Kinabalu Jaguar Speed Football Club

Kinabalu Jaguar Speed Football Club

Share

KELAB BOLASEPAK & PEMBANGUNAN AKAR UMBI

30/08/2026

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ
31 Ogos 2026

KINABALU JAGUAR SPEED FOOTBALL CLUB

TOGETHER WE STRONG.

βš½πŸ‡²πŸ‡Ύ

24/08/2026

Assalamualaikum w.b.t. πŸ’š

🌹 Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat serta seluruh umat Baginda.

Sempena 12 Rabiulawal 1448H, marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan, akhlak dan sunnah Rasulullah SAW sebagai teladan dalam kehidupan.

🀲 Semoga kita sentiasa diberikan kekuatan untuk mengikuti ajaran Baginda, memperbanyakkan selawat serta mengeratkan ukhuwah sesama kita.

KINABALU JAGUAR SPEED FOOTBALL CLUB
β€œTOGETHER WE STRONG”

🌹 β€œSesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu...”
(Surah Al-Ahzab: 21)





Photos from Kinabalu Jaguar Speed Football Club's post 19/08/2026

Sesi latihan mingguan Kinabalu Jaguar Speed Football Club pada 16.08.2026 (Ahad). Sesi bermula pada Jam 7.00 pagi -10.00 Pagi.

03/08/2026

πŸ”₯ CALLING & SELECTION – JAGUAR FC GIRLS U16 πŸ”₯

⚽ Adakah anda pemain wanita berbakat kelahiran 2010 & 2011?
Inilah peluang anda untuk menyarung jersi Kinabalu Jaguar Speed FC dan mewakili pasukan dalam Malaysian Borneo Football Cup 2026! πŸ’™πŸ†

πŸ“… Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ•“ Masa: 4.00 PM – 6.00 PM
πŸ“ Padang Intan Sabah, Tuaran
πŸŽ’ Bawa bersama:
βœ… Training kit
βœ… Shin guard
βœ… Botol air
βœ… Semangat juang & disiplin

Jangan lepaskan peluang untuk menunjukkan bakat, menimba pengalaman dan menjadi sebahagian daripada keluarga Jaguar FC.

πŸ’ͺ PASSION β€’ RESPECT β€’ DISCIPLINE
TOGETHER WE STRONG! πŸ†πŸ”₯

Photos from Kinabalu Jaguar Speed Football Club's post 30/07/2026

πŸ†JAGUAR YOUTH CHAMPIONSHIP CUP 2026πŸ†

Alhamdulillah Kejohanan Jaguar Youth Championship Cup 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh gilang-gemilang dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua pasukan yang mengambil bahagian.

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Penaung Kelab Bolasepak Kinabalu Jaguar Speed Football Club, Tuan Rijahan Bin Hj Aliaprah, yang hadir mewakili YB Datuk Mohammad Ghazali Bin Hj Hajiji.

Turut memeriahkan majlis ialah: Presiden Kinabalu Jaguar Speed Football Club En Mohd Samawi Bin Mail, En. Roney Bin Asmadul Bakar (Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Negeri Sabah),En. Razali Bin Saini (Bendahari Tuaran FA) En. Razlan Oto (Bekas Pemain Sabah FC & Pencari Bakat) dan En Azlan Bin Mumin (Ketua Jurulatih Kinabalu Jaguar Speed Football Club)

Kinabalu Jaguar Speed Football Club (Jaguar FC) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua tetamu kehormat, pasukan bertanding, pengadil, jurulatih, pengurus pasukan, para ibu bapa, penaja, sukarelawan serta seluruh urus setia yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan ini.

Semoga kejohanan ini menjadi platform terbaik dalam melahirkan lebih ramai bakat muda bola sepak Sabah serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti bola sepak.

Tahniah kepada semua pasukan yang berjaya dan syabas kepada semua peserta atas semangat kesukanan yang ditunjukkan. Jumpa lagi pada edisi Jaguar Youth Championship Cup yang akan datang!





02/07/2026

JAGUAR YOUTH CHAMPIONSHIP CUP 2026 (U14 & U16)

25HB & 26HB JULAI 2026
PADANG INTAN SABAH (U16)
PADANG PUSAT LATIHAN RELA (U14)

KATEGORI U16 - 20 PASUKANβœ…οΈ
KATEGORI U14 - 19 PASUKAN

1 PASUKAN SAHAJA LAGI BAGI KATEGORI U14.

JOM BERSAMA SAMA KAMI DI JAGUAR YOUTH CHAMPIONSHIP CUP 2026 πŸ”₯




19/06/2026

25 & 26 JULAI 2026

SLOT U14 - BERBAKI 2 PASUKAN
SLOT U16 - BERBAKI 1 PASUKAN




16/06/2026

πŸŒ™ SALAM AWAL MUHARRAM 1448H πŸŒ™

Assalamualaikum W.B.T.

