KK Teda Social League Fut8

KK Teda Social League Fut8

Share

Menggalakkan aktiviti sihat dalam kalangan komuniti setempat dan memupuk semangat kes**anan.

29/08/2026

WELCOME TO ALL OFFICIALLY CONFIRMED TEAMS.

You have earned your place among the chosen.
Now, the stage is set.
The challenge begins.

28/08/2026

KK N2FOUR SOCIAL LEAGUE 2026 HIGHLIGHTS

Sebuah perjalanan yang akan terus dikenang.
Terima kasih.

KK N24 SOCIAL LEAGUE 2026...biar liga Jadi Kenangan

21/08/2026

Malam ini ke PUTATAN ⚽🛬

18/08/2026

N24 CHAMPIONS LEAGUE 2026

Champions of Champions

15/08/2026

CHAMPIONS OF CHAMPIONS.

Watikah akan diberikan.
Yang terpilih, bersiaplah.

WELCOME TO N24 CHAMPIONS LEAGUE 2026.

Liga paling eksklusif.
Pentas paling mencabar.

WHERE CHAMPIONS MEET CHAMPIONS.

08/08/2026

CHAMPION OF CHAMPIONS.
WE ARE READY.

“Cahaya sudah dinyalakan. Langkah sudah kedengaran. Nama? Belum masanya.”

05/08/2026

Kenyataan Rasmi Penutupan

KK n2Four Social League 2026

Alhamdulillah.

selepas lebih 4 bulan kita berjuang bersama, maka dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, kami dengan ini secara rasminya menutup tirai penganjuran kk n2four social league 2026.

perjalanan ini bukanlah perjalanan yang mudah. ada hari kami ketawa, ada hari kami hampir berputus asa. ada masa kami pulang lewat malam, kurang tidur, kepenatan dan berkorban masa bersama keluarga. namun setiap pengorbanan itu akhirnya dibayar dengan satu kenangan yang tidak mampu dinilai dengan wang ringgit.

setinggi-tinggi penghargaan kami tujukan kepada YB Shah Alfie Yahya tanjung keramat, yang menjadi antara insan terawal memberikan kepercayaan kepada kami. ketika kami masih ragu-ragu dengan kemampuan liga sosial ini, yb hadir menghulurkan sokongan dan kerjasama tanpa banyak persoalan. kepercayaan itu menjadi antara sebab kami terus berdiri sehingga ke garisan penamat.

tidak dilupakan juga kepada semua penaja, rakan strategik, pengurus pas**an, pemain, pengadil, petugas media, penyokong serta semua yang pernah menyumbang walaupun sekecil mana sekalipun. tanpa anda semua, liga ini tidak mungkin menjadi sebuah kejohanan yang dikenang.

---

buat pejuang-pejuang di belakang tabir...

amir
terima kasih kerana menjadi insan yang paling ringan tulang. tidak banyak alasan, tidak banyak bicara, tetapi sentiasa hadir menghulurkan tenaga apabila diperlukan. orang seperti kamu sangat s**ar dicari.

awie
terima kasih kerana menjadi mata kepada liga ini. setiap rakaman video yang dihasilkan menjadi memori yang akan terus hidup walaupun kejohanan telah berakhir.

binjai
ajk paling muda dalam pas**an. walaupun sekali-sekala "curi tulang", akhirnya tetap akan datang membantu sehingga kerja selesai. terima kasih kerana sentiasa mengambil peranan memudahkan setiap urusan.

boy tg aru
orang yang tidak banyak bercakap, tetapi hasil kerjanya sentiasa lebih kuat daripada kata-kata. terima kasih kerana memilih untuk bekerja dalam diam.

jul
terima kasih sebagai ajk media kedua dan juga penaja undip. walaupun terkenal dengan perangai s**a "escape", bila diberikan tugasan, kamu sentiasa bergerak pantas dan menyiapkannya dengan baik.

ikhwan
terima kasih kerana menjadi s**arelawan yang tidak pernah mengenal perkataan "tidak". setiap kali bantuan diperlukan, kamu sentiasa ada. jasa kamu amat kami hargai.

