17/01/2026
Pada tahun 2026, Anak Badak tampil dengan perancangan jangka pendek dan jangka panjang agar lebih tersusun.
Fokus utama adalah melatih pemain dengan cara yang betul dengan membina asas dan memperbaiki kelemahan setiap individu.
Setiap pemain dilatih mengikut peringkat latihan di posisi masing-masing supaya dapat menilai prestasi pemain setiap minggu.
Misi Anak Badak adalah melahirkan pemain ke peringkat yg lebih tinggi dengan menekankan kualiti, agar setanding dengan pemain kebangsaan di peringkat akar umbi.πͺ
"Bina pemain hari ini, bentuk kejayaan masa depan" β½
09/01/2026
LATIHAN & PEMILIHAN TERBUKA ANAK BADAK FC
Latihan terbuka akan diadakan setiap minggu untuk kanak-kanak U10,U11 & U12.
Program ini bertujuan untuk memilih pemain yang berminat, berdisiplin dan ingin berkembang bersama pasukan Anak Badak.
Tempat : Padang Sintetik Jesselton Indoor
Masa : 2.00-4.00 pm
Tarikh : Bermula pada 10.1.2026
Hari: Setiap hari Sabtu ( tertakluk kepada keadaan)
Latihan ini terbuka kepada pemain baru dan lama.
Pemain yang menunjukkan komitmen sikap baik dan potensi akan dipilih untuk menyertai pasukan rasmi tahun 2026.
Datang dan buktikan kemampuan anda.
31/12/2025
Happy New Year ππππ 2026 with new stories and new challenge.
12/12/2025
Walaupun perjalanan kita terhenti di semi final peringkat Plate, pasukan Anak Badak U10 menunjukkan semangat juang luar biasa. Persaingan sangat sengit, terutama menentang pasukan hebat dari Indonesia, Bandung Legend β dan kita bangga kerana pemain kita tidak pernah mengalah.
Anak Badak adalah pemenang sebenar, kerana berpeluang belajar dari pengalaman berlawan dengan pasukan yang kuat dan berbeza gaya permainan. Setiap minit di padang adalah ilmu, setiap perlawanan adalah pelajaran.
Walaupun kali ini belum rezeki untuk mara ke CUP (divisyen utama), kita tetap melangkah ke divisyen Plate β satu pencapaian yang membuktikan prestasi yang kukuh dan konsisten. Ini menunjukkan bahawa Anak Badak masih berada dalam kelompok pasukan yang kuat dan berdaya saing.
Teruskan berusaha, teruskan percaya, dan teruskan bermain dengan hati.
Perjalanan kita belum selesai. Bangkit lebih kuat! π₯π
06/12/2025
Terima Kasih Coach Nizzam Hamid.
Good luck team ke semi final esok. Semoga ada manis-manisnya.