Kinabalu Jaguar Speed Football Club mengucapkan Salam Awal Muharram 1448 Hijrah kepada semua pemain, ibu bapa, jurulatih, pengurus pasukan, penyokong serta seluruh umat Islam.

✨ Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kesihatan yang baik, kejayaan, serta semangat baharu untuk terus maju dalam kehidupan dan sukan.

🀲 Marilah kita menjadikan penghijrahan ini sebagai inspirasi untuk memperbaiki diri, mengukuhkan disiplin, meningkatkan akhlak serta terus berusaha mencapai kecemerlangan di dalam dan di luar padang.

"Bersama Melahirkan Generasi Berdisiplin, Berakhlak dan Berprestasi."

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H.

KINABALU JAGUAR SPEED FOOTBALL CLUB
πŸ† Together We Strong

12/06/2026

πŸ“’ SLOT SEMAKIN TERHAD! JANGAN LEPASKAN PELUANG INI! βš½πŸ†

JAGUAR YOUTH CHAMPIONSHIP CUP 2026 (U14 & U16) kini mendapat sambutan yang amat menggalakkan!

βœ… Kategori U14 – 12 pasukan telah mengesahkan penyertaan
βœ… Kategori U16 – 10 pasukan telah mengesahkan penyertaan

πŸ”₯ Daripada 20 slot pasukan yang disediakan, hanya tinggal beberapa slot sahaja lagi untuk direbut!

Ini adalah peluang terbaik untuk pasukan anda:
⚽ Menimba pengalaman pertandingan yang kompetitif
⚽ Menguji kemampuan pemain menentang pasukan terbaik
⚽ Membina keyakinan dan semangat kesukanan
⚽ Menjadi sebahagian daripada sejarah kejohanan Jaguar Youth Championship Cup 2026

πŸ“ Venue: Padang Intan Sabah & Padang Pusat Latihan RELA
πŸ“… Tarikh: 25 – 26 Julai 2026

⏳ Pendaftaran akan ditutup lebih awal sekiranya slot penuh.

πŸ“ž Hubungi sekarang:
πŸ“± 019-9414206
πŸ“± 011-39233053

"Be Part Of History – Secure Your Slot Today!" πŸ†βš½

09/06/2026

πŸ† JAGUAR YOUTH CHAMPIONSHIP CUP 2026 πŸ†

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pihak penganjur dengan sukacitanya menjemput pasukan-pasukan bola sepak remaja untuk menyertai Jaguar Youth Championship Cup 2026 yang akan berlangsung di Tuaran, Sabah.

⚽ KATEGORI PERTANDINGAN

βœ… U14 (Bawah 14 Tahun) Pemain kelahiran 2012 & 2013
βœ… U16 (Bawah 16 Tahun) Pemain kelahiran 2010 & 2011

πŸ“‹ FORMAT PERTANDINGAN

β€’ Liga Kumpulan
β€’ 11 Sebelah
β€’ Maksimum 20 Pemain Berdaftar
β€’ Masa Perlawanan: 20 Minit (1 Half)
β€’ Bilangan perlawanan tertakluk kepada jumlah penyertaan pasukan
β€’ Mengikut Undang-Undang Pertandingan FAM/FIFA semasa

πŸ’° YURAN PENYERTAAN
β€’ RM450.00 setiap pasukan

πŸ† HADIAH KEJOHANAN
πŸ₯‡ Johan
RM1,000 + Piala + Medal + E-Sijil
πŸ₯ˆ Naib Johan
RM800 + Piala + Medal + E-Sijil
πŸ₯‰ Tempat Ketiga
RM400 + Piala + Medal + E-Sijil

πŸ“ LOKASI
Tuaran, Sabah
πŸ“… TARIKH
25 & 26 Julai 2026

⚠️ Penyertaan Terhad
Hanya 20 pasukan bagi setiap kategori. Pengesahan slot adalah berdasarkan pembayaran yuran pendaftaran.

πŸ† "TOGETHER WE STRONG" ⚽

Anjuran:
Kinabalu Jaguar Speed Football Club (Jaguar FC)

πŸ“ž Untuk tempahan slot dan pertanyaan lanjut, sila hubungi urusetia kejohanan.
0199414206 (Ch Mawi) 011-3923 3053 (En Amzie)

πŸ”₯ One Spirit. One Goal. One Champion. πŸ”₯

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

PADANG SMK PEKAN TELIPOK
Kota Kinabalu
89200