iman
terima kasih kerana tidak pernah berkira untuk membantu memudahkan urusan kami dan sentiasa komited dalam sesuatu tugasan, hanya Allah boleh balas jasamu.

kadir
terima kasih kerana sentiasa memahami keadaan pas**an. bantuan tenaga yang kamu berikan sepanjang kejohanan benar-benar memudahkan urusan kami.

puti
tulang belakang sebenar pas**an organiser. antara insan paling konsisten, paling pantas dan paling boleh diharapkan. kalau diberi tugasan "a", kamu akan siapkan sekali "b" dan "c" tanpa diminta. pemudah cara kepada semua dan harapan utama jentera kerja kami. terima kasih kerana tidak pernah berkira.

oneil
s**ar untuk digambarkan dengan kata-kata. kamu bukan sekadar ajk. kamu penari, maskot, penyanyi, pencetus idea dan penggerak suasana. datang mesyuarat seorang pun sudah cukup untuk memenuhi bilik dengan idea-idea luar kotak. walaupun kurang tidur, semangat kamu tidak pernah kurang. bagi kami, kamu adalah antara individu paling penting dalam perjalanan liga ini. terima kasih kerana sentiasa percaya bahawa sesuatu yang besar lahir daripada keberanian untuk berfikir di luar kebiasaan.

sadam
terima kasih kerana menjadi s**arelawan yang baik hati dan sentiasa menceriakan suasana. di sebalik gurauan dan gelak tawa, kamu juga antara yang paling pantas menghulurkan tenaga apabila kerja berat menanti.

yanz
terima kasih kerana menjadi pengulas harapan untuk perlawanan akhir. kehadiran kamu membantu melengkapkan suasana penutup kejohanan ini.

macap
terima kasih sebagai pengulas utama liga ini. walaupun selepas dipanggil menyertai futsal kamu semakin sibuk, setiap sumbangan yang telah diberikan tetap menjadi sebahagian daripada sejarah kejohanan ini.

rashad
si brader antara tulang belakang yang paling penting. penasihat penghasut yang boleh dipercayai di belakang tabir, pakar mencari harga paling murah sehingga peniaga pun hampir bankrup. bekerja dengan cara "slow and steady", tidak banyak mengeluh, tahan dimarahi dan kuat mental. orang seperti kamu membuatkan sesuatu organisasi terus mampu bertahan."apapun 10 bah tu" ayat dia.

pendi kanz
ajk "chipsmore". bila tiada memang dirindui, tetapi bila hadir kamu akan bekerja habis-habisan tanpa mengira penat. terima kasih kerana setiap kali turun, kamu sentiasa memberi yang terbaik.

ball picker geng sembulan
mungkin nama kalian jarang disebut, tetapi kalian antara orang paling penting dalam kejohanan ini. walaupun selalu kena marah, tetap hadir menjalankan tugas tanpa banyak kerenah. kalian adalah kekuatan yang memastikan setiap perlawanan berjalan lancar. jasa kalian tidak akan kami lupakan.

---

akhir sekali...

terima kasih kepada setiap insan yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

kk n2four social league 2026 bukan sekadar sebuah pertandingan bola sepak. ia adalah tempat kita belajar tentang kepercayaan, persahabatan, pengorbanan dan perjuangan. mungkin ada kekurangan daripada pihak kami, mungkin ada kesilapan yang tidak disengajakan. kami memohon sejuta kemaafan.

hari ini kita menutup sebuah musim, tetapi kita tidak menutup sebuah impian.

semoga ukhuwah yang terbina akan terus kekal, dan semoga kita semua dipanjangkan umur serta diberikan kesempatan untuk bertemu semula dalam penganjuran yang akan datang.

Kepada yang masih menanti video editing penutupan tu diharap bersabar in sha allah akan siap tidak lama lagi.

daripada tiada nama, lahirlah sebuah keluarga.

terima kasih atas segalanya.

KK N2FOUR SOCIAL LEAGUE 2026
OFFICIALLY Signed Off.

Photos from KK Teda Social League Fut8's post 28/07/2026

MOMENT PENUTUPAN PART 5

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address

Malawa Court
Kota Kinabalu
88450