputusan tahun 2024 (tempat ke-9), apabila menamatkan saingan tempoh hari di tangga ke-11 secara keseluruhan.

Sumber: Malaysia Rugby
📸 Malaysia Rugby

25/08/2026

Acara Ragbi 7s Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 sudah pun melabuhkan tirainya menyaksikan pelbagai warna serta s**a dan duka terbit sepanjang 4 hari kejohanan yang berlangsung di Stadium Sultan Suleiman Klang, Selangor.

Kami tidak mahu mengulas panjang berkenaan keputusan yang sudah pun termaktub tetapi hanya ingin membuat sedikit perbandingan berkenaan keputusan penuh acara Ragbi 7s (Lelaki) SUKMA terkini dengan edisi lepas yang berlangsung pada 2024 di Sarawak.

✓PASUKAN YANG MENINGKAT✓

Pas**an Kedah, Perak, Sabah dan Perlis menjadi antara pas**an mencatat prestasi memberangsangkan dengan peningkatan yang cukup ketara, jika dibandingkan dengan SUKMA edisi yang lepas.

✓PASUKAN YANG MEROSOT✓

Terengganu mencatat keputusan yang mengejutkan untuk edisi kali ini berbanding dengan kilauan perak yang diperoleh ketika beraksi di Sarawak 2 tahun lalu. Selangor, Kelantan dan Melaka juga merekodkan aksi merudum yang ketara selepas masing-masing menamatkan aksi di tempat ke-9, 10, dan 11.

Sumber: Malaysia Rugby
📸 Malaysia Rugby

25/08/2026

Acara ragbi 7s SUKMA XXII SELANGOR 2026 yang berakhir tempoh hari pasti menjadi kenangan paling pahit kepada pas**an Ragbi 7s Wanita Terengganu, yang terpaksa berputih mata selepas kehilangan tempat ke perlawanan akhir akibat isu teknikal pendaftaran pemain ketika menentang Sarawak di peringkat separuh akhir.

Susulan bantahan rasmi yang dikemukakan oleh kem Sarawak, Jawatankuasa Bantahan Pertandingan sebulat suara menerima bantahan terhadap tindakan pengurusan Terengganu yang menurunkan pemain yang tidak didaftarkan untuk Perlawanan No. 54 – Separuh Akhir Cup Wanita.

Oleh yang demikian, keputusan kemenangan 22-5 Terengganu dibatalkan, dan Sarawak diberikan kemenangan rasmi 0-20, seterusnya melayakkan mereka ke perlawanan akhir menentang Selangor. Walau bagaimanapun, ketika itu, Terengganu masih dibenarkan meneruskan saingan dalam perlawanan penentuan pingat gangsa menentang Sabah.

Memang cukup-cukup terkilan memandangkan para pemain sudah pun melakukan tugas mereka dengan sempurna, namun perjuangan mereka itu akhirnya terpaksa dibayar dengan harga yang cukup mahal dek isu yang sepatutnya boleh dielakkan. Segala pengorbanan masa serta tenaga selama ini akhirnya menjadi sesuatu yang tidak bermakna sekelip mata kerana perkara yang berlaku diluar kawalan pemain.

Lebih menyedihkan, saingan kali ini bakal menjadi saingan SUKMA terakhir buat segelintir pemain, selain peluang besar yang dicipta untuk menggapai pingat emas dan beraksi dalam perlawanan akhir yang terlepas tahun ini, mungkin, payah untuk diulangi untuk edisi seterusnya.

Isu ini harus dijadikan pengajaran kepada semua pas**an, lebih-lebih lagi apabila beraksi dalam kejohanan besar seperti SUKMA. Tanggungjawab yang digembleng bukan hanya terletak kepada para pemain yang beraksi di atas padang, tetapi ianya juga perlu dipikul sehabis baik oleh pihak pengurusan yang menjaga seluruh aspek pentadbiran, dan bukan hanya sekadar mengisi dan mengurus borang.

Satu kecuaian teknikal dalam apa jua pertandingan pasti akan menyebabkan kerugian besar, yang kemudiannya meranapkan impian indah buat para pemain yang telah berkorban darah, keringat dan air mata.

Apalah nasib!

📸 Penyu Sukan

24/08/2026

Nujum Pak Belalang. 🫢🫢🤣🤣

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Kuala Lumpur