AFJ FC

AFJ FC

Share

AFJ JUNIOR FC since 2023

Photos from AFJ FC's post 26/07/2026

JAGUAR YOUTH CHAMPIONSHIP CUP U14 2026

AFJ FC Bawah 14 Tahun yang dibarisi oleh pemain-pemain Bawah 13 Tahun tetap berbangga dengan pencapaian pasukan apabila berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir (pusingan kalah mati) selepas menamatkan saingan di tempat kedua kumpulan dengan rekod 3 kemenangan dan 1 kekalahan.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pemain yang telah memberikan komitmen, disiplin yang tinggi serta mempamerkan semangat kesukanan dan permainan yang adil (fair play) sepanjang kejohanan.

Ucapan penghargaan juga buat semua ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu kepada anak-anak serta pasukan sepanjang kejohanan berlangsung.

Perjalanan ini menjadi pengalaman yang sangat berharga dan menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha serta kembali lebih kuat pada kejohanan akan datang.

FIGHT ON 🫑πŸ’ͺ🏻

Photos from AFJ FC's post 25/07/2026

πŸ”₯⚽ HARI PERTAMA β€” PERJUANGAN AFJ FC U14! ⚽πŸ”₯
Dua perlawanan, satu kemenangan dan satu kekalahan tipis. Namun perjuangan masih belum berakhir! πŸ’ͺπŸ”₯

❌ AFJ FC U14 1–2 Jaguar FC Black
βœ… AFJ FC U14 3–1 Legawa FC

AFJ FC U14 terpaksa akur dengan kekalahan tipis 1-2 dalam aksi sengit menentang Jaguar FC Black, dan seterusnya bangkit di perlawanan kedua dengan kemenangan bergaya 3–1 menentang Legawa FC.

πŸ”₯ Esok adalah hari penentuan

Masih berbaki 2 perlawanan dan peluang untuk melangkah ke peringkat seterusnya masih terbuka luas.

Esok kita bangkit! Esok kita berjuang! Esok kita buru kemenangan! πŸ’ͺ⚑

COME ON AFJ FIGHT ON πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

Photos from AFJ FC's post 25/07/2026

πŸ”₯βš”οΈ JAGUAR YOUTH CHAMPIONSHIP CUP U14 2026 βš”οΈπŸ”₯

AFJ FC U14 DATANG BUKAN SEKADAR MELENGKAPKAN JADUAL. KAMI DATANG UNTUK BERTARUNG! πŸ’™βš½

Setiap padang adalah medan perjuangan. Setiap wisel adalah panggilan untuk berperang. Tiada ruang untuk takut, tiada tempat untuk mengalah. Lawan siapa sekalipun, kami turun dengan satu misi berjuang habis-habisan demi lencana di dada dan pasukan.

Biar peluh membasahi bumi. Biar semangat menggegarkan padang. Kemenangan bukan diberi, kemenangan mesti dirampas dengan usaha, disiplin dan keberanian!

πŸ† AFJ FC U14 β€” FIGHT ON πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻

25/07/2026

Buat julung kalinya, penyertaan AFJ FC u16 dalam kejohanan bola sepak Jaguar Youth Championship Cup 2026, satu pengalaman berharga dalam usaha membangunkan bakat pemain muda.

Dalam kejohanan ini, pemain AFJ FC U16 bersama pemain TABS II U16 berganding bahu memberikan saingan yang sengit serta mempamerkan semangat juang, disiplin dan komitmen yang tinggi sepanjang pertandingan.

Semoga penyertaan ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kejayaan dan pengalaman berharga buat semua pemain pada masa hadapan.

FIGHT ON πŸ’™βš½

Mobile uploads 09/06/2026

AFJ FC KOTA KINABALU

09/06/2026

Terima Kasih SAFA🀝🀝..Jumpa Sabtu ni.

21/05/2026

Selamat ulang tahun kelahiran buat Jurulatih U14 AFJ FC Rayner HD.

Semoga dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan terus sukses memimpin pasukan ke tahap yang lebih tinggi.

Terima kasih atas segala usaha, pengorbanan dan semangat yang sentiasa diberikan demi kejayaan pasukan.

Semoga tahun ini membawa lebih banyak kemenangan, kebahagiaan dan kejayaan buat coach bersama AFJ FC.

Selamat Hari Lahir, coach! πŸŽ‰βš½

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address

Kota Kinabalu
88200